Wahai sahabat blogger perempuan semua, saya nak tanya. Kalau anda diberi pilihan untuk memilih antara boyfriend dan kerja. Mana satu penting dalam hidup anda? Adakah anda sanggup tinggalkan boyfriend, semata-mata kerana kerjaya anda? Ataupun anda sanggup tinggalkan kerjaya hanya kerana boyfriend anda?
Emmm…entah nak jawab macam manakan? Kalau saya tengok situasi dulu. Saya harap tidak akan membabi buta untuk buat keputusan tinggalkan kerjaya hanya kerana dia boyfriend saya. Yelah, dia just boyfriend je. Bukannya suami saya pun. So, dia tidak berhak sepenuhnya ke atas perjalanan kerjaya saya. Saya tak akan sanggup tinggalkan kerjaya yang sudah lama saya impikan hanya kerana dia. Sorry ya…u boleh belah…hahaha. Cakap je. Tapi harap tak berlaku situasi macam tu.
Kita ni sebagai perempuan harus pentingkan kerjaya juga. Jangan hanya kerana boyfriend anda sanggup tinggalkan kerjaya. Kita tidak pasti sama ada dia adalah bakal suami anda. So, jangan bertindak mengikut kata hati tanpa berfikir sejenak..ok.
Kes tinggalkan kerjaya demi boyfriend ni, pernah berlaku ke atas salah seorang worker yang berkerja membantu bahagian HR. Selepas dia balik bercuti panjang di kampung. Dia dikejutkan dengan berita pemberhentian boyfriendnya. Atas sebab apa saya tak pasti, yang saya tahu sebab boyfriendnya melakukan kesalahan. Jadi dihantar pulang ke negara asal iaitu Indonesia .
Boyfriendnya asyik mendesak bahagian HR menghantar girlfriend dia pulang juga. Bahagian HR tak mahu melayannya. Yelah, kalau tak buat salah buat apa nak hantar pulang. Mungkin sebab desakan boyfriendnya yang sering call. Worker tu menangis-nangis meminta dipulangkan. Dah kemaruk cintalah tu. So, dia hantar pemohonan berhenti kerja. Walaupun bos sudah beberapa kali menasihatinya. Mana nak dengar, kalau hati tu dah buta cinta.
Last2 dia pulang juga. Yelah siapa nak halang. Lagipun bagus juga. Kerja pun bukannya rajin sangat dah. Asyik bermasalah sejak naik pangkat jadi operator. Orang pun tidak berapa suka dengan perangainya tu. Elok berhenti saja dari kerja…hahaha…jahat betul. Tapi kalau sebab boyfriend berhenti. Saya tidak setuju sangat. Belum jadi suami, dah control hidup kita je. Apa nak buat cinta menguasai minda.
Nukilan;
4 comments:
of kos saya juga akan pilih kerjaya saya dulu... kdg2 ada juga lelaki yg da nk jadi suami kita ni mengharapkan kita dok rumah after kawen.. but for me..slagi saya bule keje...dan selagi takde msalah or halangan sy masih nak keje.. try bincang ngan bf leklok... sbb bagi saya.. skarang ni kita pompuan mmg takleh arap kat lelaki... in case anything happen kita ada income sindrik untuk sara diri n anak2... klu takde anak btul pun tetap nk sara anak tekak! hahahaha
ini hanye pendapat:
klau saye akan pilih kerjaye dari bf sebab tu lagi penting utk mase depan dan sbg jaminan hidup.klau bf blh carik laen.mungkin dpt yg lagi better dr die.just pendapat ok
i think both will be as important if there's a mutual understanding between the couple =)
kenwooi.com
yup mmg dua2 ptg tp pilih yg btl2 sesuai dgn situasi anda ketika itu..hope tklah sampai nk pilih salah satu..payah beb
Post a Comment