Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Naik Naik Naik: RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini

Credit:Google


Alahai...asyik dengar berita minyak naik je. Barang lain pun aku ada dengar member cakap naik juga. Parah parah parah. Barang naik, gaji naik sikit je. Entah macam manalah nak hidup ni hoi...kalau semua asyik nak naik je. Bilalah nak turun2nye.


PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.


Nampak gaya lepas ni, ramailah orang merungut. Lebih2 lagi pemandu kenderaan yang memang sering pakai minyak RON97. Ok.....sebelum tengah malam ni...cepat2 isi penuh tangki minyak kamu orang. Lepas tu minyak akan naik. Makin parahlah kita....alahai. Apalah nasib.

Tuesday, October 26, 2010

Syurga Cinta, Jodoh Dari Allah

Credit:Google


Syurga Cinta....pasti ramai yg dah tgk movie nikan? Aku baru je tgk raya thn ni. Biasalah jarang nak layan cerita2 dlm tv sekarang. Almaklumlah suka tgk cerita org puteh or Korea saja. Bukan bmaksud filem Malaysia tak hebat, cuma entahlah. 


Antara banyak2 movies melayu yg aku tgklah. Movie Syurga Cinta ni yg paling best setakat ini. Aku suka jalan ceritanye. Memang menariklah sebab ada unsur keinsafan dan nilai dakwah yg ingin disampaikan dlm movie tsebut. 


Pkara paling menarik dlm movie ni ialah mengenai tiga jenis jodoh. Hal ni aku baru tau....aku btl2 tpikat dgn kategori jodoh ke-3 iaitu Syurga Cinta.

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Jodoh dr Allah memang yg tbaik krn ia adalah syurga cinta yg pastinya mbawa kebahagiaan dunia dan akhirat sekiranya berlandaskan agama serta diredhai Allah. InsyaAllah. Mudahan cinta yg aku baru bina ni menuju ke syurga cinta. Sbb bcinta lama2 dan bcouple lama2 tklah bagus sgt. Kalau boleh terus tunang then bnikah. Itu yg tengah kami plan. Cuma poket masih tk cukup lagi. Apa2 pun mudahan Allah sentiasa melindungi dan merahmati hubungan kami bdua. Begitu juga anda semua. Amin.

Saturday, October 9, 2010

Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta



Ya allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padamu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu


Ya muhaimin
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut
padamu agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatimu


Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang
Merindui syahid di jalanmu


Ya Allah jika aku menikmati
Cinta kekasihMu, janganlah
Kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu


Ya Allah jika aku jatuh hati
Pada kekasihMU, jangan biarkan
Aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan menyeru
Manusia kepadamu…..


Ya Allah, jika Kau halalkan aku
Merindui kekasihMu, jangan biarkan
Aku melampaui batas sehingga
Melupakan aku pada cinta hakiki dan
Rindu abadi hanya kepadaMU
Amin………..


Doaku…moga kita sama-sama
Berjaya di dunia dan akhirat…
Berjaya dalammengharungi segala dugaan dan cabaran….
Yang sememnagnyamenguji kekuatan iman…
Kerana tapak iman itulah yang
Menemukan cinta yang selama ini telah hilang….
Semoga cinta yang dicari telah ditemui…

Friday, August 27, 2010

Dakapan Cinta ILAHI


DAKAPAN CINTA ILAHI

Aku bukanlah terbaik,
Bukanlah yang terhebat,
Bukanlah sebaik manusia,

Untuk memberi kebahagiaan,
Untuk memenuhi harapan,
Memimpin tangan ke syurga Ilahi.

UntukMu yang teristimewa,
Aku sekerdil manusia,
Yang lemah jiwa lemah tenaga,
Merawat lara yang terasuk sekian lama,
Lara cinta dunia yang hanyut,
Lalu mencari jalan pulang,
Ke pintu kasih yang sebenar.
Ke dakapan cintaNya....Allah yang Maha Pengasih & Penyayang.

Tuesday, July 27, 2010

Kenapa Aku Sedih??

Credit:Google


Hari ni jiwaku tak tenteram. Entahlah sejak beberapa hari ni, hati aku rasa pilu je. Banyak pkara yg aku fikirkan. Kadang2 rasa tension dgn kehidupan seharian dan juga kerja. Rasa nak marah pun ada. Tapi syukurlah rasa tu dapat dikawal lagi. Asalkan tak de sesiapa yg buat hal.


Kenapa harus aku sedih pula? Aku pun tak pasti. Adakah kerana pjalanan hidup yg aku lalui terasa payah semakin mjangkau usia matang? Kadang2 terfikir, makin kita meningkat dewasa, macam2 mslh dan liku2 kehidupan harus kita redah. Sama ada kita mampu menempuh segalanya, itu yg mjadi persoalannya. 


Aku sendiri pun agak pedih menempuh duri2 kehidupan ini. Lebih2 lagi dlm dunia pcintaan. Entahlah payah nak kata...........aaaaaaaaaaaaaaa tension betul hidup ni. Oklah tu je....haha3.

Thursday, July 15, 2010

Bila Wanita Menguasai Dunia.....Apakah Ini Akan Terjadi????

Bayangkan kalau wanita mguasai dunia.
Apakah mereka akan buat?
Aku pun sebagai wanita belum terfikir ke arah nak kuasai dunia ni.
Ingat senang ke buat kerja macam tu...payah tau.

Wednesday, July 14, 2010

Apakah Kerja Yang Paling Busuk Di Dunia?

Tak terfikir pula aku, apa kerja paling busuk di dunia.
Kalau setakat buang sampah tu, taklah.
Tapi ni buang kumbahan manusia...bayangkan baunya itu.
Pasti muntah2 dibuatnya...betul tak?
Siapa sanggup kerja mcm tu, angkat tangan?
Mmg aku respect sama lu...haha3.



LEICESTER - Sekumpulan pekerja profesional menggali timbunan bahan buangan yang berbau busuk setinggi bas sembilan tingkat untuk dialihkan dengan menggunakan penyodok di dalam terowong kumbahan di bawah Dataran Leicester, London, lapor sebuah akhbar semalam.


Bukan sahaja kumbahan manusia yang mereka perlu alihkan tetapi kertas tandas yang dibuang menerusi lubang tandas dan minyak masak sehingga menyebabkan bahan buangan bertimbun.


Operasi itu bermula pada pagi semalam dan ia didakwa sebagai operasi pebersihan kumbahan paling terbesar pernah dilakukan.


Seorang pekerja di sebuah syarikat pembersih kumbahan, Danny Brackley berkata, pada mulanya pekerja-pekerja tidak dapat memasuki terowong kumbahan tersebut kerana ia disekat oleh timbunan bahan buangan.- Agensi

Saturday, May 15, 2010

Fuh, Mahal Gila Hadiah Harijadi Ni....Siapa Mahu Beli, Angkat Bakul Sajalah (9 Pics)

Sambungan edisi hadiah paling mahal di dunia.
Jom pilih2...mana yang anda bkenan.
Kalau tak mampu beli pun...cuci mata sudahlah...he3.



Gold-remote control Cost 55,000. Dollars
 
 
Most expensive Diamond tie 220000 dollars
 
 
Most expensive Lipstick KissKiss cost 62,000 dollars
 

Friday, May 14, 2010

Radio Di Blog, Best Ke Or Buat Sakit Telinga Je?


 Credit:Google


Setengah dari blogger memang suka letak lagu2 di blog mereka. Bagi menyerikan dunia blog mereka sendiri. Bagi blog saya ni pula, saya letak radio dr SembangFM.


Itupun atas permintaan tuan punya SembangFM tu. Kalau tak, saya tak letak radio dalam blog ni....Opp terbongkar rahsia hati...ha2.


Namun oklah juga. Dapat juga saya dengar radio setiap kali buka blog saya ni. Malah dapat tarik orang untuk mendengarnya sama.(Ada ke orang dengar...he3)


Sebenarnya bagi andalah. Letak lagu or radio dalam blog bagus ke bagi pengunjung or memang manyakitkan telinga je? Yelah setengah orang memang tak suka dengar. Tapi peduli apakan.


Blog kita sendiri, so kita punya hak lo nak buat apa je. Kalau tak suka just tekan button OFF.  Habis cerita…he3.

Monday, April 12, 2010

Ibu Nyanyuk Paling Muda Di Dunia....Wow Pecah Rekod Dunia Gitu!!

Emm..muda2 dah nyanyuk.
Payah mcm ni.
Lebih2 lg berurusan dgn org yg asyik lupa je.
Kena kuat sabar.
Mcm kes yg kerap sy alamai kat ofis.
Nasib tk teruk mcm ibu muda ni.
Kasihan juga kan.
Seorang wanita muda di Australia, Rebecca Doig lupa dia pernah melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lalu.
 
Doig yang berumur 31 tahun lupa pernah melahirkan seorang anak kerana dia merupakan antara pesakit Alzheimer atau nyanyuk paling muda di dunia.

Anaknya, Emily Doig dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Hornsby di sini pada Selasa lepas tetapi sehingga kini bayi itu belum mendapat belaian ibunya.

Friday, January 22, 2010

Gigolo Lelaki Rosakkan Bisnes Pelacuran..Alahai Apa Nak Jadi Dengan Manusia Sekarang

Ini pun boleh? Alahai dah tbalik dah dunia ni skrg.
Apa nk jd?? Rosak2.

Seorang bekas pelajar kolej yang merupakan satu-satunya pelacur lelaki berlesen di Amerika Syarikat (AS) dikritik kerana enggan melayan lelaki setelah diterima bekerja di rumah pelacuran Shady Lady Ranch di negeri Nevada.

Gigolo tersebut yang dikenali sebagai Markus, 25, pernah bekerja sebagai aktor filem lucah sebelum menjadi pelacur di Shady Lady.

Seorang pelacur wanita berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Cuddles berkata, Markus mengamalkan diskriminasi jantina kerana meminggirkan lelaki gay sekali gus memburukkan nama majikannya.

Monday, January 4, 2010

Si Dia Curang, Perlukah Anda Menangisinya...Tak Payah!!




Dalam dunia bercinta, bermacam-macam perkara akan kita tempuhi. Persoalannya, bertahankah cinta, bila dugaan asyik melanda anda? Sampai bilakah hubungan akan kekal bila salah seorang mula mencurangi hubungan cinta yang dibina? Memang payah nak duga apa akan berlaku di masa hadapan, bukan. Yang penting kita sudah berusaha untuk mempertahankan tugu cinta yang telah kita bina selama ini.

Bila salah seorang mencurangi cinta, kisah luka akan mula menyelebungi hidup orang yang rasa dikhianati oleh kekasih hati. Tapi perlukah kita menangisi si dia yang sanggup mencurangi hubungan suci yang terbina selama ini? Layakkah si dia untuk menerima setiap titis air mata yang anda luahkan dari hati yang terluka, sedangkan si dia menikmati saat bahagia bersama insan baru yang bertakhta dalam hatinya. Anda pula di sini, tengah esak dan sedih mengenang si dia yang mencurangi anda.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."