Siapa sini tak pernah berasa bosan??? Mustahillah kalau tak de kan...setiap orang pasti ada perasaan bosan ni. Aku pun pernah alaminye juga....selalu sangat...sampai bosan dibuatnye hehehe.
Apa pun perasaan bosan ni perlu dikawal kerana ia boleh membawa sifat negatif dalam diri
seorang. Selain daripada itu ia juga memberi gambaran awal tentang
keperibadian mereka.
Antara makna disebalik perasaan bosan adalah….
1) Berdasarkan kajian, seorang yang mudah berasa bosan adalah seorang
yang tidak pandai untuk hidup berdikari. Mereka terlalu bergantung
terhadap orang lain seperti rakan dan keluarga.
2) Selain daripada itu, kajian juga mendapati bahawa orang yang
cepat berasa bosan adalah seorang yang sukakan kehidupan yang statik dan
selesa. Mereka selesa dengan kehidupan, pencapaian, dan taraf hidup
mereka sekarang. Dengan kata lebih mudah, mereka kurang bersifat hendak
berusaha untuk memajukan diri sendiri.
3) Orang yang cepat merasa bosan juga dikatakan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang cukup rendah.
4) Dan akhir sekali, berdasarkan kajian juga
mendapati bahawa jangka hayat seorang yang bosan didalam kehidupannya
adalah lebih pendek berbanding mereka yang tidak. Jadi lepas ni jangan
bosan-bosan sangat ye.
p/s: Sekadar cakap2 kosong je...hehehe
0 comments:
Post a Comment