Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, October 31, 2012

RE: Kahwin Dulu Then Cinta Or Cinta Dulu Baru Kahwin…Mana Satu Best?

 
 
Persoalan kahwin ni perlu di pandang serius. Sebab kita berkahwin bukan untuk sehari dua, kalau boleh hingga akhir hayat dan bertemu semula di syurga. Kalau itu sudah tersuratlah. Kalau selain dari itu, aku tak tahulah nak cakap apa.


Cinta dulu lepas tu kahwin, memanglah best. Siapa yang tak mahu kahwin dengan orang yang kita cintaikan. Semua orang mahu termasuklah aku ni. Memang bahagialah kalau dapat kahwin dengan orang kita cintai. Cuma sejauhmana jodoh kita, itu penentu kepanjangan usia hubungan suami isteri kita.


Kadang2 kahwin kerana cinta juga, berakhir dengan perceraian juga. Walaupun masa anda bercinta dulu bukan main nak rak, tapi bila dah lama diam bersama sebagai suami isteri lain pula jadinya..kan. Bukan aku nak harapkan anda berakhir macam tu. Sebagai contoh yang memangnya pernah terjadi dalam kelompok kita. Memang tak dapat lari, kalau takdir jodoh anda sampai ke situ je. Kalau boleh usahakan agar ia berkekalan ye.
 
 
Kahwin then cinta pun tak kurang hebatnya. Ada yang kahwin cara begini bahagia hingga akhir hayat. Itupun terpulang pada jodoh juga. Kalau kekal, kekal. Kalau tak sebaliknya seperti cinta then kahwin juga. Tak kira kahwin then cinta or cinta then kahwin, dua2 ada baik or buruknya. Semua depend pada ketentuan jodoh kita.


Kalau boleh semua nak kahwin dengan orang yang dicintai or paling kurang dikenali...betul tak? Takkan kita nak kahwin cincai je. Tak kenal serba sedikit mengenai insan yang akan bersama kita semasa kita duka or gembira. Kalau macam ni, payah juga. Apa2 pun yang penting jangan kena paksa kahwin buta sudahlah……apa2 jelah…he3.
 
 
Nukilan;





p/s: Maksud kahwin dalam perbincangan ini ialah NIKAH ye....bukan kahwin tanpa nikah.
 

Saturday, October 13, 2012

Lirik Muara Hati – Dato Siti Nurhaliza & Hafiz


Lirik Muara Hati – Dato Siti Nurhaliza & Hafiz

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta

Friday, October 12, 2012

4 Makna Disebalik Perasaan Bosan...????

 
 
Siapa sini tak pernah berasa bosan??? Mustahillah kalau tak de kan...setiap orang pasti ada perasaan bosan ni. Aku pun pernah alaminye juga....selalu sangat...sampai bosan dibuatnye hehehe.
 
Apa pun perasaan bosan ni perlu dikawal kerana ia boleh membawa sifat negatif dalam diri seorang. Selain daripada itu ia juga memberi gambaran awal tentang keperibadian mereka. 
 
Antara makna disebalik perasaan bosan adalah….
 
 
1) Berdasarkan kajian, seorang yang mudah berasa bosan adalah seorang yang tidak pandai untuk hidup berdikari. Mereka terlalu bergantung terhadap orang lain seperti rakan dan keluarga.


2) Selain daripada itu,  kajian juga mendapati bahawa orang yang cepat berasa bosan adalah seorang yang sukakan kehidupan yang statik dan selesa. Mereka selesa dengan kehidupan, pencapaian, dan taraf hidup mereka sekarang. Dengan kata lebih mudah, mereka kurang bersifat hendak berusaha untuk memajukan diri sendiri.


3) Orang yang cepat merasa bosan juga dikatakan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang cukup rendah.


4) Dan akhir sekali, berdasarkan kajian juga mendapati bahawa jangka hayat seorang yang bosan didalam kehidupannya adalah lebih pendek berbanding mereka yang tidak. Jadi lepas ni jangan bosan-bosan sangat ye.


p/s: Sekadar cakap2 kosong je...hehehe

Tuesday, October 9, 2012

Re: Betul Ke Lelaki Mempunyai Rasa Yang Seseorang Perempuan Itu Bakal Isteri & Ibu Kepada Anak2nya!!



Kadang2 tertanya macam manakah perasaan lelaki terhadap wanita yang dia cintai? Memang agak sukar nak fahami hati seseorang. Perempuan mahupun lelaki, sama2 sukar nak difahami. Kalau dah cinta, pastilah sayangkan.


Cuma terfikir apa yang member saya smskan semalam. Saya tanya kenapa dia berkenan dengan si dia? Dia just cakap sebab dia so special dan lain dari lain. Ok, saya boleh terima alasan tu. Cuma satu. Dia cakap di dapat rasakan yang perempuan itu bakal menjadi ibu kepada anak2nya. Dalam otak kepala saya keluar symbol ni…????.


Ada macam tu ka? Bila ditanya macam mana dia dapat rasa macam tu? Dia jawab agak sukar diluahkan. Lagipun dia lelaki, taulah dia macam mana perasaan itu. Emmm….maybe juga betul. 


Yelah setiap orang ada perasaan tersendiri. Cuma saya fikir maybe perasaan itu timbul sebab perasaan cinta dan sayang sangat kepada seseorang. Entahlah. Itu kena tanya LELAKI yang pernah mengalaminya.


Mempunyai perasaan cinta dan sayang dalam hati adalah satu perasaan yang terindah dan sangat bahagia. Cuma kita tak tahu macam mana ending sesebuah hubungan cinta tersebut. Kerana takdir dan jodoh ketentuan Tuhan. Kita hanya berusaha saja. Kalau dia ditakdirkan untuk kita. Dia takkan lari ke mana pun. So, bercintalah dengan hati yang ikhlas ok.

Saturday, October 6, 2012

CoretanMaya: Remaja Sekarang Pandai Memasak Ke?

 Jom belajar memasak...hehehe


Rasanya rata2 remaja yang hidup berdikari, memang pandai memasak. Tak kiralah masak mee pun. Kira pandailah juga. Namun ada juga remaja yang tak berapa nak pandai memasak dan lebih suka makan diluar or mengharapkan emak masak je.


Bagi kaum perempuan memang wajiblah tahu memasak. Taklah mengharapkan pandai memasak macam chef2 di hotel or restoran tu. Sekurangnya pandai memasak perkara basic dan yang lain2 tu boleh belajar secara perlahan. Kalau perkara basic macam masak nasi pun tak tahu nak masak. Tak tahulah saya. Tak pe belajar lagi.


Ada jenis orang time remaja tak berapa pandai nak masak, bila dah kahwin naluri nak memasak tu akan timbul. But not semualah macam tu. Kalau anak kaya maybelah takkan pandang dapur agaknya. Yelah dah ada orang gaji nak uruskan. Tapikan elok lagi kita sendiri memasak dari mengharapkan orang gaji terutamanya bagi yang sudah berumahtangga.


Lalalalalala...bestnye memasak


Pandai memasak ni bukan saja dituju khas buat kaum perempuan tau. Lelaki pun harus pandai memasak. Memang tak dinafikan kaum lelaki ramai yang menjadi chef terkenal dan lebih pandai memasak daripada kaum perempuan. Bagi yang tak jadi chef tak salah belajar memasak.


Mana tau kalau ada apa2 kecemasan ke. Bolehlah tolong isteri or mak di dapur. Tak pun masak untuk diri sendiri. Sama2 membantu isteri di dapur memang digalakkan, kalau bagi akulah. Dengan ini dapat eratkan hubungan kasih sayang..kan.


Nukilan;




Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."