Atas permintaan KembaTolo. Aku jejaki blog mereka malam ni. Fikir apa bendalah maksud nama disebalik KembaTolo tu. Rupa2nya pemilik blog KembaTolo ni kembar rupanya. Menurut mereka, KembaTolo asalnya ialah 2 perkataan yang dirapatkan kerana ingin menjimatkan ruang. Macam2lah mereka ni ye.
Kemba yang dipetik dari loghat Kelantan bermaksud kembar & Tolo pula bermakna nakal. Bila digabungkan maka terhasillah KembaTolo yang bermaksud kembar nakal. Emmm....nampak gaya KembaTolo ni budak nakal ye. Jangan nakal jahat sudahlah ye!
Ni sebenarnya ptama kali aku jumpa blog dua beradik kembar. Nampak boleh tahan KembaTolo ni. Siapa yang masih single pergilah gorat ye..he3. Blog KembarTolo ni menarik & dihiasi gambar mereka dua. Lebih berkisar tentang kehidupan mereka & nasihat2 yang berguna. Tengok gaya macam alim je mereka dua ni...he3.
Untuk kaum Hawa...ni entry baik punya dari KembarTolo sebagai renungan bersama: aurat ; kenapa perlu didedahkan wahai hawa?
Menarikkan coretan mereka tu. Insaf2. Untuk entry lain yang lebih hebat sudi2lah terjah blog KembaTolo tu. Tak rugi punya. Lagipun blog KembaTolo ni ada melodi indah untuk santapan deria pendengaran anda. Sedap juga lagu yang KembaTolo pilih. Tak pernah dengar sebelum ni. Yelah aku ni jarang nak tahu lagu2 terkini sekarang. Oklah tu je rasanya, tak tahu nak cakap apa lagi. Siapa yang nak tengok wajah tampan KembaTolo ni, terjah sini: KembaTolo Blog.
2 comments:
haha..senyum sorang2 baca entri nih..tinggi sangat akak lambung..terbang suda..taip komen ni pun di udara nih..ngaa~
tengs bebayak kak..~
he2...jgn sampai terbang pula..nanti tak turun2..
Post a Comment