Happynye aku, dpt rezeki melimpah2
Ekonomi sekarang, rasanya dah semakin baik. Lebih2 lagi hasil pengeluaran syarikat kami. Hujung tahun lepas memang akhir tahun yang bertuah bagi semua pekerja. Biasalah akhir tahun. Dapat bonus bah. Bukan itu saja dapat incentive atas jualan yang agak menggalakkan akhir-akhir ini.
Sempena tahun baru cina bulan ni, nampak gaya incentive agak tinggi sikit. Syukurlah atas rezeki yang diberi oleh Tuhan. Mudahan pengeluaran makin menguntungkan. Dengan itu tiap2 bulan dapat merasa incentive. Selain dapat gaji hujung bulan. Bertambah senanglah sikit hidup. Dapat juga beli barang idaman masing2.
Lebih untung lagi kepada pekerja yang mempunyai pangkat tinggi. Pasti senyuman tu sampai ke telinga. Happy sangat sebab incentive yang mereka dapat agak tinggi dari pekerja yang lain. Macam saya lo. Sikit je. Tapi syukurlah ada kan ?
Macam pekerja seorang ni. Saya panggil dia Kak Sal. Pangkat dia tinggi dari saya. Yelah diakan Officer bahagian Shipping. Mestilah gaji & incentive tinggi. Tiap2 bulan bila cakap pasal incentive bukan main senyum lebar dia. Macam2 plan dia rancangkan. Nak beli itu, nak beli ini. Tapi yang best dia pandai uruskan duit lebih dia tu. Selalu juga dia nasihat kami agar menggunakan duit lebih dengan membuat pelaburan seperti saham ASB.
Baru minggu lepas dia buka akaun saham 1Malayisa. Dia rancang nak simpan duit incentive dalam akaun tersebut. Selain untuk bayaran tiap bulan loan ASB. Emm…hidup dia dah senang dah. Kita ni yang masih merangkak kenalah buat planning dengan bijak.
2 comments:
alhamdulillah..
hehehe, mak sy slalu pesan kalau ad je duit lebih, sebaik-baiknya kita simpan separuh, dan selbihnya boleh la guna ntok keperluan..
moga2 rezeki akan terus melimpah ruah pd hari mndatang :)
ya btl..sama2lah kita simpan
Post a Comment