Credit:Google
Tak patut...tak patut, umur dah 89 tahun masih nak buat dosa. Orang patutnye ingat kubur memanggil2...rumah pula kata pergi. Ni tak, buat perkara terkutuk terhadap cucu sendiri yang hanya berusia 10 tahun 6 bulan. Memang gila seks betullah datuk ni. Mudahan kita semua dijauhi dapat datuk sebegini. Teruk betul manusia akhir zaman sekarang ya.
Datuk didakwa rogol cucu di kandang lembu
KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.
Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.
Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.
Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.
Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti
menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."...berita lanjut beli KOSMO :)
3 comments:
ish3..apa nak jadi..
nafsu kuda liar ke hape atok ni
-------------------------------------
haku berharap, atok tu betol2 tak bersalah..
hanya Allah saje yang tahu
jom lawat blog saya plop
selekeh je atuk ni..
entahlah manusia skrg ni..mcm2 hal..
Post a Comment