Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Thursday, February 11, 2010

Roh Jacko Minta Maaf...Macam Mana Pula Tu??

Mula2 baca tajuk ni...fikir entah mcm mn org mati dpt minta maaf pula.
Pelik...bila dah baca berita penuhnye...barulah tau..hehehe.

Roh penyanyi terkenal, Michael Jackson meminta bekas isterinya, Lisa Marie Presley supaya memaafkannya pada satu upacara pemujaan.


Pendedahan menggemparkan itu dibuat oleh Karen Faye yang pernah menjadi jurumekap penyanyi tersebut.

Menurut Karen, dia dan Lisa menghubungi Michael yang popular dengan panggilan Jacko dengan menggunakan kuasa psikik pada minggu lalu.

“Dia (Jacko) dilihat dalam misi untuk mendekati orang yang berada dalam kehidupannya dan meminta mereka memaafkannya.

“Michael menghabiskan masa dengan menerangkan kesalahannya dan mahu kami memaafkannya,” kata Karen.

Menurutnya, roh itu kelihatan lebih gembira apabila bersama Lisa.

“Kuasa psikik itu beralih kepada saya dan menyatakan Michael memberitahu saya bahawa anda (Lisa) mengambil berat mengenai dirinya dan dia berasa amat kesal kerana pernah banyak melukakannya,” katanya.

Menurutnya, Jacko tidak membincangkan dakwaan membunuh yang dihadapi oleh doktor peribadinya, Conrad Murray.

Karen berkata: “Dia (Jacko) menyatakan dia telah dipisahkan dengan macam-macam perkara.” 

Lisa yang merupakan anak perempuan legenda penyanyi rock ‘n’ roll, Elvis Presley berkahwin dengan Jacko pada 1994 namun mereka berpisah selepas hidup bersama selama 18 bulan.

Pada 2002, Lisa dilaporkan menghubungi roh bapanya bagi mendapatkan kebenarannya sebelum berkahwin dengan pelakon Nicolas Cage. 

Jacko, 50, meninggal dunia pada 25 Jun tahun lalu di rumah sewanya selepas denyutan jantungnya terhenti dengan tiba-tiba. – Agensi,Kosmo

3 comments:

FTN said...

Betul tu..ngarut sangat. Paling klakar bila anak elvis mintak kebenaran dgn roh bapak dia dulu sblm kahwin dgn Jacko..hahaha..

mistikus betoll

shahrinabd said...

huh! itu masam pun bule ka?

Ngarut la

Abd Rahim said...

gilak btul...ajaran sesat jer tue...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."