Credit:Google
Di mana-mana kita dengar wanita sekarang makin menembusi kerjaya yang belum pernah wanita ceburi dulu. Serta boleh merasa bangga kerana seiring dengan apa yang kaum lelaki boleh lakukan. Walaupun secara fizikalnya, ada setengah kerjaya kaum lelaki tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita sepenuhnya. Tapi kaum wanita boleh mencuba kerana wanita sekarang lebih suka menyahut cabaran era moden masa kini. Cuma yang penting tidak melampaui batas kewanitaan.
Emm…bagaimana pula dengan anda? Mampukah anda meneruskan kerjaya selepas memasuki alam perkahwinan? Saya rasa ya. Kenapa? Bagi saya kebanyakan wanita sekarang lebih pentingkan kerjaya dan juga mereka tak abaikan urusan rumah tangga. Mungkin ada sesetengahnya yang bersikap terlalu pentingkan kerjaya sampai mengabaikan keluarga yang akhirnya mengakibatkan kepincangan rumahtangga. Kalau dua perkara ini dapat diuruskan secara bijak dan kerjasama antara dua pihak, rasanya tidak ada masalah sangat.
Kahwin+Kerja
Kenapa wanita perlu kerja selepas kahwin? Kenapa ya?
Tapi takkan kita nak bergantung sepenuhnya pada undang-undang je. Kita sebagai wanita perlu ada persiapan khas untuk menempuh perkara macam ni. Misalnya mempunyai simpanan peribadi sendiri, bukan bermaksud menyingkir peranan suami yang mampu menyara anda atau mengandaikan perceraian akan berlaku. Not that. Anda boleh buat simpanan sendiri sebagai keperluan anda untuk masa depan. Mana tau anda mahu beli sesuatu yang diidamkan atau apa-apa je yang anda ingin buatlah.
Zaman sekarang rata-rata saya tengoklah, lebih mengejar kemewahan. Payah kita nak cari seseorang yang betul-betul menyayangi kita kerana diri kita. Mungkin sebab ekonomi yang semakin menekan ataupun memang dah gaya hidup orang sekarang yang lebih suka mengejar orang ada duit je. Malah sekarang selalu je dengar kes perceraian. Entah mana silapnya. Kahwin cerai kahwin cerai. Aduh letih macam ni. Kalau kes macam ni. Kita, wanita harus pentingkan kerjaya sebab kita tak tahu apa akan berlaku sekiranya anda tiada tempat untuk bergantung kelak bila perceraian melanda.
Kalau perceraian tu membawa banyak musibah, kan naya je. Kalau dulu anda senang lenang duduk rumah je. Tapi bila bercerai, anda hilang punca income. Nak bayar tu, tak de duit. Mana nak cari, kalau anda tak mempunyai kerjaya. Dulu lainlah, masa ada suami. Tak payah fikir banyak. Minta je kat suami. Bila tak de, baru fikir kerjaya tu penting. Sebenarnya semua ni bergantung pada nasib. Kalau nasib ok, hidup pun bahagia je.
Kalau sayalah, saya mahu kerja selepas kahwin. Bukan kerana saya tidak percaya suami saya. Cuma ingin mencapai cita-cita yang saya impikan. Lagipun buat apa belajar tinggi-tinggi kalau asyik duduk rumah je….kan. Buang masa dan duit je. Pendapat saja tu. Perjalanan hidup kita sendiri yang pilih. Oklah….pilihlah haluan anda sendiri. Nak duduk rumah atau teruskan kerja.
Nukilan;










