Hari ni aku nak mbongkar rahsia Nuffnang blog aku ni. Walaupun nampak simple tapi boleh tahan powernya juga..haha2. Perasan je lebih ni. Buat malu saja.
Oklah. Setakat hari nilah. Sila catat ye. Ada 3 campaign buffered earning tengah beroperasi hangat di blog ini. Entah mana satu yang lebih hebat, aku pun tak tahu. Anda sendirilah cari ye. Malas nak perah otak yang sedia penat ni.
Pencapaian 3 buffered earning agak mengalakkan juga. Namun kena usaha lebih untuk tingkatkan lebih trafik ke blog ini. Tulis pasal earning & buffered earning pun salah satu cara nak tingkatkan trafik. Biasalah orang akan lebih suka baca benda2 pasal money2 ni. Betul tak?
Selain tu, aku nak bagi semangat buat blogger lain agar tak putus asa dalam berblog ni. Buatlah dunia blog ni macam tulis catatan harian anda tapi bukan tulis pkara yang terlalu personal ok. Tulislah perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. Oh...ya jangan lupa terjah 3 iklan di atas tadi ye. Mana tau terjumpa lubuk emas...kan?
Sepanjang tahun ni, selepas cashout earning ptama aku 2 or 3 bulan lepas. Ada 24 ketul buffered earning aku dapat. Itupun dah mati, semua tak berfungsi sepenuhnya. Sudah jadi metered earninglah...ha3.
24 ketul...wow satu rekod hebat untuk blog aku yang bwajah baru awal tahun ni. Tahun lepas malas sikit nak update2 ni. Tahun ni, azam barulah. Lagipun boring duduk bilik hostel, tak buat apa2. So, join dunia blog menarik juga. Dapat duit, malah dapat ramai kenalan baru yang baik2 semua...he3.
Hasil metered earning ni aku belum cashout lagi. Tunggu beratus2..he3. Sampai ke beribu. Entahlah. Kalau ada rezeki, adalah tu. Harap Nuffnang bermurah hati lagi mberi beribu2 lemon buffered earning kat aku...ha3 (bunyi orang tamak je)
Gambar yang aku tempek kat atas tu ialah gambar lepas aku edit2 sikit. Yang gelap2 tu tak payahlah anda tahu ye. Biarlah rahsia. Macam nyanyian Siti Nurhaliza pula. Bagi siapa yang asyik tanya tips tu. Aku tak tau nak cakap apa. Aku pun ikut tips orang lain gak. Nak juga tau...kelak2lah kalau aku rajin update kat blog ni....sekarang aku nak cakap benda lain...bukan pasal tips2. Jangan marah, nanti aku jual kat pasar malam...ha3.
Amaran: Entry ni bukan utk menunjuk2 tapi utk ditunjuk2 saja...ha3.
12 comments:
wah banyaknya.tahniah..
tq...tklah byk..iklan je byk..income siput..hahaha
wahh
banyaknya
bestnyaa
wahh banyaknya BE dia...hebattt
tak cukup hebat lg...Dahlia lg hebat...
siapa2 pun hebat..kahkah
Boleh Jadik Jutawan Nih... Amin...
amin...hehehe
fuhhyooo....
emm...biasa je...sikit tu..npk byk je
wow....byk...congrat ya
tq ya...moga semua kita dimurahkan rezeki
Post a Comment