Holiday hampir seminggu memanglah syok sakan......dapat habiskan masa dengan insan tersayang. Lebih2 lagi majlis kahwin tak lama lagi. Banyak barang nak kena beli. Persiapan perlu sedia awal..risau ada yang tertinggal.
Memang banyak duit kena pakai....sekarang pokai sikit tapi mudahan rezeki masuk lagi sebab banyak lagi belum bayar penuh. Biasalah kalau nak buat kenduri kahwin ni, perlukan banyak belanja....anyway kenalah sederhana dalam segala hal..betul tak :)
Tapi yang tak bestnye ialah bila balik je dari cuti berlambak kerja kena buat. Walaupun ada rakan sekerja replace tapi banyak juga amended kena buat...aduh tension dibuatnye....aaaaaa.Apa2 pun kena buat juga....:(.
Ramai yang tak suka hari isnin. Kenapa? Sebabnya, sebelum hari isnin kan hari ahad. Time orang lepak2, pergi shopping, pergi enjoy & banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan serta memenatkanlah. Bila esoknya hari isnin, semua muka nampak penat & tak semangat nak kerja sebab dah banyak tenaga luangkan pada hari ahad. Betul tak?
Lagipun nak bangun pagi2 hari isnin memang malas punya. Yelah hari ahad maybe ada yang bangun lewat. Nak balas dendam katakan...he3. Hari isnin juga memang banyak benda kena uruskan terutama yang bekerja. Kalau surirumah tu, tak payah cakaplah. Mereka ada rutin harian sendiri.
Bagi yang kerja di pejabat tu, memang tak ceria sangat di pagi isnin. Banyak kerja mahu disiapkan. Entah2 bertimbun2 kerja yang menanti. Pengsan juga nak siapkan pada tempoh masa yang diberi oleh majikan...kan?
Anda pernah mengalami situasi di mana kekasih anda asyik sibuk je dengan kerjanya. Sampai masa untuk bersama anda terhad dan anda terasa sunyi serta semacam dia tak pedulikan perasaan anda.
Yelah asyik busy kerja, manalah sempat nak ambil tahu pasal yang berlaku ke atas anda. Bosan juga kalau ada kekasih macam ni. Kerja kerja kerja.
Elok si dia kahwin dengan kerja dia tu jelah. Kita cabut cari orang lain..hehehe. Jahat betul.
Dalam situasi macam ni, kita ni haruslah faham keadaan si dia yang ingin mencari duit lebih untuk masa depan yang lebih terjamin. Tapi…ada tapinya juga. Janganlah busy sampai tak peduli perasaan kita..kan?? Bahagikan masa sewajarnya. Dengan itu hubungan akan kekal bahagia.
Ada sesetengah orang dulu-dulu, kata wanita hanya sesuai duduk rumah uruskan urusan rumah tangga je. Tapi tidak semua yang berfikiran begitu di era moden ini. Setiap lelaki atau wanita sekarang mengejar kerjaya daripada duduk terperuk dalam rumah je. Wanita sekarang lebih maju selangkah dengan kaum lelaki.
Di mana-mana kita dengar wanita sekarang makin menembusi kerjaya yang belum pernah wanita ceburi dulu. Serta boleh merasa bangga kerana seiring dengan apa yang kaum lelaki boleh lakukan. Walaupun secara fizikalnya, ada setengah kerjaya kaum lelaki tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita sepenuhnya. Tapi kaum wanita boleh mencuba kerana wanita sekarang lebih suka menyahut cabaran era moden masa kini. Cuma yang penting tidak melampaui batas kewanitaan.
Emm…bagaimana pula dengan anda? Mampukah anda meneruskan kerjaya selepas memasuki alam perkahwinan? Saya rasa ya. Kenapa? Bagi saya kebanyakan wanita sekarang lebih pentingkan kerjaya dan juga mereka tak abaikan urusan rumah tangga. Mungkin ada sesetengahnya yang bersikap terlalu pentingkan kerjaya sampai mengabaikan keluarga yang akhirnya mengakibatkan kepincangan rumahtangga. Kalau dua perkara ini dapat diuruskan secara bijak dan kerjasama antara dua pihak, rasanya tidak ada masalah sangat.
"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
Di Sekitar UiTM Seri Iskandar
-
kisah seram dalam hidup ni dia boleh datang dalam pelbagai keadaan kannn..
contohnya :
semalam kannn
gua habis melepak di mamak gua nak balik rumah kan
gua ...