Gambar skadar pyeri saja
Petang smlm tgh asyik kerja. Kami di admin office dikejutkan dengan berita worker melahirkan baby perempuan di quarter. So, apa lagi bhgn HR. Tolong uruskan masalah tersebut. Inilah berita gempak pertama kali berlaku di tempat kerja saya. Sebelum ni, sesiapa worker yang didapati hamil, ada suami or tanpa suami akan dihantar balik ke negara asal mereka iaitu Indonesia .
Mereka yg mgandung dihantar pulang sebab pihak syarikat tidak mahu ia mengundang permasalahan di masa akan datang. Siapa mahu bertanggungjawab, kalau ada apa2 berlaku ke atas mereka. Entah macam mana kali ni. Boleh terlepas seorang. Worker ni baru je mula kerja beberapa bulan je. Dah menjalani medical check-up pun. Entah mana silapnye boleh tak tahu dia mengandung.
Silap doctor yang buat kerja sambil lewa ataupun pihak pengurusan yang terlepas pandang record medical check-up dia. Entahlah. Yang penting sekarang worker tu telah dihantar ke hospital & berada dalam keadaan selamat bersama anaknya. Tindakan lanjut mungkin akan diambil oleh pihak pengurusan ke atas worker tersebut kerana tidak memaklumkan keadaannya sebenar. Tak tahulah saya. Tu urusan pihak pengurusan.
Memang di tempat kerja saya sering berlaku kes worker mengandung sama ada dah bersuami or belum. Kadang-kadang ada musimnya juga. Itulah bahagian HR selalu bising. Sebab mereka terpaksa uruskan penghantaran pulang worker yang mengandung ni. Itulah member saya yang berkerja bahagian HR cakap, musim mengawan ke sekarang. Hahaha…macam2 hal kan .
2 comments:
tak silap saya unwanted86.blogspot ada buat review pasal musim mengawan ni beserta dengan musim buang anak on october or november..minta2 dijauhkan..
itulah..mcm2 hal kan
Post a Comment