Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, November 21, 2010

Edisi Imbasan: Cinta Jarak Jauh, Sejauhmana Anda Percayakan Dia

Credit:Google

Bila saat dilamun cinta, kita bagai di awan-awan. Semua yang kita alami, rasa indah dan membahagiakan saja. Apa saja silap di pandangan orang lain, anda pasti tidak nampak. Yelah cinta telah mengaburi mata hati anda. Tapi tidak semua yang begitu.


Cinta, sama ada jarak dekat ataupun jarak jauh. Tidak ada bezanya sangat. Yang penting kepercayaan ke atas insan yang anda cintai. Tanpa kepercayaan, cinta yang terbina akan hancur dan diselebungi hirisan luka di jiwa.


Bagi yang bercinta jarak dekat, dapatlah anda mengetahui sejauhmana pergerakan si dia dan sentiasa bersama si dia walau dimana pun berada. Selalunya orang yang masih baru bercinta, memang asyik nak berkepit macam belangkas. Bila dah kahwin, lain pula jadinya. Ini memang selalu berlaku dan sering kita dengar rungutan orang yang dah berkahwin. Kalau yang dapat suami atau isteri yang romantik, cinta dan kasih sayang tetap berseri walaupun selepas kahwin.


Bagi yang bercinta jarak jauh selalunya persoalan ini akan bermain di minda anda. Sejauhmana anda mempercayai si dia? Adakah dia seorang yang boleh dipercayai dan setia dalam menempuh onak duri bercinta? Bagaimana pula anda, setiakah anda? Mampukah anda mempertahankan cinta yang anda bina? Semua ini terpulang pada sejauhmana keikhlasan cinta di hati antara anda dengan si dia.


Memang payah nak mempercayai si dia bila si dia jauh dari mata. Yelah kita tidak tahu apa yang si dia buat. Entah-entah si dia berlaku curang pun kita tidak tahu. Tapi harus ingat tidak semua cinta jarak jauh ini berakhir dengan sejarah luka. Ada yang bahagia membina mahligai. Semuanya bergantung pada kepercayaan dan jodoh yang telah ditentukan oleh Tuhan. 
 




Bganding tgn kita menempuh segala dugaan


Bagi saya senang saja. Kalau kita ikhlas pasti apa yang kita terima pun ikhlas juga. Setiap perbuatan pasti ada pembalasannya. Jadi, nikmatilah hidup dan jangan terlalu berfikiran negatif. Cubalah mempercayai si dia, walaupun ada sedikit perasaan curiga mengetuk pinta hati anda. Tidak salah mencurigai si dia tapi janganlah keterlaluan sampai memburukkan hubungan anda dan memyebabkan si dia terasa terkongkong, akhirnya cinta yang terbina putus begitu sahaja.


Ingat, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Usahakan apa yang patut. Moga bahagia menemani hidup kita. Amen.


Nukilan; 
 

2 comments:

Anonymous said...

em...saya salah sorang yang bercinta jarak jauh...bukan stakat bercinta..dah kawen dah pon dari bercinta sampai ada anak sorang
masih duduk berjauhan...
so far...saya memang percaya kan suami..sape lagi nak percayakan dia klw bukan isteri sendiri kan...
biar la orang nak kata apa..yang peting saya memang percayakan dia..
org selalu kata kan
xbole caya 100% kat lelaki
tp saya kata tak..saya bole percaya 100% kat dia

Admin said...

baguslah Nana...kpcayaan mmg ptg dlm sesebuah rumahtangga/hub. tanpa kpcayaan pyh nk kekal. tp perlu jg ada kejujuran di kedua2 belah pihak. Kalau org dah ltkkan kpcayaan tu, jgn ambil ksempatan pula...hehe.
Maya doakan Nana bahagia sentiasa. Amin

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."