Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, November 27, 2010

CoretanMaya: Tak Layan Kata Sombong, Layan Pula Kata Murah...Entah Apa2lah!!

Credit:Google

Kalau nak gorat perempuan, lakilah yang nombor satu. Takkan perempuan kot. Tu lesbian namanya. Lelaki ni memang pandai guna kata-kata manis untuk memikat hati perempuan yang diminati. Entah-entah kata-kata lelaki ni lebih manis dari gula-gula agaknya.


Bagi laki yang kaya pula, apa lagi gunakan kemewahan yang ada untuk mengorat perempuan yang cantik-cantik, cun melecun dan sexy gitu. Sexy sampai mata pun rasa seksa nak tengok. Mostly laki kaya ni akan dapat apa mereka hendak. Yelah, kebanyakan perempuan sekarang terutamanya perempuan lawa-lawa ni pasti mengejar lelaki kaya kerana ia merupakan motif utama sesetengah mereka. Siapa tak mahu hidup senang beb. 



Bagi yang dapat lelaki kaya yang baik, selamatlah. Bahagia hingga akhir usia. Cewah macam lirik nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza pula. Bagi yang dapat laki buaya dan tak guna, asyik nak permainkan perempuan, memang malanglah kot. Tapi nasib merekalah, yelah nak sangat lelaki kaya. Sabar jelah ye.


Oh ya…saya bukan nak cakap pasal mereka ni. Maaf ye, saya bukan anti lelaki kaya or perempuan cun melecun ni. Cuma setengah dari perangai golongan ini yang meluat ditengok mahupun didengar terutamanya perempuan gedik. Aduh, nak muntah tengok perangai gedik ni. Memang anti sangat-sangat.
 Penat layan kerenah manusia mcm2 ni


Oklah, direct to point. Perkara ni pernah saya alami. Adakah patut lelaki tu nak gorat, last-last bila kita tak layan, maksud saya macam kita tak suka nak hubungan serius. Mulalah maki dan kutuk kita. Cakap yang bukan-bukan, benda yang mengarut-garut. Hoi…orang dah sudi layan dan tegur tu, kira cukuplah. Taklah sombong macam bangka. Ni bila dah layan dan orang tak terima, mulalah keluarkan kata-kata kurang ajar.


Nilah sesetangah orang kita, bila tak layan kata sombong. Bila kita layan, kata murah dan kutuk macam-macamlah bila hajat tak tertunai. Buang masa dan air liur saya je cakap dengan orang bengap ni. Kalau gorat stail macam tu, tak payahlah. Buat sakit hati orang je. 

Oppss…bukan semua lelaki macam ni tau. Ada yang gentleman dan menghormati pilihan orang lain. Tapi, ada tapi juga. Berhati-hati dengan hati manusia, kita tak tahu apa mereka fikir. 

Nukilan; 

4 comments:

secret said...

emm mmg pyh jg kdg2 tp pedulilah

Admin said...

itulah...tgk keadaan juga...

KE said...

ingat satu perkara je. kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. puaskan hati sendiri dulu.

lelaki yang cakap macam tu bukan apa. tak leh nak terima hakikat kena reject. biarkan lelaki yang macam tu.

Admin said...

ok..tq 4 advice adam...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."