Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, February 28, 2011

Menanti Cheque Nuffnang RM300++


Hai hai warga blogger, hari isnin hari yang ditunggu2 sebab hari isnin selalunye Nuffnang update earning kita. Hari nilah yang aku tunggu, kerana aku mahu cashout semua earning dalam akaun Nuffnang. Dah lama aku nak cashout tapi tak sampai hati pula...hehehe.


Last2 hari ni, aku tekan juga button cashout tu. Tak tahan tengok duit simpan lama, so gatallah tangan nak keluarkan. Lagipun sekarang iklan Nuffnang agak kurang. Maybe musim merundum. Mana tau lepas cashout ni bertambah pula rezeki.

Nilah jumlah earning yang akan aku terima kelak........tunggu sebulan lagi, barulah cek sampai ke tangan aku. Bolehlah enjoy sakan sikit...hehehe. Earning kali ni sikit dari cashout kali ke-2 tapi syukurlah apa yang ada kan...bukannye senang nak dapat duit. Lebih2 lagi keadaan ekonomi sekarang.




Bercerita pasal buffered earning pula.......tinggal satu campaign je lagi. Kalau rajin, usha2lah campaign tu ye. Hope bulan depan dapat banyak campaign baru lagi. Tapi trafik and update blog mestilah power and selalu. Kalau tak payah juga jawabnye....ok chow dulu.

Sunday, February 27, 2011

Rahsia Kecantikan Nasha Aziz

Credit:Google


Tadi aku terjah forum Carigold, ternampaklah entry '40 tahun rahsia kecantikan Nasha Aziz'. Baca punya baca.........macam tak caya Nasha Aziz dah umur 40 tahun. Betul ke ni? Apa pun, Nasha Aziz tetap cantik bergaya...nak tahu rahsianye. Baca entry yang aku copy dari Carigold ni.


PELAKON dan model, Nasha Aziz punya cara sendiri untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Sebagai figura awam, sudah semestinya mempunyai amalan tertentu yang menjadikannya dirinya begitu mempersona ketika di hadapan khalayak.


Heroin filem Kad Cinta ini memberitahu bahawa dia mempraktikkan lima perkara dalam memastikan dirinya selesa untuk berdepan dengan kerjaya harian.


1. Kesihatan mental

Super model nombor satu negara ini sentiasa berfikiran positif dalam memastikan dirinya sentiasa ke hadapan. Menjaga akal dari memikirkan perkara yang bukan-bukan atau yang memberi impak kepada mood sehariannya.


2. Fizikal yang menawan

Jujurnya, dia jarang membuat latihan jasmani yang lasak seperti joging atau berenang kerana masanya banyak di tempat kerja. Senaman ringannya seperti mengemas rumah dan berjalan-jalan.

Justeru, Nasha memastikan kesihatan tubuhnya dengan mendapatkan suplemen ginseng sebiji tablet yang dimakan setiap pagi. Amalan makan pertama di kala perut sedang kosong tersebut dapat membantu badannya sentiasa panas.

Selain itu, pelakon filem Hati Biru ini juga menelan sebiji tablet kunyit yang baik untuk sistem penghadaman.

Bijirin juga menjadi pilihan bagi mengelak dari kemasukan gas dalam badan kerana kerjanya kadang kala tidak tentu masa.

Nasha makan nasi setiap hari tetapi tidak mengambil minuman bergula. Air lemon pekat tanpa gula juga antara minuman kegemaran saya. Selain itu, saya juga makan coklat tanpa susu dan telur putih.


3. Naluri mesti bersih

Wanita berusia 40 tahun ini sentiasa menjadi keinginan nalurinya. Tidak mahu didesak dengan sebarang anasir yang menyebabkan dirinya terlibat dengan tabiat-tabiat yang boleh merosakkan hatinya. Tidak kisah dengan apa yang dikatakan orang sekeliling mengenai dirinya termasuk gosip yang mengatakan tentang perkahwinannya dalam masa terdekat.


4. Pergaulan yang sihat

Sebenarnya, pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) ini tidak punya kawan baik yang terdiri dari golongan artis dalam industri. Dia sangat memilih untuk mencari kawan yang benar-benar boleh dipercayai. Berdasarkan pengalaman lepas, Nasha semakin selektif ketika berkawan dan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan.


5. Kawalan emosi


Pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz ini juga sentiasa menarik nafas panjang tatkala berdepan dengan masalah. Tidak suka marah-marah dan sentiasa tersenyum andai berdepan dengan konflik.

Saturday, February 26, 2011

1001 Kesan Di Hati......Emmm Menarik!!!



Pagi2 check Facebook, nampak tag dari member...1001 kesan di hati. Nampak menarik, so aku sharelah disini. Aku rasa ramai yang pernah baca ayat2 '1001 kesan di hati' kan? Apa anda rasa.....ada terkesan di hati tak?


Entahkan mengapa,biar ringkas bicaranya,seribu kesan di hati..  

"Assalamualaikum," sana.

"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.

"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.

"Fasal apa?" sini.

"Sibuk ke? sana.

"Agak," sini.

"Ok," sana.

"Allah ada," sini.

"Tahu," sana.

"Allahlah tempat mengadu," sini.

"Ya baik," sana.

"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.

Senyap. Ada tangis di situ.

"Kan bagus kalau ada di sini," sana.

"Tak bagus pun," sini.

"Kenapa?" sana.

"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.

"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.

"Rindu sebenarnya," sini.

"Kenapa tak cakap?" sana.

"Saja. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.

Sana senyap.

Sini senyap.

Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.

Terpulang pada pembaca untuk mentafsirnya..moga hati tak berbelah bahagi, Allah lah pemilik hati ini..amin.~

Tips Mudah Untuk Bezakan Perfume Itu Original Or Tiruan



Petang tadi tengah aku survey2 perfume untuk satu items barang hantaran aku kelak, terjumpalah tips menarik pasal macam mana nak kenal perfume itu ori or tak. Emmm aku rasa amat berguna untuk kita semua terutamanya aku yang tak pernah nak beli perfume yang mahal2 ni...:)


Ok..jom kita baca infonyeeeeeeeeeeeeee....:)


Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini diperturunkan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan.


20 perkara yang harus diambil perhatian:
 

1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.


2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.


3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.


4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.


5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.


6. Semak Nombor Batch.


7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.


8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.


9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal….


10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.


11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.


12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.


13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.


14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.


15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.


16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.


17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.


18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia 


19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.


20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.


21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.

Friday, February 25, 2011

Untaian Madah Cinta


Emmm...tak tahu nak buat apa petang ni, so layan jelah lagu2 jiwang sikit and madah2 cinta pengarang jantung ni...hehehe :)


Andai di dunia ini tidak ada cinta, maka hidup akan serasa gersang, hampa dan tidak ada dinamika. Cinta mampu membuat sesuatu yang berat menjadi ringan, yang sulit menjadi sederhana, permusuhan menjadi perdamaian dan yang jauh menjadi dekat. Itulah gambaran kekuatan cinta.


Mencintai tanpa memiliki itu ibarat orang Ethiopia yang kelaparan. Mencintai penuh dengan ketulusan adalah keharusan. Cinta adalah cinta.



Cinta itu anugerah. Hargailah setiap anugerah yang diberi kerana tak semua yang diberi akan dapat berulang-ulangkali.



Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.



Jika kita sungguh-sungguh menginginkan cinta, maka cintalah pada akhirnya yang justeru menunggu kita. - Oscar Wilde



Cinta memang sulit difahami kerana cinta punya sejuta warna sehingga akan sulit untuk melukisnya
.


CINTA ! Sekelip mata saja kamu boleh jatuh cinta. Malah dalam sekelip mata juga hatimu boleh berubah. Cinta menjadi benci, rindu menjadi dendam.



Cinta sering dikatakan ‘buta’ tetapi jangan dijadikan alasan sehingga matahati tidak dapat menilai harga sebuah cinta.

I'm Back.....Baru Je Tamat Kursus Pra-Perkahwinan

Kasih tercipta, Cinta terjalin


Elo warga blogger semua...emm dah 3 hari tak update blog ni. Nasib tak bersarang...hehehe. Aku sebenarnye ambil cuti 3 hari, 2 hari untuk kursus pra-perkahwinan dan sehari untuk rehat2 je.


Kursus pra-perkahwinan yang diadakan di Jabatan Agama Islam Bintulu selama 2 hari iaitu bermula 22-23 Febuari 2011, memang menyeronokkan. Walaupun ada kalanye mengantuk. Biasalah tu, kalau menghadiri kursus...:).


Sepanjang 2 hari kursus bermacam topik mengenai bab2 perkahwinan dibicarakan. Tapi yang lebih menarik minat aku ialah mengenai cerita2 ustaz dan ustazah yang lucu2. Buat semua orang gelak je. Tak sangka juga bermacam2 kerenah orang berumahtangga ye. Tapi memang tak disangkallah, alam berumahtangga banyak dugaannye. Kalau tak mampu menempuhi semua dugaan itu, karamlah mahligai yang terbina itu. 


Bagi akulah....dalam berumahtangga perlu ada tolak ansur dan sentiasalah mendekati diri pada Allah agar hubungan suami isteri sentiasa dilindungi-Nya. Amin.

Sunday, February 20, 2011

Istimewa Buat Yang Bernama Wanita

Lusa aku ada kursus pra-kahwin, so malam ni last aku update blog. Sebab esok lepas kerja aku kena diam rumah member aku. Dekat sikit dengan Jabatan Agama. Taklah aku bersusah payah pagi2 nak suruh driver hantar..hehehe.


Oklah, aku malam ni nak tujukan sebuah sajak yang aku rasa baik sangat, khas buat insan yang bernama wanita. Bagi renungan kita bersama.


Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…


Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…


Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…


Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji…


Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…
 

Saturday, February 19, 2011

10 Fakta Brutal Kenapa Anda Lambat Jodoh...Betul Ke Ni?

So..Sweet :)


Ramai antara kita sekarang masih belum bertemu jodoh dan masih mencari-cari. Kenapa agaknye iye? Adakah kerana seru belum sampai? Entahlah, bermacam2 alasan yang kita dengar dan boleh dicari dalam internet. Nak salahkan mereka sebab lambat dapat jodoh, tak dapatlah. Sebab itu perkara yang agak sensitif juga bagi sesetengah orang. Apa pun kita harus usahakan sesuatu agar kita bertemu jodoh.


Di sini ada 10 fakta brutal 'Kenapa Anda Lambat Jodoh'. So, renung2lah.
  1. Anda ingat diri anda terlalu cun atau segak oleh itu anda selalu memilih dan menantikan kekasih hati dan teman yang cun dan menawan. Bila ada calon, tetapi tidak cun, anda menolak!!
  2. Anda sentiasa menunggu tanpa cuba berusaha memperluaskan lingkungan kenalan anda.
  3. Sikap anda yang prejudis terhadap golongan “opposite sex”
  4. Anda sudah putus harap kerana peristiwa silam yang lalu dan malas melayan kerenah lelaki atau perempuan lagi..fokus anda adalah pada karier anda sahaja!
  5. Jodoh anda sudah mati!
  6. Anda tersesat dalam hutan dan tiada siapa lagi di situ kecuali rakan anda yang sejenis dan anda bukanlah gay atau lesbian..hehe..
  7. Anda disihir supaya jodoh anda tidak lekat.
  8. Sikap anda yang kurang romantis dan membosankan.
  9. Badan anda berbau dan baju, rambut anda tidak terurus!
  10. Anda jarang keluar rumah dan terlalu malu untuk berkawan!......Sumber:seronoknyee

Antara sebab2 yang diutarakan ada benarnye juga. Kadang2 kisah silam membuat kita rasa jemu nak bercinta kembali. Lebih2 lagi sekarang ni agak sukar nak temui padangan yang betul2 menyayangi kita dan ikhlas kerana Allah. Tapi kalau dah temui tu, jangan lepaskan iye. Mudahan kita semua menemui kebahagiaan kita sendiri. Amin.

Tahniah Buat Graduan UUM

Penantian 2 bulan selepas banjir akhirnye berakhir dengan penganugerahan ijazah kepada semua graduan UUM semalam. Tahniah buat semua mereka. 


Teringat aku masa aku belajar sana dulu. Rindunye nak kembali pada zaman muda2 dulu. Hope kalau ada rezeki lebih mahu ziarah UUM lagi. Yang pasti UUM tak seperti dulu. Aku dengar dah banyak perubahannye. Apa2 pun itu tempat aku menimba ilmu dulu dan pastinye aku akan jejah ke sana lagi.


Credit:Kosmo

Graduan UUM terima ijazah selepas banjir

SINTOK - Penantian 633 graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) selama lebih dua bulan untuk naik ke pentas bagi menerima ijazah tiba ke penghujungnya apabila majlis konvokesyen yang ditangguhkan akibat banjir diadakan semalam.

Konvokesyen khas bagi menggantikan Majlis Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua bagi Sesi Kelima dan Keenam itu berlangsung meriah di Dewan Mu'adzam Shah UUM di sini dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Kesemua graduan menerima ijazah masing-masing daripada Pro Canselor UUM, Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Turut hadir, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Penganugerahan melibatkan graduan daripada Kolej Sastera dan Sains UUM (UUM CAS) serta Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM (UUM COLGIS)...berita lanjut:KOSMO

King Of Sushi...Sushi King, Emmm Sedapnyeeee

Misi cuti2 Malaysia aku ke Kuching membawa aku ke Sushi King, Kuching buat pertama kalinye bersama tunang tersayang...hehehe. Sebenarnya ni kali ke-3 aku makan di Sushi King dan kali pertama buat tunangku itu.


Sebab ini kali pertama si dia makan di Sushi King, so aku tolonglah introduce apa makanan yang menarik selain sushi. 




Emm...banyak menu menarik ni, last2 ni jelah yang kami order. 


Ada 2 jenis sushi yang kami order, salah satu seperti gambar di atas (Aku lupa apa nama sushi tu) dan kedua ialah sushi yang bersalut keju. Sedap juga. Tapi tak habis makan...so, aku tapau balik bagi kawan aku seorang lagi makan. Dia pun 1st time makan sushi. Selera betul dia makan. Next time nak bawa dia datang bersama kami.

 

Sebab makanan dah banyak, lagipun perut masih kenyang sikit. Yelah masa menunggu tunang aku sembahyang Jumaat, aku makan sikit sebab terlampau lapar...hehehe. So, untuk air..aku just order Chinese Tea....free saja. 

 



Untuk makanan pula, seperti gambar di atas. Nak sebut satu2 nama menu itu, aku tak reti and aku tak simpan resit tu pun. Jadi.........lihat jelah apa yang patut...hehehe. 


Bagi aku makanan di Sushi King ni memang menyelerakan dan sedap...next time nak makan lagi...ada siapa2 mahu belanja..:)

Friday, February 18, 2011

Adakah Ikan Berkepala Buaya? Aneh Tapi Benar!!!

Penemuan terbaru seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya, ditemui Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah menunjukkan betapa uniknya ciptaan Allah. Bermacam2 jenis binatang yang belum kita temui sebenarnya. Tunggu masa je nak memperkenalkan diri. Macam ikan inilah...hehehe.



 Credit:Kosmo


Ikan berkepala buaya ditemui 

JAKARTA - Seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya ditemui di Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah pada minggu lalu.

Ikan aneh itu yang ditemui pada 5 Februari lalu mempunyai empat sirip dan tiga ekor serta mempunyai sisik seperti ular.

Dua lelaki menangkap ikan itu semasa mereka mencari ikan di dermaga membaiki kapal.

Menurut laporan akhbar dalam talian, Liputan 6.com, ikan itu tidak melawan semasa ia ditangkap.

Sebaliknya, ikan tersebut kelihatan seperti minta ditangkap oleh kedua-dua beradik itu.

Ikan itu diperlihara di dalam kolam kecil di rumah mereka. - Agensi

Justin Bieber Mati Ditembak?? Betul Ke?

Pagi tadi, tengah mengefes tiba2 terbaca entry Justin Bieber mati ditembak. Emmm...betul ke ni? Bila aku check di Kosmo, rupanya hanya lakonan semata-mata. Buat terkejut sikit je...hehehe.
 
 
 
 Credit:Kosmo
 
 

Gambar Bieber mati ditembak 

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menemui ajal apabila dia ditembak mati di dadanya dalam siri televisyen penyiasatan popular, CSI, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Baby dan berusia 16 tahun itu muncul menerusi episod terbaru CSI, Target of Obsession.

Selebriti berusia 16 tahun itu memegang watak remaja bermasalah bernama Jason McCann untuk kali kedua selepas dia mula melibatkan diri dalam siri televisyen itu pada September 2010.

"Saya bukan orang yang jahat. Justeru, saya rasa kelakar apabila dikehendaki membawakan karakter seperti ini," katanya.

Bintang muda itu menerima penghargaan Pencapaian Cemerlang Artis Antarabangsa dalam anugerah muzik popular Britain, Brit di London baru-baru ini. - Agensi

Buffered Earning Bulan Februari



Sekian lama menanti rezeki buffered earning baru dari Nuffnang, akhirnye dapat juga. Fikir Nuffnang merajuk dengan aku, sebab awal bulan Februari aku kurang nak update blog. Biasalah sibuk dengan Tahun Baru Cina dan majlis merisik. Lagipun line internet di kampung slow sangat. Makinlah menambah kemalasan aku nak update blog.


 


Apa pun...TQ Nuffnang sebab bermurah hati bagi aku buffered earning baru. Walaupun satu je tapi syukurlah apa yang ada...kan? Emmm....aku tengoklah bulan ni macam slow je progress Nuffnang. Buffered earning pun tak banyak macam dulu. Maybe business Nuffnang ada sikit slow dari bulan lepas2. Biasalah tu kan, takkan business selalu baik je. Ada masa naik turunnya juga. Namun, aku harap Nuffnang dapat rezeki banyak lagi. Supaya kita dapat merasa tempisannye.


Walaupun tak mampu meraih beribu income macam Red Mummy kita tu. Tapi apa pun, syukurlah ada sedikit income untuk belanja poket. Lagipun aku fikir hujung bulan ni nak cashout earning dari Nuffnang. Dah cecah RM300 plus gitu. Tak sabar nak tunggu cek ketiga dari Nuffnang...hehehe.

Thursday, February 17, 2011

Penyu Gergasi Menganas Di Majlis Perkahwinan

Hehehe....aku rasalah penyu gergasi yang mengigit baju pengantin perempuan ni, fikir obor2 agaknye. Yelah sama dengan warna obor yang keputihan. Nasiblah tak terlampau menganas...:)


 Credit:Kosmo


Penyu gergasi ganggu majlis perkahwinan

 

LONDON - Seekor penyu gergasi mengganggu satu majlis perkahwinan yang diadakan di dalam Akuarium Sea Life di sini pada Isnin lalu.

Insiden itu berlaku semasa pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin wanita. 

Seekor penyu gergasi itu kemudian menghampiri mereka sebelum ia menggigit gaun pengantin perempuan, Kathryn O'Connor.

Kathryn dan pengantin lelaki, James Oliver kemudian bertindak menolak penyu tersebut dengan tangan mereka. 

Oliver kemudian meneruskan majlis perkahwinan dengan mendukung isterinya itu manakala seorang jurugambar merakamkan peristiwa melucukan itu. - Agensi

Wednesday, February 16, 2011

Mantra (2010) Full Movie...Layanzzz Ni Pula!!!

Malam ni layan movie seram 'Mantra'. Baca dari sinopsis macam menarik sebab tu lah layanzzzzzz....jom kita layanzzzzzzz sama2.


 Credit:Youtube



Sinopsis filem Mantra:

Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.


Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.


Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi...sumber:mestimau

Only Beauty Beri Sample Free.......Aku Dah Dapat!!

Semalam aku ada post entry pasal website Only Beauty...di mana anda boleh request sample free dari pelbagai produk yang mereka tawarkan.


Dapatkan Free Samples Dari Pelbagai Produk Di Only Beauty....Percuma Je Tau!!!

 

Hari ni aku nak sharelah barang yang aku dapat buat masa ni. Taklah banyak sangat pun, sebab aku baru je join awal bulan ni. 

 

Nilah produk pertama yang aku dapat....best juga L'oreal Elseve Smooth-Intense Anti-Frizz Serum ni...rasa rambut lembut and wangi pula tu. Fikir nak beli satu...:)




Dan tak lama lagi aku akan terima satu lagi produk L'oreal. Oh ya....setiap request sample yang berjaya, anda akan terima email seperti email yang aku received ni:


Elseve Smooth-Intense Ultra-Riche Leave-In Mask 
Inilah produk kedua akan aku terima tak lama lagi. Memang rasa teruja jugak kalau dapat free sample ni, lebih2 lagi dari produk kegemaranku sendiri. Kalau produk tu sesuai, so bolehlah beli di shopping complex nanti. Sebab itulah tujuan mereka memberi sample free.

Tuesday, February 15, 2011

Cuti-Cuti Cinta Full Movie...Layanzzzzzzzzzzz :)

Malam semalam aku layan movie "Cuti2 Cinta". Bolehlah tahan. Sekurangnye buang keboringan malam yang sejuk..hehehe. Oklah..sapa2 nak layan, boleh tengok di Youtube.

Cuti-cuti Cinta

 Credit:Youtube

Sinopsis Filem Cuti-Cuti Cinta

Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.


Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.


Esoknya, Eava memandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang besiap-siap sedang bersiap-siap untuk pergi ke laut. Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakikukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayang kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat. Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.


Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya. Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.


Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.


Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok. Remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang. Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy. Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta…Sumber:ezany

p/s: Fuh...panjang betullah sinopsis filem ni :)

Dapatkan Free Samples Dari Pelbagai Produk Di Only Beauty....Percuma Je Tau!!!

Bagi anda yang memang meminati sample free dari pelbagai produk yang terdapat di pasaran, bolehlah join website 'Only Beauty' ni. Aku baru je join bulan ni, lepas request beberapa items yang aku mahu....barulah nama aku tersenarai. Senang je, tak libatkan kos apa2 pun...free katakan.




Bagi mendapatkan sample free yang ditawarkan tiap minggu tu, kenalah register nama anda dulu. Bagi memudahkan penghantaran sample free ke rumah anda. So, bagi yang berminat....sila klik link dibawah ini:




Untuk makluman anda bermacam jenis produk mereka akan beri sample free. Kalau bertuah anda akan dapat semuanya. 


Oh ya.....hari sabtu and ahad, tiada sample free ye. Hanya dibuka masa working day je. Itu kalau tak silap akulah...hehehe. Biasalah aku pun masih baru dengan website ni tapi aku dah dapat sample free tu..nanti aku postkan di entry seterusnye. Selamat mencuba.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul Buat Semua Umat Nabi Muhammad S.A.W.

Credit:Google


Salam Maulidur Rasul  buat sahabat blogger serta umat Nabi Muhammad S.A.W. semua. Mudahan kita selalu memperingati perjuangan Rasul kita dalam menegakkan syiar Islam dan sentiasalah berselawat serta mengikut sunnah yang telah baginda perturunkan. Ingat Rasul kita amat menyayangi umatnya, so kita sebagai umatnya harus sama2 perjuangkan Islam dengan hati yang ikhlas.

 Credit:Youtube

The Chosen One Lyrics

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none

You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sunday, February 13, 2011

Harapan Pada Mu Subur Kembali - Nazrey Johani

Malam sepi dan damai ini....bestnye dapat layan lagu2 yang menginsafkan diri, terasa banyak kekurangan diri ini dan banyak dosa yang belum terhapus. Mudahan Allah mengampuni dosa hamba-Nya ini dan mudahan aku sentiasa mengingati-Nya. Amin.


Harapan Pada Mu Subur Kembali
Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila Kenangkan Qahar-Mu
Rasa Gerun Di Hatiku
Kerana Takutkan Seksa-Mu

Hamba-Mu Rasa Berputus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tika Mengenang Ghafar-Mu
Putus Asa Tiada Lagi
Semangatku Pulih Semula
Harapanku Subur Kembali

Ujian Menimpa Menekan Di Jiwa
Tak Sanggup Meneruskan Perjuanganku
Mehnah-Mu itu Penghapus Dosaku
Mengganti Hukuman-Mu Di Akhirat

Di Waktu Mengenang Rahmat-Mu
Terasa Diri Kurang Bersyukur
Pada-Mu Harusku Memohon
Moga Syukurku Bertambah

Alangkah Susahnya
Mendidik Nafsuku
Yang Tidak Dapat Melihat Kebenaran-Mu
Bantulah Hamba-Mu
Dalam Mendidik Jiwaku Ini


Credit:Youtube


"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."

Saturday, February 12, 2011

Aku Masih Dara (2010) - Full Movie

Petang ni juga layan movie 'Aku Masih Dara'. Cerita pengajaran buat kita sekarang yang selalu leka dengan kehidupan dunia tanpa mempedulikan anak2 dan didikan agama. Not bad juga jalan ceritanye. Jom Layanzzz...........:)

Credit:Youtube


Pelakon : 

Raja Farah, Asyraf Muslim, Norliana Samsuddin, Farid Kamil, Diana Amir, Reanna


Sinopsis:

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing.


Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang. Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segala-galanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah.


Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’….Sumber:sinema-21

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 - Full Movie

Petang ni layan movie 'Jangan Pandang Belakang Congkak 2'. Emmm...boleh tahan juga ceritanye. Jom layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......:)



Credit:Youtube



Dibintangi oleh

Mazlan Ahmad, Cat Farish, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Pak Pie, Bob Kuman, Nora Danish, Ruminah Sidek, Ebby Yus, dan Wangi The Fabulous Cat


Sinopsis

Setelah berjaya menewaskan Mustika dan memulihkan Punai dan  Asmat dalam JPBC yang lalu, Pak Mor terus berusaha untuk  memperhebatkan ilmu yang ada padanya. Pada suatu hari, ketika dia sedang membaca jampi menteranya,  tiba-tiba tubuh Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu  gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan dari asap itu muncul Mustika. Keadaan ini membuktikan bahawa Pak Mor dan Mustika sebenarnya mempunyai hubungan dan berpakat untuk mengambil kesemua harta dan saka-saka Pak Sudir setelah kematiannya. Tujuan mereka mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir, adalah untuk kekal muda selama-lamanya. Namun yang demikian, Punai dan Asmat cuba untuk menggagalkan rancangan mereka. 

Situasi ini memaksa Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai dan Asmat. Usaha untuk menghapuskan Punai dan Asmat sentiasa menemui jalan buntu. Mereka bijak menghalang diri mereka dari kawalan Pak Mor dan Mustika. Pada satu hari, mereka telah berjumpa dengan seorang bomoh yang dikatakan mampu membantu mereka. Wak Ketari mempunyai ilmu kebomohan dan bersetuju untuk mengajar mereka. Tidak mudah untuk mempelajari ilmu dari Wak Ketari kerana dia turut mengenakan beberapa syarat serta peraturan untuk dipatuhi.

Punai dan Asmat menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerana Wak Ketari seorang yang tegas dan garang. Sebelum mereka lulus, mereka dikehendaki menjalani satu ujian di mana mereka dikehendaki menangkap hantu.Walaupun pada mulanya mereka keberatan menurut tetapi kemunculan Seha iaitu anak tunggal Wak Ketari mengubah pendirian mereka serta merta.

Dalam pada yang sama, Pak Mor dan Mustika terus berusaha menjejaki mereka bagi misi menghapuskan kewujudan Punai dan Asmat. Adakah Punai dan Asmat berjaya dalam ujian yang diberikan oleh Wak Ketari? Bagaimana pula dengan usaha yang dilakukan oleh Pak Mor dan Mustika bagi menghapuskan Punai dan Asmat...sumber:jiwarosak

Menang RM30.00 Free Shopping Voucher Dari Prudential

Ingat tak iklan Nuffnang 'Prudential'. Yang tak ingat tu pasti jarang2 sangat nak klik and terokai iklan2 menarik dari Nuffnang. Aku....berpeluang terokai iklan Prudential Nuffnang ni. Berkesempatan juga ikut serta Prudential 'Rank and Win' survey.


Sebenarnye tak sangka juga dapat menang.  Yelah lama dah iklan ni, baru sekarang dapat keputusan. Hari tu masa terima sampul surat dari Prudential, fikir apa. Sebab tak pernah ada ambil apa2 produk dari Prudential. Tengok2 rupanya menang voucher survey.





Tq Nuffnang....Tq Prudential....hope dapat menang contest2 yang lain pula...hehehe. Lepas ni dapatlah serbu Guardian beli barang yang diminati...jom :).
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."