Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Monday, December 27, 2010

CoretanMaya: Lelaki Yang Sejati....Masih Adakah Di Dunia Yang Penuh Pancaroba Ini?

Adakah kau lelaki idamanku??


Susahkah mencari lelaki yang sejati di era moden ini yang penuh dengan pancaroba hidup dan bermacam2 dugaan yang maha hebat bila2 masa akan melanda hidup kita? Kalau ada di manakah lelaki yang sejati ini sembunyikan diri? Entah mana agaknya ya!


Kalau anda jumpa lelaki yang sejati ini, mahukah anda lepaskan begitu saja? Pastinya takkan. Kalau dah dapat memanglah hargainya semampu diri anda. Melainkan si dia tak menyukai anda...he3. Yelah takkan kita nak terhegeh2 nakkan si dia yang memang tak ada hati kat kita. Buat malu je merayu2 macam minta sedekah pula. Tolong jangan rendahkan diri anda merayu begitu ok. Sebab diri anda amat berharga. Tiada ternilai harganya tau.


Bagi siapa yang tak tahu, begini sikap seorang lelaki yang sejati...kalau ada kurang tambahkan ye! Sama2 kita sharing2 tips yang berguna. Lagipun sharing tu sexykan...he3.


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sumber:tentangcinta


Kalau anda menemui lelaki yang sebegitu, jangan lepaskannya. Hargai si dia seperti anda menghargai diri anda sendiri. Bukan senang nak cari lelaki yang sejati dan baik sekarang. Lebih2 lagi dalam dunia sekarang yang banyak liku2 hidup.
Nukilan;




Friday, November 19, 2010

Edisi Imbasan: Adakah Anda Seorang Yang Degil? Emm...Degil Juga

Credit:Google


Saya rasa ramai yang degil, cuma sejauh mana degilnya. Itu terpulang kepada diri individu itu sendiri. Tidak salah pun bersikap degil ni, tapi tengok keadaanlah. Jangan terlalu degil sampai orang membenci anda dan menyusahkan orang lain.



Apa faktor yang menyebabkan orang degil agaknya ya. Saya pun tidak pasti. Mungkin juga disebabkan sikap ego dalam diri manusia itu sendiri yang mendorong sikap degil itu. Ataupun disebabkan keturunan. Adakah sebab macam tu. Tak pastilah. Kadang-kadang ada juga. Yelah, bila salah seorang, bapa atau emak yang bersikap degil. Anak juga akan mengikuti jejak mereka. Itu memang tidak ada buktilah mengenai hal tersebut. Cuma sekadar cakap kosong.



Macam mana kita nak tahu orang itu degil? Senang je. Apa saja dia mahu, pasti dia nak. Tidak kira anda menghalangnya, dia pasti hendak juga. Sampai anda sendiri rasa tidak tahan dengan perangainya. Kadang-kadang kalau anda menegah dia dari membuat sesuatu perkara. Dia tetap tidak mendengar tegahan anda. Itu kira degil juga. Orang tegah pun, degil nak buat juga. Kalau tidak menyusahkan orang lain tidak apalah.



Saya ni jenis degil, saya tidak suka orang lain menghalang keinginan saya. Tapi bukan buat perkara tidak eloklah. Kalau bab pilih pasangan hidup, saya memang tidak suka family masuk campur. Kalau family tidak suka dengan pilihan saya, saya tetap berdegil untuk bersamanya juga. Bagi saya itu hidup saya, saya menentukan hala tuju saya. Yang penting saya tidak menyisihkan family seratus peratus. Nasiblah keluarga saya jenis memahami. Macam mana dengan anda pula. Adakah anda jenis yang degil juga?


Nukilan; 

Friday, September 17, 2010

Aneh: Haiwan Mirip Lembu Bertanduk 2 Ditemui

Memang aneh...tp itulah ciptaan Allah yg unik skali.

 Sumber:Kosmo

VIENTIANE - Seekor haiwan mirip lembu yang mempunyai dua tanduk di bahagian kepala telah dilihat buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad selepas ia ditangkap oleh penduduk kampung di wilayah Bolikhamxay, Laos, lapor sebuah akhbar semalam. 


Haiwan itu yang mempunyai bentuk seperti lembu liar tetapi mempunyai dua tanduk dikenali dengan nama Saola. 


Apabila berita Saola ditangkap pada lewat Ogos lalu tersebar, anggota-anggota Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar dihantar untuk memeriksa dan melepaskan binatang tersebut yang kali terakhir dilihat pada 1999. 


Malangnya, Saola dewasa itu mati dan gambarnya ketika hidup sempat dirakamkan. - Agensi

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan Datang Membawa Ketenangan Buatku


 Credit:Google


Ramadhan, syukurlah dtg disaat aku lemah diduga ujian hidup. Dengan kedatangan Ramadhan hati aku btambah tenang. Moga aku lebih dekat dgn Allah di bulan yg mulia ini. Bukan saja di bulan mulia ini tp di hari2 yg mdtg.


Moga Ramadhan m’lenyapkan segala perasaan yg mganggu jiwaku. Biar tiada benci dan dendam dihati. Cuma perasaan ketidak kepercayaan tetap teguh dlm hati pd ‘dia'. Maaf aku bukan anti, tp kepercayaan itu hancur sdiri. Saat aku cuba mgubahnya.


Mudahan Ramadhan mberi lebih sinar bahagia dlm hidupku. Aku ingin buang jauh pkara tk baik dlm hidupku serta kenangan yg mhiris hati. Sbb aku tau, stiap apa kita lakukan pasti ada pbalasannya. Namun aku serahkan semuanya kpd Allah krn Dia lebih mgetahui apa blaku. Sedangkan aku hanya hambanya yg lemah dan tidak layak utk menilai ssorg. Puncanya aku sdiri msh kabur. Apa2 pun lupa kisah sedih, hidup dgn ceria…hehe

Friday, September 3, 2010

Pasrah Segalanya - De Hearty


 (Dgr lagu clik tajuk lagu ye)

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai


Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati


C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan


Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu dan lirik : Syam(Syamer DeHearty) 

Tuesday, July 27, 2010

Kenapa Aku Sedih??

Credit:Google


Hari ni jiwaku tak tenteram. Entahlah sejak beberapa hari ni, hati aku rasa pilu je. Banyak pkara yg aku fikirkan. Kadang2 rasa tension dgn kehidupan seharian dan juga kerja. Rasa nak marah pun ada. Tapi syukurlah rasa tu dapat dikawal lagi. Asalkan tak de sesiapa yg buat hal.


Kenapa harus aku sedih pula? Aku pun tak pasti. Adakah kerana pjalanan hidup yg aku lalui terasa payah semakin mjangkau usia matang? Kadang2 terfikir, makin kita meningkat dewasa, macam2 mslh dan liku2 kehidupan harus kita redah. Sama ada kita mampu menempuh segalanya, itu yg mjadi persoalannya. 


Aku sendiri pun agak pedih menempuh duri2 kehidupan ini. Lebih2 lagi dlm dunia pcintaan. Entahlah payah nak kata...........aaaaaaaaaaaaaaa tension betul hidup ni. Oklah tu je....haha3.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."