Penemuan terbaru seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya, ditemui Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah menunjukkan betapa uniknya ciptaan Allah. Bermacam2 jenis binatang yang belum kita temui sebenarnya. Tunggu masa je nak memperkenalkan diri. Macam ikan inilah...hehehe.
Credit:Kosmo
Ikan berkepala buaya ditemui
JAKARTA - Seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya ditemui di Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah pada minggu lalu.
Ikan aneh itu yang ditemui pada 5 Februari lalu mempunyai empat sirip dan tiga ekor serta mempunyai sisik seperti ular.
Dua lelaki menangkap ikan itu semasa mereka mencari ikan di dermaga membaiki kapal.
Menurut laporan akhbar dalam talian, Liputan 6.com, ikan itu tidak melawan semasa ia ditangkap.
Sebaliknya, ikan tersebut kelihatan seperti minta ditangkap oleh kedua-dua beradik itu.
Ikan itu diperlihara di dalam kolam kecil di rumah mereka. - Agensi
2 comments:
bukan kot, mungkin ikan tu spesies aligator gar yang bnyak ditemui di amerika.
agaknyelah...hehehe..maya pun 1st time tgk ikan jenis mcm tu
Post a Comment