Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, March 20, 2010

Selepas Kahwin, Perlu Ke Berkerja?….Khas Buat Wanita

Credit: Google


Ada sesetengah orang dulu-dulu, kata wanita hanya sesuai duduk rumah uruskan urusan rumah tangga je. Tapi tidak semua yang berfikiran begitu di era moden ini. Setiap lelaki atau wanita sekarang mengejar kerjaya daripada duduk terperuk dalam rumah je. Wanita sekarang lebih maju selangkah dengan kaum lelaki.

Di mana-mana kita dengar wanita sekarang makin menembusi kerjaya yang belum pernah wanita ceburi dulu. Serta boleh merasa bangga kerana seiring dengan apa yang kaum lelaki boleh lakukan. Walaupun secara fizikalnya, ada setengah kerjaya kaum lelaki tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita sepenuhnya. Tapi kaum wanita boleh mencuba kerana wanita sekarang lebih suka menyahut cabaran era moden masa kini. Cuma yang penting tidak melampaui batas kewanitaan.

Emm…bagaimana pula dengan anda? Mampukah anda meneruskan kerjaya selepas memasuki alam perkahwinan? Saya rasa ya. Kenapa? Bagi saya kebanyakan wanita sekarang lebih pentingkan kerjaya dan juga mereka tak abaikan urusan rumah tangga. Mungkin ada sesetengahnya yang bersikap terlalu pentingkan kerjaya sampai mengabaikan keluarga yang akhirnya mengakibatkan kepincangan rumahtangga. Kalau dua perkara ini dapat diuruskan secara bijak dan kerjasama antara dua pihak, rasanya tidak ada masalah sangat.
Kenapa wanita perlu kerja selepas kahwin? Kenapa ya? Cuba kita tengok keadaan sekarang. Banyakkan dengar berita mengenai perceraian. Cuba fikir adakah hidup anda sebagai wanita terjamin sekiranya perceraian berlaku? Saya tahu sebagai wanita Islam kita ada undang-undang sendiri yang uruskan hal mengenai nafkah selepas kahwinkan. Hal ni saya tak berapa arif, so kena rujuk kepada orang betul-betul pakar. Kalau tersilap kata payah pulakan.

Tapi takkan kita nak bergantung sepenuhnya pada undang-undang je. Kita sebagai wanita perlu ada persiapan khas untuk menempuh perkara macam ni. Misalnya mempunyai simpanan peribadi sendiri, bukan bermaksud menyingkir peranan suami yang mampu menyara anda atau mengandaikan perceraian akan berlaku. Not that. Anda boleh buat simpanan sendiri sebagai keperluan anda untuk masa depan. Mana tau anda mahu beli sesuatu yang diidamkan atau apa-apa je yang anda ingin buatlah.

Zaman sekarang rata-rata saya tengoklah, lebih mengejar kemewahan. Payah kita nak cari seseorang yang betul-betul menyayangi kita kerana diri kita. Mungkin sebab ekonomi yang semakin menekan ataupun memang dah gaya hidup orang sekarang yang lebih suka mengejar orang ada duit je. Malah sekarang selalu je dengar kes perceraian. Entah mana silapnya. Kahwin cerai kahwin cerai. Aduh letih macam ni. Kalau kes macam ni. Kita, wanita harus pentingkan kerjaya sebab kita tak tahu apa akan berlaku sekiranya anda tiada tempat untuk bergantung kelak bila perceraian melanda.

Kalau perceraian tu membawa banyak musibah, kan naya je. Kalau dulu anda senang lenang duduk rumah je. Tapi bila bercerai, anda hilang punca income. Nak bayar tu, tak de duit. Mana nak cari, kalau anda tak mempunyai kerjaya. Dulu lainlah, masa ada suami. Tak payah fikir banyak. Minta je kat suami. Bila tak de, baru fikir kerjaya tu penting. Sebenarnya semua ni bergantung pada nasib. Kalau nasib ok, hidup pun bahagia je.

Kalau sayalah, saya mahu kerja selepas kahwin. Bukan kerana saya tidak percaya suami saya. Cuma ingin mencapai cita-cita yang saya impikan. Lagipun buat apa belajar tinggi-tinggi kalau asyik duduk rumah je….kan. Buang masa dan duit je. Pendapat saja tu. Perjalanan hidup kita sendiri yang pilih. Oklah….pilihlah haluan anda sendiri. Nak duduk rumah atau teruskan kerja.

Nukilan;

5 comments:

Syahida said...

hehe..saya pun tak tahu after kahwin keje or not, tapi if tak keje, PTPTN camne nak bayar..kete camne nak bayar..ahaha..kalau 2 loan tu hubby boleh bayarkan, I no problem duduk rumah jaga anak..

stoberycoklat said...

perlu bekerja walopon da kaen..untuk menjamin masa depan..xleh harapkan suami 100 %..kalo jadi pape hal..ssh..huhu..lagi satu bila da bekerja, ada duit dan duit tu boleh la membantu suami dan dapatlah beli pe2 yg diinginkan kan..ehhe

secret said...

yelah keje ok juga...ada duit lebih bolehlah p honeymoon lagi...hehehe

Cik Cinta said...

duit pinjaman xkan suami nak bayar kot.. die pun mesti da banyak hutang punya.. so fikir2 balek nak xnak kene lah kerja juga bukan ape ringankan beban suami... silap2 hari bulan takut disebabkan masalah xcukup duit leh lak runtuh rumah tangga.. xmo2

Admin said...

itulah...mesti keje slps or sblm kawen...duk umah je tk bestlah..huhuhu

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."