Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Tips Sebuah Persahabatan Buat Insan Teristimewa...Akulah Hehehe!!

Friendship forever


Hehe....hari ni nak share tips yang dipetik dari blog syoknyeeee. So, bagi anda yang ingin mencari sebuah persahabatan yang tulus ikhlas dan semestinya agak sukar dicari sekarang, eloklah ikuti tips2 di bawah ni. Manalah tau berguna...kan?


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidakmempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.


2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.


3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.


4) Hargai pendapat satu sama lain.


5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.


6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.


7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.


8) Belajar daripada satu sama lain.


9) Jangan mengata di belakang kawan anda. (Penting ni)


10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
Sebenarnya nak kata susah cari kawan ni, taklah juga. Mana2 kita boleh cari kawan. Cuma mencari teman or sahabat yang betul2 ikhlas dalam perhubungan persahabatan, tu yang agak susahnye. Apa pun, aku nasihatkan...jangan terlalu mempercayai kawan. Percaya sikit2 je ye, sebab aku pernah terkena...kena tikam dari belakang dan ia menjadi iktibar berguna buat aku.

Wednesday, January 26, 2011

Hadiah Hari Jadi Buat Sahabat Dan Orang Tersayang


Semalam hari jadi member cina aku, sebelumnyakan dia ada jemput aku ke majlis makan2 sampai balik bilik kekenyangan aku dibuatnya..hehehe. Bagi memperingati hari jadinya itu, aku belilah sesuatu yang aku rasa cute2. Lagipun dia jenis suka benda cute2 juga. So, aku dengan amoi cina pilihlah hadiah ini:


 
Cute tak?
Semestinya cute..boleh dibawa tido malam sekali.
Letak kat leher, pasti lena dibuatnye....:0

Sebelum bagi kat member hadiah, kenalah balut dulukan.
Tadaaa......nilah hasilnya.


Pembalut love2 gitu.
And diserikan juga kad ucapan ringkas serta lebihan kertas teddy bear.

Oklah juga...aku bukannya pandai nak hias cantik2 pun.
Yang penting sampai ke tangan memberku.
Lega hati, dia suka dengan hadiah itu.
 

Hari jadi yang paling special bulan ni ialah hari jadi my boyfriend..:)
'Happy Birthday' aku ucapkan buat si dia.

Hari jadi dia 28hb ni, tapi tak dapat nak sambut sama2 pun.
Sebab dia jauh di mata.
So, aku dah sediakan hadiah awal2 untuk dia.
Dan sudah pun bagi dekat dia, semasa dia datang jumpa aku tempoh hari.
Yang bawa aku jumpa bakal mak mertua aku..hehehe :)

Inilah hadiah yang tak seberapa aku berikan untuk dia.


Jaket.

Aku beli masa tahun baru 2011 hari tu.
Jenuh juga aku fikirkan hadiah apa nak bagi untuk dia.
Last2 aku terfikirkan dia minat kumpul jaket.
So, aku belilah jaket ni untuk dia.
Epy sangat sebab dia suka jaket yang aku belikan ini...:)
SELAMAT HARI JADI BUAT SAHABATKU
AND
ORANG YANG AKU SAYANGI.

Tuesday, January 18, 2011

Cuti2 Malaysia Ke Kuching - Taman Sahabat (1)

Bulan November tahun lepas, aku menghabiskan cuti ke bandar Kuching. Lama tak pergi jalan2 ke bandar Kuching ni. Banyak tempat aku belum jelajahi lagi. Kalau dulu hanya tempat persinggahan untuk ke Kuala Lumpur. Sekarang maybe akan menjadi tempat persinggahan bertemu idaman hati...hahaha. Gurau je :)


Salah satu tempat yang member aku bawa semasa aku di Kuching tahun lepas ialah Taman Sahabat. Kalau tak silap aku, tu lah nama taman tersebut. Memang cantik. Terasa di negara China pula. Ok...jom layan gambar2 yang aku ambil ni.



Yang ni, patung Laksama Ching Ho. (Kalau tak silap akulah)


Kalau mengikut apa yang tertulis di batu tu, tugu ni dibina bagi memperingati ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik dan persahabatan Malaysia dengan China. 30 tahun tu...lama juga, hope berpanjanganlah persahabatan kita dengan negara China ya.



Selain tugu Laksama Ching Ho, ada batu2 tanda semua negeri dalam Malaysia, sebagai lambang sebuah negara Malaysia yang pelbagai bangsa, budaya dan keunikkannya tersendiri. 


Sebenarnya Taman Sahabat ni banyak pemandangan yang menarik. Ia lebih berkonsepkan seni cina............................gambar2 lain akan menyusur di episod ke-2...:) Chow dulu.

Monday, December 27, 2010

CoretanMaya: Lelaki Yang Sejati....Masih Adakah Di Dunia Yang Penuh Pancaroba Ini?

Adakah kau lelaki idamanku??


Susahkah mencari lelaki yang sejati di era moden ini yang penuh dengan pancaroba hidup dan bermacam2 dugaan yang maha hebat bila2 masa akan melanda hidup kita? Kalau ada di manakah lelaki yang sejati ini sembunyikan diri? Entah mana agaknya ya!


Kalau anda jumpa lelaki yang sejati ini, mahukah anda lepaskan begitu saja? Pastinya takkan. Kalau dah dapat memanglah hargainya semampu diri anda. Melainkan si dia tak menyukai anda...he3. Yelah takkan kita nak terhegeh2 nakkan si dia yang memang tak ada hati kat kita. Buat malu je merayu2 macam minta sedekah pula. Tolong jangan rendahkan diri anda merayu begitu ok. Sebab diri anda amat berharga. Tiada ternilai harganya tau.


Bagi siapa yang tak tahu, begini sikap seorang lelaki yang sejati...kalau ada kurang tambahkan ye! Sama2 kita sharing2 tips yang berguna. Lagipun sharing tu sexykan...he3.


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sumber:tentangcinta


Kalau anda menemui lelaki yang sebegitu, jangan lepaskannya. Hargai si dia seperti anda menghargai diri anda sendiri. Bukan senang nak cari lelaki yang sejati dan baik sekarang. Lebih2 lagi dalam dunia sekarang yang banyak liku2 hidup.
Nukilan;




Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

 
 
Buat Sahabatku...Temanku, yg lamaku kenal, yg baruku kenal, yg akanku kenal...ku tujukan kata hati ini ikhlas dari hatiku.....


'Tiada Kata Seindah Zikir, Tiada Hari Seindah Aidilfitri, Izinkan kedua Tangan Bersimpul Maaf Atas Lisan Yg Tak Tjaga, Janji Yg T'abaikan, Hati Yg bprasangka & Sikap Yg Pernah Myakitkan.'


Buat teman yg pernah melukakan hati ini or akan melukakannya, aku maafkan jua. Krn aku tau, aku hanya hamba Allah yg jua serba kekurangan dan tk pernah lari dari melakukan dosa. Hanya dengan kemaafan saja, jiwa dan hati ini akan tenang. InsyaAllah.


“…dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nuur ayat 22.


Oh...ya buat sahabatku yg akan mdirikan masjid lepas raya ni iaitu rakan skerjaku Mua'az dan sahabat lain yg aku pun tk tahu. Aku doakan seikhlas hati agar sahabat2ku bahagia dan sentiasa dilimpahi Allah keberkatan yg tak tnilai harganya. Jagalah pertama yg anda miliki itu seikhlas dan sejujur hati anda ok...senyum ceria sll ye. Salam tanpa benci dan dendam.


SALAM LEBARAN & AMPUN MAAF AKU PINTA...MOGA KITA SEMUA CERIA DIHARI YANG MULIA HARI RAMADHAN & SYAWAL :) :)

Wednesday, August 18, 2010

Setiap Apa Berlaku Pasti Ada Hikmahnya


 Credit:Google


Dalam melalui liku2 kehidupan bmacam dugaan dan halangan yg kita akan tempuhi. Setiap ujian yg dilalui, kadang2 memeritkan jiwa dan hati kita. Namun apa pun kita terpaksa menempuhnya kerana ia adalah sebahagian dari lumrah kehidupan. Walaupun perit kena telan jua. 


Seperti insan lain juga, aku tk pernah lari dr ujian yg memeritkan ini. Baru2 ini aku lalui satu pgalaman hidup yg ptama dalam sejarah pjalananku. Tak seperti ptama kali di duga dulu. Yg ini betul2 mbuat aku hilang arah (agaknyalah, sbb ptama kali mahu mpcayai dia). Namun syukur pada Allah kerana mberi aku sinar ketenangan yg amat bnilai dalam sejarah hidupku. Aku amat bsyukur kerana Allah masih myayangiku. Walaupun aku selalu alfa dengan kerenah duniawi.


Bila imbas kembali apa blaku, aku mbuat penilaian diriku seolah org bodoh saja. Seperti mana nasihat seorang sahabat lama yg memang tempat aku sering mgadu masalah. Tempat aku meluahkan apa tbuku dihati. Tempat aku menangis tanpa segan silu. Dia menasihati aku agar jangan menangis hanya kerana org itu. Buat apa nangis kepada org yg tak myayangi kita lagi. Awak menangis disini, dia entah gelak ketawa disana. Buat apa?

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."