Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Friday, December 10, 2010

CoretanMaya: Perlukah Kahwin Hanya Kerana Usia Anda Makin Meningkat?

Rindu hadir dihati, bila Cinta terjalin.


Bila seseorang makin meningkat dewasa terutamanya perempuan. Perkara yang paling mereka risau ialah soal jodoh dan kahwin. Biasalah bila perempuan dah masuk era 30-an, dirinya akan rasa semacam tua sangat.


Kalau boleh perempuan ni nak kahwin dalam usia 20-an mengikut pandangan masing2lah. Bagi setengah perempuan usia 30-an adalah satu tempoh yang agak payah nak cari calon. Yelah siapa yang suka perempuan dah tuakan. Namun tak semua yang berfikir demikian.


Sekarang zaman berubah. Perempuan lebih mementingkan kerjaya tapi soal kahwin tetap dititikberatkan Cuma taklah macam dulu2 kena kahwin awal. Ada juga yang kahwin lewat juga. Sebenarnya ini bergantung pada pandangan sendiri.

Kau dan aku disatukan pada satu ikatan pernikahan.


Namun alasan kahwin sebab usia makin meningkat, rasanya tak patutlah. Nanti pilih2 sebarang calon, diri sendiri yang merana. Kalau ada jodoh tak kemanakan. Cuma perlu usaha sikit. Lewat sikit tak jadi masalah.


Bukan saya cakap, tak perlu kahwin bila usia dah meningkat. Memang perlu, Cuma jangan rasa macam terdesak sebab faktor usia. Lagipun usia hanyalah satu angka saja. Kalau anda jaga rupa dan kesihatan, pasti sentiasa nampak muda dan berseri bukan…he3. Apa2lah bergantung kepada anda.


Kahwin muda or lewat sama je. Tengoklah zaman sekarang. Macam2 kes berlaku. Cerai, dera dan bunuh sana sini. Senang2 je bertindak macam itukan. Aduh tak kahwin.....payah, kahwin pula...payah. Apa2 jelah.
Nukilan;


Monday, November 29, 2010

CoretanMaya: Selepas Kahwin, Perlu Ke Berkerja?….Khas Buat Wanita

Credit:Google

Ada sesetengah orang dulu-dulu, kata wanita hanya sesuai duduk rumah uruskan urusan rumah tangga je. Tapi tidak semua yang berfikiran begitu di era moden ini. Setiap lelaki atau wanita sekarang mengejar kerjaya daripada duduk terperuk dalam rumah je. Wanita sekarang lebih maju selangkah dengan kaum lelaki.

Di mana-mana kita dengar wanita sekarang makin menembusi kerjaya yang belum pernah wanita ceburi dulu. Serta boleh merasa bangga kerana seiring dengan apa yang kaum lelaki boleh lakukan. Walaupun secara fizikalnya, ada setengah kerjaya kaum lelaki tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita sepenuhnya. Tapi kaum wanita boleh mencuba kerana wanita sekarang lebih suka menyahut cabaran era moden masa kini. Cuma yang penting tidak melampaui batas kewanitaan.

Emm…bagaimana pula dengan anda? Mampukah anda meneruskan kerjaya selepas memasuki alam perkahwinan? Saya rasa ya. Kenapa? Bagi saya kebanyakan wanita sekarang lebih pentingkan kerjaya dan juga mereka tak abaikan urusan rumah tangga. Mungkin ada sesetengahnya yang bersikap terlalu pentingkan kerjaya sampai mengabaikan keluarga yang akhirnya mengakibatkan kepincangan rumahtangga. Kalau dua perkara ini dapat diuruskan secara bijak dan kerjasama antara dua pihak, rasanya tidak ada masalah sangat.



Kahwin+Kerja

Kenapa wanita perlu kerja selepas kahwin? Kenapa ya? Cuba kita tengok keadaan sekarang. Banyakkan dengar berita mengenai perceraian. Cuba fikir adakah hidup anda sebagai wanita terjamin sekiranya perceraian berlaku? Saya tahu sebagai wanita Islam kita ada undang-undang sendiri yang uruskan hal mengenai nafkah selepas kahwinkan. Hal ni saya tak berapa arif, so kena rujuk kepada orang betul-betul pakar. Kalau tersilap kata payah pulakan.

Tapi takkan kita nak bergantung sepenuhnya pada undang-undang je. Kita sebagai wanita perlu ada persiapan khas untuk menempuh perkara macam ni. Misalnya mempunyai simpanan peribadi sendiri, bukan bermaksud menyingkir peranan suami yang mampu menyara anda atau mengandaikan perceraian akan berlaku. Not that. Anda boleh buat simpanan sendiri sebagai keperluan anda untuk masa depan. Mana tau anda mahu beli sesuatu yang diidamkan atau apa-apa je yang anda ingin buatlah.


 Oh duit duit...hahaha

Zaman sekarang rata-rata saya tengoklah, lebih mengejar kemewahan. Payah kita nak cari seseorang yang betul-betul menyayangi kita kerana diri kita. Mungkin sebab ekonomi yang semakin menekan ataupun memang dah gaya hidup orang sekarang yang lebih suka mengejar orang ada duit je. Malah sekarang selalu je dengar kes perceraian. Entah mana silapnya. Kahwin cerai kahwin cerai. Aduh letih macam ni. Kalau kes macam ni. Kita, wanita harus pentingkan kerjaya sebab kita tak tahu apa akan berlaku sekiranya anda tiada tempat untuk bergantung kelak bila perceraian melanda.

Kalau perceraian tu membawa banyak musibah, kan naya je. Kalau dulu anda senang lenang duduk rumah je. Tapi bila bercerai, anda hilang punca income. Nak bayar tu, tak de duit. Mana nak cari, kalau anda tak mempunyai kerjaya. Dulu lainlah, masa ada suami. Tak payah fikir banyak. Minta je kat suami. Bila tak de, baru fikir kerjaya tu penting. Sebenarnya semua ni bergantung pada nasib. Kalau nasib ok, hidup pun bahagia je.

Kalau sayalah, saya mahu kerja selepas kahwin. Bukan kerana saya tidak percaya suami saya. Cuma ingin mencapai cita-cita yang saya impikan. Lagipun buat apa belajar tinggi-tinggi kalau asyik duduk rumah je….kan. Buang masa dan duit je. Pendapat saja tu. Perjalanan hidup kita sendiri yang pilih. Oklah….pilihlah haluan anda sendiri. Nak duduk rumah atau teruskan kerja.

Nukilan;

Wednesday, August 25, 2010

Pengalaman Membuatku Berfikir


 Credit:Google


Dugaan yg melanda betul2 buat aku lemah dgn kekecewaan hdp. Aku cuba bangkit dgn smgt yg ada. Namun aku kdg2 tk ckp tabah utk menempuh segalanya. Sbb aku rskan dugaan kali ni amt mhiris hatiku. Lebih2 lagi ia melibatkan kepercayaan dan keikhlasan hati.


Aku tk tahu knp, bila aku cuba myemai benih kepercayaan kpd ssorg yg aku sukar nk pcayai. Aku dikecewakan. Adakah aku tll daif menilai keikhlasan ssorg itu, bila aku rskan ssorg itu begitu ikhlas dan jujur thadapku?  Knp bila hati tluka, aku msh mganggap ssorg itu ikhlas? Aduh….agaknya aku tll bodoh utk menilai kelakuan dan niat ssorg. 


Maybe aku tk ckp pengalaman utk menempuh dugaan ini. Sbb inilah ptama kali dlm sejarah hdp aku cuba mbuka pintu hati utk menerima ssorg itu dan menanam benih kepercayaan serta rs ikhlas dihati. Namun aku kecundang.


Di mana silapnya, aku tk tahu. Apa dosa aku lakukan kpd ssorg itu, aku tk tahu. Aku masih mcari jwpannya tp hampa. Tp yg pasti aku tk mahu myalahkan sesiapa dlm hal ini. Sbb aku bukan insan yg sempurna dan tidak layak mbuat penilaian thadap ssorg. Aku cuba insan biasa yg banyak kekurangan hdp. Aku sedar itu dan aku redha apa blaku.


Biarlah dugaan ini aku buat pengajaran di ms mdatang. Maybe agak sukar aku nk mpcayai ssorg itu lg. Nampaknya balik ke asal…mmg ptt pun…haha2. Apa pun aku tk  mahu mbenci dia. Biar dia bahagia dgn pilihan dia. Aku…biasalah dgn hdpku. Mahu ceria dan tabah serta nk fokus pd kerjaya serta aku tk nk pcaya lagi.

Saturday, April 24, 2010

Ini Impian Fantasiku, Anda Pula Macam Mana??


 Mimpi fantasiku
(Credit:Google)

Kalau masa sekolah dulu impianku hanya satu iaitu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, Universiti. Impianku itu dah tercapai. Dapat kerja di sebuah syarikat besar dan kerja di bwh air-cond dengan gaji yang agak memuaskan pun dah tercapai.


Sekarang impianku utk hidup lebih senang bukan bermaksud hidup dlm kemewahan. Aku tak impikan suami yg kaya raya. Cukuplah yg rajin kerja dan menyayangiku hingga akhir hayatku di dunia ini. Kalau boleh di alam satu lagi. Ini sekadar impian fantasiku. Kalau realiti alangkah baguskan. Hehe3.


Impian pertamaku selepas mendapat kerja ialah ingin memiliki kereta sendiri. Yelah dah ada lessen takkan tak mau beli keretakan. Itupun mengikut kemampuanku. Kereta idamanku ialah kereta buatan Malaysia je iaitu MYVI. 

Friday, February 5, 2010

Boyfriend Penting Or Kerja Penting???



Wahai sahabat blogger perempuan semua, saya nak tanya. Kalau anda diberi pilihan untuk memilih antara boyfriend dan kerja. Mana satu penting dalam hidup anda? Adakah anda sanggup tinggalkan boyfriend, semata-mata kerana kerjaya anda? Ataupun anda sanggup tinggalkan kerjaya hanya kerana boyfriend anda?

Emmm…entah nak jawab macam manakan? Kalau saya tengok situasi dulu. Saya harap tidak akan membabi buta untuk buat keputusan tinggalkan kerjaya hanya kerana dia boyfriend saya. Yelah, dia just boyfriend je. Bukannya suami saya pun. So, dia tidak berhak sepenuhnya ke atas perjalanan kerjaya saya. Saya tak akan sanggup tinggalkan kerjaya yang sudah lama saya impikan hanya kerana dia. Sorry ya…u boleh belah…hahaha. Cakap je. Tapi harap tak berlaku situasi macam tu.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."