Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, February 16, 2010

Sambungan Kisah Hantu Comel: Imej Hantu Mungkin Roh Isteri Bangsawan

Sambungan kisah: 

Hantu Wanita Di Istana Berhantu....Seramnyeee!!

Gambar hantu yang dirakam pemilik sebuah syarikat, Kevin Horkin di tingkap sebuah istana terbiar di sini mungkin roh seorang bangsawan.
 
Akhbar itu yang menghubungi pakar-pakar melaporkan, imej wanita tersebut mungkin roh Winifred iaitu isteri kepada pembesar Earl of Dundonald yang pernah tinggal di istana berkenaan. 

Wanita itu mewarisi Istana Gwrych pada 1894 yang dikatakan sebagai salah satu tapak paling berhantu di United Kingdom. 

Penduduk tempatan di Abergele, utara Wales percaya wanita itu bergaduh dengan penjaga istana berkenaan, Bill Price dan mengganggunya selepas dia meninggal dunia pada tahun 1924. 

Price akan mengunci perpustakaan pada waktu malam di istana itu pada waktu malam tetapi pada keesokan harinya, dia mendapati terdapat barang yang telah dialih secara misteri. 

Seorang penulis kisah hantu, Mark Baker memberitahu bahawa hubungan Price dan Winifred tidak begitu baik. 

"Mungkin masalah itu berterusan sehingga mereka mati," kata Baker. 

Namun, bekas jurugambar, Harry Moffitt, 76, percaya bahawa hantu itu ialah orang gaji yang mati akibat terjatuh dari kuda. 

Moffitt mendakwa dia ternampak hantu yang sama semasa mengunjungi istana itu 60 tahun lalu. - Agens,Kosmo.

p/s: Knp agaknye hantu ni bkeliaran ye? Roh mereka tak tenteram mungkin...entahlah!!

6 comments:

Sharinginfoz said...

hantu roh kan... memang ada..

Admin said...

ooo...seram jugak ada tpt mcm tu

Aini said...

tapi muka hantu tu nampak tenang je kan..

Anonymous said...

hantu yg begitu comel..

nazihahisa said...

cantik je hantu.. slalu cite hantu.. sikit punya hodoh hantu dorg letak

Admin said...

yg ni cute...hehehe

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."