Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, February 27, 2010

Aina : "Wedding Contest"

Pagi ni terpikat hati nak join 'Wedding Contest' yang diajurkan oleh Cik Aina kita ni. Sekadar nak cuba2. Manalah tau menangkan. Lagipun tajuk contest beliau agak menarik juga. Kena karang elok2 ni...hehehe. Sapa yang nak join..clik link di atas tu.

Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk aina dan kenapa.?

Emmm...mcm mn nak mula ye. Selalunyakan kalau member2 saya kahwin, tak tahu nak bagi hadiah apa. Tapi oleh sebab member saya kebanyakan cina. So, saya bagi angpow jelah. Kadang2 terfikir juga nak bagi hadiah special tapi mestilah bagi kepada member yang special jugakan??


Bagi sayalah, hadiah perkahwianan yang paling ideal drpd kawan2 Cik Aina ialah pakej percutian bulan madu. Tapi kalau nak beli pakej ni, kenalah pakat dgn semua geng bus sekolah ni....hehehe. Kalau sorang2 tak mampulah. Tapi kalau ramai2 barulah best gitu. 

Kenapa saya rasa ni paling ideal. Yelah, Cik Aina kitakan pastinya nak habiskan masa terindah di awal perkahwinan bersama putera idaman yang turun dari kayangan sepanjang saat bahagiakan. Bukan maksud di awal perkahwinan saja tapi selamanya. Selagi hayat dikandung badan..........nasib tak dikandung tanah...hahaha...oppp bukannya tau berlawak saya ni....skema je ayat...kahkahkah.

Bukan itu saja, ia adalah keinginan semua pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Ofcozlah nak pergi berbulan madukan. Takkan nak berperuk kat rumah je. Mana best. Nak juga berasa saat bersama di tempat yang romantik & menyenangkan jiwa. So, bolehlah Cik Aina dengan putera idamannya bermadu asmara & menikmati alam perkahwinan seindahnya. Tanpa banyak fikir masalah lain. Selain itu boleh cipta kenangan saat awal perkahwinan bersama & ia merupakan kenangan yang pastinya paling indah dalam hidup Cik Aina...kan gitu.

Selain melayari bahtera bersama. Cik Aina & putera idaman bolehlah melawat tempat2 yang menarik, yang ingin diterokai bersama semasa tempoh berbulan madu. Takkanlah Cik Aina nak berperap dalam bilik asmara je kan. Opp...lebih2 pula...hahaha. Tempat yang paling saya suka nak suggest Cik Aina pergi berbulan madu ialah Pulau Langkawi. Mungkin biasa bagi Cik Aina. Tapi bagi saya ia merupakan tempat yang sesuai untuk berbulan madu. Bukan selalu pergikan.


Tapi kalau Cik Aina pernah pergi sana. Rasanya tempat kedua saya suggest ialah Sarawak. Why not kan?? Berbulan madu di bumi kenyalang. Pasti Cik Aina tak pernah ke sini bukan? Banyak tempat menarik kat sini tau. Cik Aina & putera idaman bolehlah cuba naik Sarawak River Cruise. Ia merupakan salah satu tarikan utama di bandar Kuching. Cik Aina & putera idaman bolehlah menaiki bot  ini untuk menyusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik di sekitarnya. Malah banyak lagi tempat menarik yang Cik Aina boleh kunjungi. Aduh tak larat nak terang banyak kat sini. Cik Aina bolehlah minta tolong Pak Google cari...ok.

Emmm...apa sebab lagi ye. Saya pilih ni...rasa tak de. Yang penting dapat bersama berdua je sepanjang tempoh berbulan madu. Tak payahlah nak susah2 fikir hal lain kan...oklah Cik Aina. Rasa tu je. Tak larat nak buat laporan penuh ni. No idea dah ni...ketandusan dah...hahaha. Apa2 pun saya doakan Cik Aina bahagia selalu ok.

3 comments:

black_mel said...

waahhh..menarik hadiah nie...hehe

Sharinginfoz said...

good luck ya

Admin said...

ok..tq...hehehe

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."