Wednesday, February 10, 2010


Jom pakat ramai2 join lucky draw baru ni.
Syarat penyertaan simple je.

1. Tbuka kpd follower..so kenalah jd follower kalau nak join ye.
2. Buat entry simple je..mcm yg sy buat nilah.
4. Mcm biasalah ltk banner atas tu kat sidebar.
5. Akhir sekali..leave komen & link di section komen ok.

Sapa nk join just clik sini:
 
Just 3 pemenang akan dipilih.

Tarikh tutup pyertaan:17 Februari 2010.

Smcm bogel kalau tgk seimbas lalu, kalau tgk btl2.
Tak pasti pula..apa2lah asal bahagia...hahahaha.


Poster seorang model terkenal Malaysia kelahiran Ipoh, Perak, Amber Chia dengan tubuhnya seperti berbogel tetapi dihiasi dengan lukisan belang seperti harimau dipamerkan semalam.
 
Aksi terbaru Amber 28, yang berlakon seperti seekor harimau terkurung di dalam kandang itu merupakan poster kempen terbaru pertubuhan hak asasi haiwan, Layanan Beretika Untuk Haiwan (PETA) Asia Pasifik.

Menurut satu kenyataan PETA Asia Pasifik, dengan bergambar di dalam sebuah kurungan, badannya yang bagaikan berbogel itu dilukis dengan belang harimau dan beraksi dekat ayat yang mengandungi mesej: 'Biarkan Haiwan Liar Bebas.'


Tahun baru cina tk lama lg. Terasa kehangatannya semakin hampir. Lebih2 lg di ofis semakin hari semakin kurang orang. Yelah semua nak balik cuti tahun baru. Apataknye, hampir semua staff ofis org cina. Saya pula akan mula cuti jumaat ni sampai rabu. Mungkin saya sambung lagi cuti sampai sabtu atau pun balik keje sekejap hari khamis sampai sabtu then balik kampung hari isnin hingga jumaat minggu seterusnya. Tengoklah mcm mn dulu. 

Bukannya selalu balik pun. Lgpun kali ni nak kumpul semua ahli keluarga untuk jamuan tahun baru cina. Tahun lepas tk ada peluang. So, kali ni nak buat besar sikit kot. Entahlah mcm mn planning adik saya.    

Seperti tahun baru cina sblmnya, syarikat saya banyak dpt kad wish tahun baru cina & buah limau. Semuanya dr supplier. Puas makan limau ni. Sambil keje, sambil makan. Kalau terasa nak makan lo. 

Tuesday, February 9, 2010



Payah nak layan orang yang nampak normal tapi sot sot je fikiran tu. Macam wayar dah nak putus. Asyik tanya stupid question je, myebabkan orang disisinya tak selesa. Cubalah tanya soalan yang logic sikit. Dahlah tanya soalan tak masuk akal, lepas tu naik kepala pula. Belum comfirm 3 bulan percubaan, dah tinggi suara kepada ketua bahagian sendiri. Memang nak cari musibah.

Kalau masih dalam penilaian tu, janganlah berlagak. Buat orang tak suka, last2 kena tendang. Baru tau! Itulah pelik pihak pengurusan syarikat saya, ambil pekerja yang sot sot. Dulu ambil budak perempuan yang semacam ada masalah dengan pendengaran. Tapi tak pula pekak. Cuma pelik bila ketua bahagiannya panggil, jarak dekat pula tu. Tak bagi respon, cakap tak dengar dipanggil orang. Sedangkan orang yang duduk berdekatan, malah operator telefon yang agak jauh sikit dari tempat duduknya pun dengar. Pelik betul.

Monday, February 8, 2010



Ni yang aku tak suka ni, dengan perangai kawan-kawan. Bila time nak pinjam duit bukan main buat muka kasihan. Bagi janji akan bayar hujung bulan. Itulah, inilah. Ni apa dah jadi? Sebulan dah lepas, dah masuk tahun baru dah ni. Hutang engko bila nak bayar ha!!

Bila aku minta engko bayar. Engko banyaklah bagi alasan. Ingat duit tu datang bergolek ke? Kalau aku tak ingat engko tu kawan aku Memang dah lama aku marah engko. Dah berbulan-bulan engko tak bayar. Hendak aku tiap bulan tanya engko bila nak bayar ka? Macam aku pula yang hutang dengan engko. Nak aku diam je. Rugilah. Tu duit titik peluh aku. Atas usaha aku. Bukan nak bagi engko free je. Setakat seringgit dua bolehlah. Ni beratus beb! Ingat senang ka dapat duit tu, kalau tak usaha. Benci betul aku. Jangan sampai aku hilang sabar sudahlah. 

Haiiii...mcm2lah dgn manusia ni.
Dah bg muka elok..molek, nk tukar pula.
Tk bsyukur langsung.
Ni pula, nk tukar wajah hanya gara2 krn sorg lelaki.
Kalau btl laki tu syg sama kita, dia pasti terima kita seadanya.
Kalau tk..elok belah je.
Org mcm ni tk kekal lama punya dlm phubungan.

Pelakon terkenal, Jessica Alba menyatakan dia berasa sedih apabila mendapati terdapat seorang wanita China yang sanggup menjalani pembedahan plastik supaya wajahnya sama seperti aktres itu.
 
Wanita China itu yang mahu dikenali sebagai Xiaoqing sebelum memberitahu agensi berita Reuters bahawa dia mahu wajahnya kelihatan mirip Alba dengan tujuan untuk memenangi hati kekasihnya.

Tak sangka ye, sampai bgitu skali mrk tunjuk perasaan.
Aduh..tk dpt dibayangkan kalau kat Malaysia mcm ni.
Gempak satu Malaysia agaknye.
Wpun niat mrk baik utk menegahkan keadilan ke atas wanita, jgnlah sampai btindak mcm tu.
Pasti ada cara lain lebih sesuai.
Kdg2 fikir keadilan ke atas wanita agak kurang, yelah mcm tk ada tindakan tegas thadap perogol.
Terasa tk tenteram pula jd wanita ni.
Bahaya di mana2...minta dijauhkan segala pkara tk elok ini.


KIEV - Empat wanita muda sanggup mendedahkan payu dara mereka dalam satu tunjuk perasaan di sebuah pusat pengundian di sini semalam.

Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP, wanita itu yang merupakan anggota kumpulan pergerakan kewanitaan kemudian ditarik keluar oleh pengawal-pengawal keselamatan sebelum seorang calon pilihan raya, Viktor Yanukovich tiba.

;;
Related Posts with Thumbnails