Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, March 15, 2010

My Favourite Surfing Spot


Setiap orang pasti mempunyai ‘surfing spot’ kegemaran sendirikan?  

Sama ada di rumah, cybercafé mahupun tempat kerja.

Bagi saya tempat paling saya gemari ketika melayari internet ialah bilik hostel tempat kerja saya.

 
Di sinilah saya habiskan sepanjang masa yang terluang dengan surf internet. Yelah lepas habis kerja, tak de benda lain nak buat. Bukannya ada tv pun kat bilik hostel saya ni. Jadi, dunia mayalah yang selalu menemani saya.

Waktu cuti pun kalau tak ke mana-mana memang saya akan terperap dalam bilik melayan kerenah alam maya saya melalui boardband yang saya beli tahun lepas. Laptop ni pun saya beli tahun lepas juga. Semua untuk keperluan keboringan yang melanda diri saya ni. Yelah kalau tak ada laptop & internet, takkan nak tengok syiling jekan? Nanti jadi orang tak betul pula. 

Selalunya kalau saya surf internet laman web yang saya gemari ialah Facebook, Nuffnang, Geng Blogger, Youtube, Kosmo dan pastinya blog saya sendiri. Selain tu ada juga tengok laman web lain. Yang saya senaraikan tu, yang paling kerap saya kunjungi. 
Walaupun kadang-kadang broadband ni menguji kesabaran sebab ada masanya memang lembap macam siput. Entah-entah lebih lembap dari siput. Kalau masa hujan lagilah jalannya tersemput-semput. Naik angin juga dibuatnya. Nasiblah saya ni kuat sabar..hehe3.


Kali pertama tengok P1 W1Max ni. Terfikir apakah binatang ni? Yelah, saya ni baru tahu benda macam ni. Kalau sebut pasal boardband or wifi taulah. Yang ni…blur2 otak saya dibuatnya.Terasa pernah tengok. Cuma tak de info penuh dalam otak saya ni.

Nasiblah Nuffnang mengetuk minda saya hari ni untuk mengajak saya mencari info mengenai P1 W1Max ni. So, saya cubalah cari maklumat di PakCik Google yang baik hati tu. Terjumpalah laman web ni:

 
Emmm....menarik. Nampak gayanya dapat mengalahkan boardband yang saya pakai sekarang. Tengok dari design P1 W1Max ni saya dah tertarik. Smart design, simple dan senang di bawa ke mana saja anda pergi. So, dapatlah surf di mana-mana saja mengikut kemahuan anda.

Nak tau? P1 W1Max menawarkan service di mana anda dapat surf internet dengan kelajuan tinggi melalui rangkaian jalur lebar wayarles dengan kemudahan plug-and-play modem-xxx. Emmm…maybe lepas ini anda tak payah merungut lagi pasal kelembapan kelajuan internet anda. So, apa lagi dapatkan P1 W1Max di pasaran sekarang. Maklumat lebih detail bolehlah layari link ini: www.p1.com.my


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."