Lusa aku ada kursus pra-kahwin, so malam ni last aku update blog. Sebab esok lepas kerja aku kena diam rumah member aku. Dekat sikit dengan Jabatan Agama. Taklah aku bersusah payah pagi2 nak suruh driver hantar..hehehe.
Oklah, aku malam ni nak tujukan sebuah sajak yang aku rasa baik sangat, khas buat insan yang bernama wanita. Bagi renungan kita bersama.
Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji…
Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka…
Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa…
Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji…
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji…
Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih…
Credit:seronoknye
1 comments:
terima kasih sudi kongsi..
:)
Post a Comment