Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, November 27, 2010

CoretanMaya: Sana Sini Gossip….Macam-Macam Ada

Credit:Google


Selalunya kita dengar, tak payah dengarlah. Kata. Orang perempuan memang nombor satu dalam bab bergossip ni. Betul ke? Hakikatnya memang betul tapi jangan fikir lelaki pun tidak pandai nak bergossip. Kadang-kadang kalah orang perempuan tau.


Gossip sana, gossip sini. Kepoh sana, kepoh sini. Entah apa yang best sangat tu ya. Kalau perkara benar, tidak apalah. Kalau perkara tak betul, just angin-angin kosong je. Buat pe? Buat tambah dosa adalah. Tapi kan selalunya gossip ni mendapat liputan meluas. Macam pisang goreng panas.


Contoh paling sensasi. Kita tengok sendiri macam mana media hiburan mengekplotasikan cerita sensasi dan hot-hot gitu tentang para artis. Hebatkan media hiburan dalam bergossip ni. Adakalanya apa mereka hebohkan betul dan adakalanya jauh dari landasan kebenaran.


Tapi dalam hal ni, kita tidak sepatutnya menyalahkan media hiburan semata-mata. Kadang-kadang para artis tu sendiri cuba mengambil kesempatan untuk mensensasikan tentang mereka hanya bertujuan untuk melariskan album ataupun untuk menjadi popular. Alahai…macam-macam halkan.


Ingat best ke kena gossip ni. Kalau gossip perkara baik tak pe. Ni perkara buruk lebih menyerlah dari perkara baik. Biasalah manusia ni, suka sangat cakap perkara buruk dari baiknya. Nak tambah dosa katakan…hehehe.


Gossip dalam office tidak kurang hebatnya juga. Baru minggu lepas kawan saya yang kerja bahagian operator telephone cerita kepada saya yang dia kena tegur dengan suaminya. Hanya gara-gara dengar gossip, entah dari siapa. Pasal dia ada scandal dengan budak cina bahagian HR. Saya nak tergelak dengar cerita dia tu. Yelah tak pernah dengar cerita macam tu sebelum ni.


Angin-angin pasal gossip scandal mereka dua pun tak ada. Entah dari mana suami kawan saya dengar cerita tu agaknya ya. Kawan saya ni memang marahlah dengar. Yelah perkara tak pernah dibuat, tiba-tiba ada. Orang yang paling disyaki ialah kawan lelaki suami dia. Yelah, tak ada orang yang paling rapat dengan suami dia yang perangai ikut musim tu.


Itulah saya cakap, sekarang ni bukan perempuan je pandai bergossip. Lelaki pun apa kurangnya. Cuma bilangan mereka kuranglah, kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Pesanan saya, kalau nak bergossip tu boleh tapi janganlah sampai memusnahkan hidup orang lain…ok. SELAMAT BERGOSSIP.

Nukilan; 

2 comments:

wadud@duad said...

huh..
kalau dekat opis mmng lebih2 gossip dia..
biasa la lain orang lain cara..
wadud x keje lagi, tapi kakak wadud yang cite..
mmng gila2 drang gossip..
padahal mende biasa jer..:D

Admin said...

biasalah wadud...lumrah manusia, suka dgn gossip....biasakan diri...hehehe

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."