Credit:Google
Tadi aku terjah forum Carigold, ternampaklah entry '40 tahun rahsia kecantikan Nasha Aziz'. Baca punya baca.........macam tak caya Nasha Aziz dah umur 40 tahun. Betul ke ni? Apa pun, Nasha Aziz tetap cantik bergaya...nak tahu rahsianye. Baca entry yang aku copy dari Carigold ni.
PELAKON dan model, Nasha Aziz punya cara sendiri untuk menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Sebagai figura awam, sudah semestinya mempunyai amalan tertentu yang menjadikannya dirinya begitu mempersona ketika di hadapan khalayak.
Heroin filem Kad Cinta ini memberitahu bahawa dia mempraktikkan lima perkara dalam memastikan dirinya selesa untuk berdepan dengan kerjaya harian.
1. Kesihatan mental
Super model nombor satu negara ini sentiasa berfikiran positif dalam memastikan dirinya sentiasa ke hadapan. Menjaga akal dari memikirkan perkara yang bukan-bukan atau yang memberi impak kepada mood sehariannya.
2. Fizikal yang menawan
Jujurnya, dia jarang membuat latihan jasmani yang lasak seperti joging atau berenang kerana masanya banyak di tempat kerja. Senaman ringannya seperti mengemas rumah dan berjalan-jalan.
Justeru, Nasha memastikan kesihatan tubuhnya dengan mendapatkan suplemen ginseng sebiji tablet yang dimakan setiap pagi. Amalan makan pertama di kala perut sedang kosong tersebut dapat membantu badannya sentiasa panas.
Selain itu, pelakon filem Hati Biru ini juga menelan sebiji tablet kunyit yang baik untuk sistem penghadaman.
Bijirin juga menjadi pilihan bagi mengelak dari kemasukan gas dalam badan kerana kerjanya kadang kala tidak tentu masa.
Nasha makan nasi setiap hari tetapi tidak mengambil minuman bergula. Air lemon pekat tanpa gula juga antara minuman kegemaran saya. Selain itu, saya juga makan coklat tanpa susu dan telur putih.
3. Naluri mesti bersih
Wanita berusia 40 tahun ini sentiasa menjadi keinginan nalurinya. Tidak mahu didesak dengan sebarang anasir yang menyebabkan dirinya terlibat dengan tabiat-tabiat yang boleh merosakkan hatinya. Tidak kisah dengan apa yang dikatakan orang sekeliling mengenai dirinya termasuk gosip yang mengatakan tentang perkahwinannya dalam masa terdekat.
4. Pergaulan yang sihat
Sebenarnya, pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) ini tidak punya kawan baik yang terdiri dari golongan artis dalam industri. Dia sangat memilih untuk mencari kawan yang benar-benar boleh dipercayai. Berdasarkan pengalaman lepas, Nasha semakin selektif ketika berkawan dan tidak mahu hidup dalam kepura-puraan.
5. Kawalan emosi
Pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz ini juga sentiasa menarik nafas panjang tatkala berdepan dengan masalah. Tidak suka marah-marah dan sentiasa tersenyum andai berdepan dengan konflik.
2 comments:
lahh dah 40 tahun ke??tak cayenye
--->--->Blog Hafzan Sarah
itulah maya pun tk caya...hehehe
Post a Comment