Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, May 24, 2010

10 Cara Romantik Mohon Maaf, Khas Buat Anda Yang Sering Buat Hal Dengan Si Dia Tersayang

 Credit:Google


Bagi anda yang sering buat si dia marah, eloklah pelajari beberapa cara romantik mohon maaf ini untuk pertahanan bila masa perlu nanti. Mana tau tiba2 si dia kemarahannya meletup or mengeledak macam gunung berapi. Bolehlah guna...kan?


Kalau tak pun, paling senang. Masa dia tengah hangat marah2 tu, bawa sebaldi air. Simbah ke muka si dia. Pasti reda...hahaha. Entah2 si dia makin meletup-letup kemarahannya. Apa lagi anda cabut larilah. Hehe...jangan guna cara tu ye...gurau je. Kalau nak cuba, tanggunglah akibatnya sendiri. Nanti tak pasal2 tak bertegur sapa selepas itu.


Oklah antara 10 cara romantik mohon maaf tu ialah:


1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.


2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.


3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda. Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.


4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.


5. Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.


6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.


7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus di pertengahan jalan.


8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.


9. Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.


10. Cara terakhir, apa kata anda hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua...petikan: forum cinta


Menarik bukan? Cara yang pernah aku terima bila si dia nak mohon maaf ialah cara ke 10, guna sms. Lepas tu ok je. Biasalah aku ni jenis tak marah lama. Lagipun silap sendiri. Dah tau si dia bad mood, gatal juga nak kacau. Kena marah padan muka....ha2. Anda pula macam mana? Share sikit.

3 comments:

secret said...

emm...tip menarik...blum ada pglmn sgt ni...he3

Admin said...

tk pe skdr info..kalau dah ada..boleh try..hu3

yuki yuri said...

btl...sidia hrs minta maaf mcm nie...kan bgs kalo dia bca..heheheh....nice sharing :)

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."