Credit:Google
Saya rasa ramai yang degil, cuma sejauh mana degilnya. Itu terpulang kepada diri individu itu sendiri. Tidak salah pun bersikap degil ni, tapi tengok keadaanlah. Jangan terlalu degil sampai orang membenci anda dan menyusahkan orang lain.
Apa faktor yang menyebabkan orang degil agaknya ya. Saya pun tidak pasti. Mungkin juga disebabkan sikap ego dalam diri manusia itu sendiri yang mendorong sikap degil itu. Ataupun disebabkan keturunan. Adakah sebab macam tu. Tak pastilah. Kadang-kadang ada juga. Yelah, bila salah seorang, bapa atau emak yang bersikap degil. Anak juga akan mengikuti jejak mereka. Itu memang tidak ada buktilah mengenai hal tersebut. Cuma sekadar cakap kosong.
Macam mana kita nak tahu orang itu degil? Senang je. Apa saja dia mahu, pasti dia nak. Tidak kira anda menghalangnya, dia pasti hendak juga. Sampai anda sendiri rasa tidak tahan dengan perangainya. Kadang-kadang kalau anda menegah dia dari membuat sesuatu perkara. Dia tetap tidak mendengar tegahan anda. Itu kira degil juga. Orang tegah pun, degil nak buat juga. Kalau tidak menyusahkan orang lain tidak apalah.
Saya ni jenis degil, saya tidak suka orang lain menghalang keinginan saya. Tapi bukan buat perkara tidak eloklah. Kalau bab pilih pasangan hidup, saya memang tidak suka family masuk campur. Kalau family tidak suka dengan pilihan saya, saya tetap berdegil untuk bersamanya juga. Bagi saya itu hidup saya, saya menentukan hala tuju saya. Yang penting saya tidak menyisihkan family seratus peratus. Nasiblah keluarga saya jenis memahami. Macam mana dengan anda pula. Adakah anda jenis yang degil juga?
Nukilan;
0 comments:
Post a Comment