Just hiasan je-Credit:Google
Dalam dunia bercinta bermacam-macam berlaku yang menagih satu pengorbanan yang tak terkira nilainya. Tapi perlukah berkorban menjual maruah diri semata-mata untuk biayai teman lelaki? Just teman lelaki yang belum pasti menjadi hak milik anda.
Dan pasti belum tentu teman lelaki anda itu menerima anda setelah anda sanggup menjual diri anda. Tak terfikirkah anda, kalau betul teman lelaki anda sayang anda. Masakan teman lelaki anda sanggup menyuruh anda biayai dia dengan cara menjual diri. Tidak adakah cara lain yang lebih baik dari memilik jalan yang membawa penyesalan di penghujung hari.
Kita tak pasti apa akan berlaku di kemudian hari dan kita tidak tahu apakah yang sebenarnya teman lelaki anda mahu. Entah2 teman lelaki anda itu sekadar ingin mengambil kesempatan ke atas anda yang terlalu menyayangi dia.
Ingat sayang, sayang juga, Cinta, cinta juga. Tapi jangan sampai kita diperbodohkan oleh perasan cinta dan sayang yang tidak mengenal erti dosa. Jangan mengikut kata hati yang kadang2 membawa musibah diri.
Menyintai seseorang ada batasnya. Bila teman lelaki anda meminta lebih. Kita kaum perempuan harus ingat sejauhmana kita perlu lakukan untuk teman lelaki kita. Jangan mengikut membabi buta. Kalau tak kesudahan yang malang akan mengiringi hidup kita.
Sebagai renungan.....baca petikan berita ni: Biayai Teman Lelaki
4 comments:
jangan krn budi .. tergadai body =)
mintak dijauhkan =)
yup...hargai diri anda krn ia amat bnilai
btl tu hargai maruah diri, tk pyh susahkan diri sampai tgadai diri hanya krn bf mcm tu
Post a Comment