Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, February 26, 2011

Tips Mudah Untuk Bezakan Perfume Itu Original Or Tiruan



Petang tadi tengah aku survey2 perfume untuk satu items barang hantaran aku kelak, terjumpalah tips menarik pasal macam mana nak kenal perfume itu ori or tak. Emmm aku rasa amat berguna untuk kita semua terutamanya aku yang tak pernah nak beli perfume yang mahal2 ni...:)


Ok..jom kita baca infonyeeeeeeeeeeeeee....:)


Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini diperturunkan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan.


20 perkara yang harus diambil perhatian:
 

1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.


2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.


3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.


4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.


5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.


6. Semak Nombor Batch.


7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.


8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.


9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal….


10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.


11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.


12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.


13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.


14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.


15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.


16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.


17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.


18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia 


19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.


20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.


21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.

3 comments:

saya_arief said...

thanks for the tips..
:D
baru la owang kate bijak berbelanje.

sawn said...

Tips yang selalu aku pakai senang je.. cuba goncang perfume tu. Tengok buih dia.. kalau cepat maknanya kualiti dia kurang la.. bole buat perbandingan dengan perfume mahal.. kalau goncang, buih dia lambat hilang.

Admin said...

saya-arief: sama2

sawn:oo mcm tu...maya baru nk belajar kenal perfume ori or tak ni..sbb nk beli buat si dia..hehehe

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."