Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, August 30, 2010

Selamat Merdeka Semua

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Buat semua rakyat Malaysia.

Kekalkan keamanan dan kedamaian negara kita ye!

Mudahan bulan Ramadhan ni mbawa lebih byk erti di hari Merdeka tahun ini.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ramadhan Bulan Berkat

 
(Clik link ni..nk tgk video)

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Saturday, August 28, 2010

Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

 Jom layan lagu raya ni...best sgt.
Sedih btl dgr, rindu btl dgn mak ayah.
Entah knp bulan Ramadhan thn ni, aku rs lain je.
Tak sabar nk temui may ayah dan terasa byk btl yg aku rs tk sempat nk lakukan.
Tll byk yg blaku dlm hdpku dan ada sst pelik jg blaku di bulan mulia ini.
Adakah aku b'imiginasi atau ia sst ptanda dr Yang Maha Esa.
Aku tk pasti, mjadi tanda tanya buatku....maybe aku kena tanya ustaz or ustazah or yg arif psl hal tu.
Emmm...apa2 pun layan je lagu ni...layanzzzzzzzz.

Alahai tk dpt pula paste kat sini videonye...broken up, tk pe siapa nk layan clik je link ni:

Raihan & Hujan - Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda

Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti Di Aidilfitri,Di Aidilfitri

Friday, August 27, 2010

Dakapan Cinta ILAHI


DAKAPAN CINTA ILAHI

Aku bukanlah terbaik,
Bukanlah yang terhebat,
Bukanlah sebaik manusia,

Untuk memberi kebahagiaan,
Untuk memenuhi harapan,
Memimpin tangan ke syurga Ilahi.

UntukMu yang teristimewa,
Aku sekerdil manusia,
Yang lemah jiwa lemah tenaga,
Merawat lara yang terasuk sekian lama,
Lara cinta dunia yang hanyut,
Lalu mencari jalan pulang,
Ke pintu kasih yang sebenar.
Ke dakapan cintaNya....Allah yang Maha Pengasih & Penyayang.

DeHearty : Permata Yang di Cari


Permata Yang di Cari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Wednesday, August 25, 2010

Pengalaman Membuatku Berfikir


 Credit:Google


Dugaan yg melanda betul2 buat aku lemah dgn kekecewaan hdp. Aku cuba bangkit dgn smgt yg ada. Namun aku kdg2 tk ckp tabah utk menempuh segalanya. Sbb aku rskan dugaan kali ni amt mhiris hatiku. Lebih2 lagi ia melibatkan kepercayaan dan keikhlasan hati.


Aku tk tahu knp, bila aku cuba myemai benih kepercayaan kpd ssorg yg aku sukar nk pcayai. Aku dikecewakan. Adakah aku tll daif menilai keikhlasan ssorg itu, bila aku rskan ssorg itu begitu ikhlas dan jujur thadapku?  Knp bila hati tluka, aku msh mganggap ssorg itu ikhlas? Aduh….agaknya aku tll bodoh utk menilai kelakuan dan niat ssorg. 


Maybe aku tk ckp pengalaman utk menempuh dugaan ini. Sbb inilah ptama kali dlm sejarah hdp aku cuba mbuka pintu hati utk menerima ssorg itu dan menanam benih kepercayaan serta rs ikhlas dihati. Namun aku kecundang.


Di mana silapnya, aku tk tahu. Apa dosa aku lakukan kpd ssorg itu, aku tk tahu. Aku masih mcari jwpannya tp hampa. Tp yg pasti aku tk mahu myalahkan sesiapa dlm hal ini. Sbb aku bukan insan yg sempurna dan tidak layak mbuat penilaian thadap ssorg. Aku cuba insan biasa yg banyak kekurangan hdp. Aku sedar itu dan aku redha apa blaku.


Biarlah dugaan ini aku buat pengajaran di ms mdatang. Maybe agak sukar aku nk mpcayai ssorg itu lg. Nampaknya balik ke asal…mmg ptt pun…haha2. Apa pun aku tk  mahu mbenci dia. Biar dia bahagia dgn pilihan dia. Aku…biasalah dgn hdpku. Mahu ceria dan tabah serta nk fokus pd kerjaya serta aku tk nk pcaya lagi.

Tuesday, August 24, 2010

Rekod Dunia: Taip 26 Perkataan Dalam Masa 25 Saat


LONDON - Seorang wanita Britain, Melissa Thompson, 27, memecahkan rekod dunia apabila dia berjaya menaip mesej yang mengandungi 26 patah perkataan dalam tempoh 25 saat, lapor sebuah akhbar semalam. 


Catatan itu adalah 9.6 saat lebih pantas berbanding rekod yang pernah dicatatkan sebelum ini. 


Namun, rekod itu masih diteliti sebelum disahkan oleh pihak Guinness


Dia yang berasal dari Salford, Greater Manchester menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S


Pada Mac lalu, mesej yang sama turut dihantar dengan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S oleh Franklin Page dari Amerika Syarikat (AS).


Namun, masa yang dicatatkan cuma 35.54 saat. 

 
Rekod itu dicipta oleh Thompson dengan menggunakan papan kekunci khas telefon pintar tersebut. 


Ia membolehkan pengguna menaip teks tanpa memerlukan jari diangkat daripada skrin. 


"Adalah sangat mengejutkan apabila saya mendapat tahu saya merupakan penaip teks terpantas di dunia," kata Thompson. - Agensi

Monday, August 23, 2010

Motorcycle Yang Diperbuat Daripada Jam Tangan...Unikkan??

Mmg keratif btl org yg buat rekaan ni.

Kalau aku jgn harap..lama nk siapnye...tk kreatif katakan..he3.

Lembu Berkepala Dua Di Serbia



SOPOCANI - Seekor anak lembu berkepala dua dilahirkan di sebuah ladang di Sopocani, Serbia, lapor sebuah akhbar semalam.


Seorang petani, Radomir Timotijevic, pada mulanya enggan mematuhi arahan doktor haiwan yang menasihatinya membunuh anak lembu tersebut selepas ia dilahirkan lebih sebulan lalu.


"Saya tidak akan membiarkan anak lembu itu menderita. 


"Saya menyusukan anak lembu itu dengan sebiji botol dengan tangan dan ia kini sudah mengenali suara saya dan mengekori ke mana sahaja saya pergi," kata Radomir. - Agensi

Saturday, August 21, 2010

Jangan Pernah Berubah...Layanzzzz Je!!

Jgn berubah krn si dia tp krn keinginan hatimu dan krn Allah.
Layanzzzzzzzzzz je...he3.

ST 12 - Jangan Pernah Berubah

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Reff:[*]

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Friday, August 20, 2010

Buffered Earning....Rezeki Ramadhan



Sykurlah...di bulan baik bulan Ramadhan ni, dpt byk buffered earning pula.
Murah hati betullah Nuffnang kat aku ni.


Harap dptlah byk sikit income dr campaign buffered earning ni.
Nk tingkatkan trafik buat ms ni, mcm tk de ms.
Yelah mslh diri masih blum pulih sepenuhnya.
Namun kena tetapkan azam baru di bulan yg mulia ini.


Jatuh tsungkur bkali2, tk bmakna aku akan mgalah pd takdir hidup.
Hidup mmg mcm ni...ada psg surutnya.
Yg ptg sabar & bykkan bdoa pd Allah.
Mudahan pmudahkan semua jalan...Amin.


Ok...jom blogwalking...huhu.

Thursday, August 19, 2010

Tips Mengatasi Putus Cinta

 Credit:Google

Sekadar nk kongsi tips, yg aku petik dr Forum Cinta. Nampak menarik, so aku petik dan simpan kat sini. Bagi semua org baca...lebih2 lagi utk org yg tengah putus cinta, mcm aku ni. (Putus cintakah aku....hahaha...gelak pula...............aku dah pulih ni, wpun tk spenuhnya. Tak mahu fikir sedih2 dah, buat hati beku je).


Baca betul2 tips ni ye...mana tau bguna utk anda:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya. 
(Yg ni amat2 aku sarankan........yg nilah aku lakukan skrg. Pcayalah kalau anda mgingati Allah & mgerjakan ibadah, pasti hati anda akan tenang setenangnya. Bacalah ayat2 suci Al-Quran juga....pcayalah Allah lebih mgasihi kita dari insan yg bnama manusia)


2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
(Emmm....mmg betul, apa yg blaku pasti ada hikmahnya. Aku redha atas apa yg telah blaku. Dia bukan jodohku, apa yg aku mampu lakukan...doakan dia bahagia saja dan hati ini tenang kembali. Tiada benci, tiada dendam.)

Blogshopku Tiba2 Ada Iklan Innity



Semalam tgk jalan2 ke blogshop aku tu MayaOnlineShop. Tiba2 aku tnampaklah iklan Innity ni. Aku cubalah ingat2 bila masa aku letak iklan Innity kat blogshop tu.


Fikir2 punya fikir....rupanya iklan dr ManggaAds. Emm...nampak gaya Innity minta ManggaAds iklan service mereka. Menarik...makin mantap ManggaAds ni ya. Tapi bila agaknya income dr ManggaAds aku ni nak cecah RM100. Lama betul nk tunggu tu. Walaupun incomenya laju je dr Nuffnang. 


Tapi Nuffnang tetap the best sbb cashout just RM50 je. Lagipun dapat banyak buffered earning sempena Ramdhan ni. Rezeki katakan. Syukurlah. Mudahan murah lagi rezeki aku ni. So dapatlah cashout utk chq ketiga pula. Chq kedua belum sampai lagi. Maybe hujung bulan ni or awal bulan nanti sampai. Tak sabar rasanya....sbb income kali ni lebih banyak dr cashout ptama dulu....hehe....oklah chow dulu.

Wednesday, August 18, 2010

Setiap Apa Berlaku Pasti Ada Hikmahnya


 Credit:Google


Dalam melalui liku2 kehidupan bmacam dugaan dan halangan yg kita akan tempuhi. Setiap ujian yg dilalui, kadang2 memeritkan jiwa dan hati kita. Namun apa pun kita terpaksa menempuhnya kerana ia adalah sebahagian dari lumrah kehidupan. Walaupun perit kena telan jua. 


Seperti insan lain juga, aku tk pernah lari dr ujian yg memeritkan ini. Baru2 ini aku lalui satu pgalaman hidup yg ptama dalam sejarah pjalananku. Tak seperti ptama kali di duga dulu. Yg ini betul2 mbuat aku hilang arah (agaknyalah, sbb ptama kali mahu mpcayai dia). Namun syukur pada Allah kerana mberi aku sinar ketenangan yg amat bnilai dalam sejarah hidupku. Aku amat bsyukur kerana Allah masih myayangiku. Walaupun aku selalu alfa dengan kerenah duniawi.


Bila imbas kembali apa blaku, aku mbuat penilaian diriku seolah org bodoh saja. Seperti mana nasihat seorang sahabat lama yg memang tempat aku sering mgadu masalah. Tempat aku meluahkan apa tbuku dihati. Tempat aku menangis tanpa segan silu. Dia menasihati aku agar jangan menangis hanya kerana org itu. Buat apa nangis kepada org yg tak myayangi kita lagi. Awak menangis disini, dia entah gelak ketawa disana. Buat apa?

Monday, August 16, 2010

10 Ciri2 Suami Pilihan, Yang Confirm Kaum Hawa Susah @ Tak Akan Reject.


Credit:Google


1. Kuat agamanya

Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

2. Baik akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.



3. Tegas mempertahankan maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

Saturday, August 14, 2010

Jangan Bersedih Lagi, Bangkitlah Dari Kekecewaan

Credit:Google


Emm...agak lama tak update blog dgn post tkini. Biasalah jiwa masih lemah lagi. Tapi kini aku cuba bangkit dari kekecewaan yg amat memedihkan hati ini. Aku tak mahu lagi dibelenggu perasaan yg menyakitkan ini. Amat perit aku rasakan. Namun apa yg berlaku akan aku jadikan iktibar dan pgajaran di masa akan datang.


Syukur pd Allah kerana memberiku ketenangan yg tak ternilai harganya ini. Dengan mdekati dan mengingati-Nya, aku rasa tenang sgt. Tak pernah aku rasa sebegini tenang. Aku tau Allah menyayangiku. Sbb itu Allah mgujiku dengan ujian yg mhiris hati ini. Agar aku sedar dari mimpi yg aku amat memerlu-Nya di ms senang mahupun susah. Aku sedar diri ini sebelumnya alfa dan lalai dengan duniawi. Kini aku mahu lakukan terbaik utk diriku. Mudahan Allah kuatkan semangatku menempuh segala dugaan hidup ini.


Apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. "Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titsan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah." Amin.

Aku tak mahu myalahkan sesiapa dalam hal ini kerana aku tau aku tak sempurna dan aku jua manusia biasa yg tak pernah lari dari melakukan kesilapan dalam hidup. Bagiku apa yg blaku pasti ada sebabnya. Begitulah dia, dia pasti ada sebab berbuat demikian. Apa2 pun aku akan kuatkan semangat diri menempuh dugaan ini. Cuma yg mampu aku buat ialah doakan dirinya bahagia dengan pilihan hidupnya.


Salam tanpa benci, salam tanpa dendam aku tujukan khas buat insan yg mgenaliku. Senyum selalu dan mudahan diberkati oleh Allah. Selamat myambut Ramadhan dan Selamat Bposa. Ampun dan maaf dipinta.

Friday, August 13, 2010

Edisi Imbasan: Si Dia Curang, Perlukah Anda Menangisinya...Tak Payah!!

Credit:Google


Dalam dunia bercinta, bermacam-macam perkara akan kita tempuhi. Persoalannya, bertahankah cinta, bila dugaan asyik melanda anda? Sampai bilakah hubungan akan kekal bila salah seorang mula mencurangi hubungan cinta yang dibina? Memang payah nak duga apa akan berlaku di masa hadapan, bukan. Yang penting kita sudah berusaha untuk mempertahankan tugu cinta yang telah kita bina selama ini. 
 


Bila salah seorang mencurangi cinta, kisah luka akan mula menyelebungi hidup orang yang rasa dikhianati oleh kekasih hati. Tapi perlukah kita menangisi si dia yang sanggup mencurangi hubungan suci yang terbina selama ini? Layakkah si dia untuk menerima setiap titis air mata yang anda luahkan dari hati yang terluka, sedangkan si dia menikmati saat bahagia bersama insan baru yang bertakhta dalam hatinya. Anda pula di sini, tengah esak dan sedih mengenang si dia yang mencurangi anda.


Menangisi nasib malang tersebut, tidak salah. Itu perkara biasa dalam hidup kita. Yelah, mungkin dengan menangisi apa yang berlaku dapat melegakan serba sedikit perasaan yang terluka itu. Walaupun tidak mampu untuk menyembuhnya seratus peratus. Hanya dengan peredaran masa saja dapat memulihkan keadaan.  Tapi tidak semua orang begitu. Itulah cinta, ada kalanya membawa bahagia dan ada kalanya membawa duka.

Wednesday, August 11, 2010

Edisi Imbasan: Cinta Kedua, Mampukah Aku Menerimanya?

 Credit:Google
Kata orang cinta pertama memang indah dan sukar untuk dilupakan kerana ia adalah satu detik permulaan hati anda mula menyintai dan menyayangi seseorang. Kalau boleh anda sepenuh hati ingin menjaga hubungan tersebut dan ingin cinta pertama itu diakhiri di jinjing pelamin.


Memang beruntunglah pasangan yang bercinta kali pertama hubungan mereka diakhiri di jinjing pelamin. Menjadi suami isteri dan hidup bahagia ke akhir hayat. Saya juga mengimpikannya dan pasti anda juga..kan? Tapi bila halangan mula menodai hubungan cinta pertama anda. Apakah anda buat?


Bah kata orang, kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Berkeras-keras anda mahu yang anda impikan. Kalau tak ada jodoh, tak dapat juga. So, terpaksalah berserah pada takdir. Itulah hidup. Apa yang kita inginkan, tak semestinya kita akan dapat. Mungkin ada haikmah sebaliknya. Mana tahu jumpa orang kedua yang lebih baik dari yang pertama.


Persoalannya, mampukah anda menerima cinta kedua, bila hati anda masih pada yang pertama? Kenangan indah saat cinta pertama memang sukar nak lupakan. Lebih-lebih lagi punca perpisahan bukan atas sebab kecurangan atau perselisihan faham. Perpisahan berlaku hanya sebab family tidak menyukai pilihan anda, perbezaan agama atau bangsa dan perbezaan darjat. Itu lagi sukar nak melupainya.

Tuesday, August 3, 2010

InnerShine Beauty Regime

Hujung minggu lepas melepas geram dgn shopping sakan.
Taklah byk brg pun beli...hanya beli brg perlu je.

Lepas makan tghari aku dgn kwn aku mgintai2 di Guardian.
Mn tau tjumpa sesuai yg menarik.
Tk sangka ada promosi InnerShine ms kami intai2 tu.

Complete Beauty Regime with InnerShine....fuh mmg complete.
Harga pun agak menarik...hanya RM39.88 je.
Kalau harga biasa agak mahal utk 6 botol InnerShine ni

Layanzz gambar kejap...


'Embrace your complete beauty regime with InnerShine Prune Essence, Berry Essence & Balance for radiant skin, beautiful eyes & confident body'

Complete semua...kan.
Siapa bminat...sila terjah Guardian bdekatan ye.
Kita minum dulu....hahahaha.

Baru Umur 7 Tahun Dah Mampu Meraih RM749,903 Dalam Masa 30 Minit Je...Percayalah!!

Btuahnye budak ni ya...sbb dberi bakat yg amat bnilai. 

Dgn bakatnya itu, dia mampu meraih pulangan yg lumayan.

Umur 7 tahun dah mampu hidup mewah..huhuhu


HOLT, Britain - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.


Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.


Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.


Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.


Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).


Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.


Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.


Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. - Agensi
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."