Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, November 29, 2010

CoretanMaya: Selepas Kahwin, Perlu Ke Berkerja?….Khas Buat Wanita

Credit:Google

Ada sesetengah orang dulu-dulu, kata wanita hanya sesuai duduk rumah uruskan urusan rumah tangga je. Tapi tidak semua yang berfikiran begitu di era moden ini. Setiap lelaki atau wanita sekarang mengejar kerjaya daripada duduk terperuk dalam rumah je. Wanita sekarang lebih maju selangkah dengan kaum lelaki.

Di mana-mana kita dengar wanita sekarang makin menembusi kerjaya yang belum pernah wanita ceburi dulu. Serta boleh merasa bangga kerana seiring dengan apa yang kaum lelaki boleh lakukan. Walaupun secara fizikalnya, ada setengah kerjaya kaum lelaki tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita sepenuhnya. Tapi kaum wanita boleh mencuba kerana wanita sekarang lebih suka menyahut cabaran era moden masa kini. Cuma yang penting tidak melampaui batas kewanitaan.

Emm…bagaimana pula dengan anda? Mampukah anda meneruskan kerjaya selepas memasuki alam perkahwinan? Saya rasa ya. Kenapa? Bagi saya kebanyakan wanita sekarang lebih pentingkan kerjaya dan juga mereka tak abaikan urusan rumah tangga. Mungkin ada sesetengahnya yang bersikap terlalu pentingkan kerjaya sampai mengabaikan keluarga yang akhirnya mengakibatkan kepincangan rumahtangga. Kalau dua perkara ini dapat diuruskan secara bijak dan kerjasama antara dua pihak, rasanya tidak ada masalah sangat.



Kahwin+Kerja

Kenapa wanita perlu kerja selepas kahwin? Kenapa ya? Cuba kita tengok keadaan sekarang. Banyakkan dengar berita mengenai perceraian. Cuba fikir adakah hidup anda sebagai wanita terjamin sekiranya perceraian berlaku? Saya tahu sebagai wanita Islam kita ada undang-undang sendiri yang uruskan hal mengenai nafkah selepas kahwinkan. Hal ni saya tak berapa arif, so kena rujuk kepada orang betul-betul pakar. Kalau tersilap kata payah pulakan.

Tapi takkan kita nak bergantung sepenuhnya pada undang-undang je. Kita sebagai wanita perlu ada persiapan khas untuk menempuh perkara macam ni. Misalnya mempunyai simpanan peribadi sendiri, bukan bermaksud menyingkir peranan suami yang mampu menyara anda atau mengandaikan perceraian akan berlaku. Not that. Anda boleh buat simpanan sendiri sebagai keperluan anda untuk masa depan. Mana tau anda mahu beli sesuatu yang diidamkan atau apa-apa je yang anda ingin buatlah.


 Oh duit duit...hahaha

Zaman sekarang rata-rata saya tengoklah, lebih mengejar kemewahan. Payah kita nak cari seseorang yang betul-betul menyayangi kita kerana diri kita. Mungkin sebab ekonomi yang semakin menekan ataupun memang dah gaya hidup orang sekarang yang lebih suka mengejar orang ada duit je. Malah sekarang selalu je dengar kes perceraian. Entah mana silapnya. Kahwin cerai kahwin cerai. Aduh letih macam ni. Kalau kes macam ni. Kita, wanita harus pentingkan kerjaya sebab kita tak tahu apa akan berlaku sekiranya anda tiada tempat untuk bergantung kelak bila perceraian melanda.

Kalau perceraian tu membawa banyak musibah, kan naya je. Kalau dulu anda senang lenang duduk rumah je. Tapi bila bercerai, anda hilang punca income. Nak bayar tu, tak de duit. Mana nak cari, kalau anda tak mempunyai kerjaya. Dulu lainlah, masa ada suami. Tak payah fikir banyak. Minta je kat suami. Bila tak de, baru fikir kerjaya tu penting. Sebenarnya semua ni bergantung pada nasib. Kalau nasib ok, hidup pun bahagia je.

Kalau sayalah, saya mahu kerja selepas kahwin. Bukan kerana saya tidak percaya suami saya. Cuma ingin mencapai cita-cita yang saya impikan. Lagipun buat apa belajar tinggi-tinggi kalau asyik duduk rumah je….kan. Buang masa dan duit je. Pendapat saja tu. Perjalanan hidup kita sendiri yang pilih. Oklah….pilihlah haluan anda sendiri. Nak duduk rumah atau teruskan kerja.

Nukilan;

12 comments:

Artzlizan said...

kerja..kalau diizinkan...boleh gak tambah sesen dua....

Admin said...

btl tu, maya pun nk keje. Blh tlg suami and byr hutang PTPTN...hehehe

Shahada Fauzi said...

betul tu..kita kena bersedia walau apa pun sebab kita tak tahu apa yg bakal terjadi satu hari nnt..lagipun kita wajib bayar hutang PTPTN sendiri bukan suami..ki3..

Admin said...

hutang sdiri, so tanggung sdiri...hehehe

nazihahisa said...

nice topik yg dibincangkan..

pada saya, terpulang pada sepakat pasangan.. tak semestinya kalau hidup susah pmpn kena keja nk tlg laki, ada byk je alternatif lain. dan insyaAllah isteri yg menyenangkan sambut suami blk keja tu lagi bagus :)

Anonymous said...

kalau bini aku la..aku bagi je kerja..asal tak abaikan rumah lif hehe..

buat apa habiskan duit mak bapak..kalu x keje hehe..

jgn workaholic sudaa..

Anonymous said...

oke..tertinggal..bunyi lain lak kalau tak edit..

..."buat apa abiskan duit mak bapak anta belajar kalu"....

Admin said...

nazihahisa: btl tu, apa2 pun bw bbinc. dgn suami ttg sst pkara, barulah hdp ok...hehehe

Kid: ok jg mcm tu...kalau maya pun mahu keje wpun dah kahwin. Lagipun belajar tinggi2 sampai 'U' akhirnye duk umah je payah juga...tp stiap org ada pdpt sdiri...hehehe

Dzasc Skachers said...

wadud nak komen gak wlau wadud laki.. :D
hehehe..
sebenar ni dari perbincangan antara kedua pihak..
mana yang baik, pasti baik bagi satu2 kuarge.. =)

Admin said...

btl tu....wadud. suami isteri saling bbinc sst pkara kan bgs...so tk de pkara tk baik blaku kelak...

secret said...

mahu keje...utk tambah selesa...hehehe

Admin said...

btl2...boleh beli apa je yg kita mahu...hehehe

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."