Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, February 12, 2011

Tips Sebuah Persahabatan Buat Insan Teristimewa...Akulah Hehehe!!

Friendship forever


Hehe....hari ni nak share tips yang dipetik dari blog syoknyeeee. So, bagi anda yang ingin mencari sebuah persahabatan yang tulus ikhlas dan semestinya agak sukar dicari sekarang, eloklah ikuti tips2 di bawah ni. Manalah tau berguna...kan?


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidakmempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.


2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.


3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.


4) Hargai pendapat satu sama lain.


5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.


6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.


7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.


8) Belajar daripada satu sama lain.


9) Jangan mengata di belakang kawan anda. (Penting ni)


10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
Sebenarnya nak kata susah cari kawan ni, taklah juga. Mana2 kita boleh cari kawan. Cuma mencari teman or sahabat yang betul2 ikhlas dalam perhubungan persahabatan, tu yang agak susahnye. Apa pun, aku nasihatkan...jangan terlalu mempercayai kawan. Percaya sikit2 je ye, sebab aku pernah terkena...kena tikam dari belakang dan ia menjadi iktibar berguna buat aku.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."