Ahli keluarga sdiri pun, tk leh caya!!
Dari dulu hingga sekarang, kes rogol ni asyik kedengaran di mana2 dada akhbar. Apa tindakan kita? Apa yang sudah dilakukan oleh pihak kerajaan? Apa hukuman yang telah dikuatkuasa? Apa kesudahan nasib kita sebagai perempuan yang sering menjadi mangsa nafsu serakah kaum lelaki yang durjana ini?
Takut betullah, bila fikir2 jadi perempuan ni. Di mana2 ada saja mata jahat yang cuba mengambil kesempatan. Tak kira anda berpakaian seksi atau berselubung penuh.Tak kira anda remaja, tua ataupun bayi, Kes macam ni semacam menjadi lumrah dalam hidup kaum jantan yang tak bermoral ini. Mana pergi pertimbangan akal anda? Tak takutkah anda, Tuhan yang sentiasa memerhati setiap kelakuan hina anda itu? Aduh payah betul.
Bukan saja orang luar tak boleh dipercayai. Tapi orang yang paling dekat dengan kita pun tak boleh percaya. Ayah, abang, adik dan saudara. Mereka ini paling membahaya. Bukan semualah. Tapi golongan inilah yang sering menghangatkan dada akhbar sekarang. Yang baru2 ni, saya ada terbaca pasal bayi yang mati kerana diliwat ke apa. Apa kes? Bayi secomel & sekecil itu diperlakukan sebegitu. Aduh, dah hilang akalkah manusia sekarang? Si ibu pula sanggupkah anda berdiam diri melihat kejadian begitu? Jangan kerana sayang, kita menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram. Bertindaklah sewajarnya dari menangung dosa.
Penat bila fikirkan kes semacam ini. Tak ada penghujung ceritanya. Perkara yang sama saja berlaku. Entah apa tindakan keras yang diambil oleh kita atau kerajaan? Sekadar hukuman yang biasa2 tu. Mana orang nak takut dah. Makin menjadi-jadi adalah. Ok..para perempuan, berhati-hatilah sepanjang masa. Mudahan kita dijauhkan dari perkara tak elok ini. Mudahan Tuhan sentiasa bersama kita. Amen.
Nukilan;
8 comments:
keluarga sendiri pon dah tak boleh dipercayai.. nak percaya sapa lagi...
http://www.ohujan.co.cc/2010/11/peranan-lelaki-kalau-berpacaran.html
entahlah...pcaya diri sdiri jelah
huh.. dunia skang ne lar.. bahaya sungguh.. tengok x pasal2.. :D
maya, nanti lau datang blog wadud, tengok ada pop up lagi ke tak eh? huhuhu.. lau ada gtau eh..:D
dunia akhir zmn wadud....ok orait...:)
bahayanye dunia skrg....ada juga bapa sdiri sanggup rogol anak sampai beranak....teruk btl
yup...ada dgr juga...itulah dunia makin merungsingkan...
manusia saling menghancurkan dunia sendiri..oh gila-_-"
itulah...mmg gila...issss
Post a Comment