Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, February 8, 2010

Pandai Pinjam, Bila Time Minta Bayar Banyak Alasan Engko Ye!!



Ni yang aku tak suka ni, dengan perangai kawan-kawan. Bila time nak pinjam duit bukan main buat muka kasihan. Bagi janji akan bayar hujung bulan. Itulah, inilah. Ni apa dah jadi? Sebulan dah lepas, dah masuk tahun baru dah ni. Hutang engko bila nak bayar ha!!

Bila aku minta engko bayar. Engko banyaklah bagi alasan. Ingat duit tu datang bergolek ke? Kalau aku tak ingat engko tu kawan aku Memang dah lama aku marah engko. Dah berbulan-bulan engko tak bayar. Hendak aku tiap bulan tanya engko bila nak bayar ka? Macam aku pula yang hutang dengan engko. Nak aku diam je. Rugilah. Tu duit titik peluh aku. Atas usaha aku. Bukan nak bagi engko free je. Setakat seringgit dua bolehlah. Ni beratus beb! Ingat senang ka dapat duit tu, kalau tak usaha. Benci betul aku. Jangan sampai aku hilang sabar sudahlah. 
 Geramnye aku

Tiap kali keluar shopping, aku tengok bukan main lagi engko belanja sakan. Tapi hutang aku bila engko nak settle ha. Aku nak guna duit juga. Ahhh…menyesal pula aku pinjam bagi engko. Aku percaya mati-mati engko akan bayar hujung bulan. Ni haram, satu sen pun tak ada. Jangan harap aku nak bagi engko pinjam dah. Sekali dah aku tau perangai engko macam ni….elok aku simpan je duit aku tu dari bagi engko pinjam. Biar merayu-rayu engko minta aku tolong. Jangan harap aku nak simpati dah…hahaha biar jahat sikit.

Ni seorang pula. Pinjam seringgit dengan aku. Setakat seringgit pun, tak reti-reti nak bayar ka? Isss geram aku. Nak juga aku ingatkan engko ka? Nasib seringgit je. Taklah terhegeh-hegeh aku nak minta hutang aku bayar. Teruk betullah perangai kawan-kawan ni. Pinjam nak tapi tak reti nak bayar. Buat-buat lupa & asyik bagi alasan je memanjang. Kalau aku pinjam dengan engko suatu hari nanti, entah apa alasan engko pula. Then aku buat macam engko buat dengan aku sekarang. Macam mana rasa engko ye? Dah tahu pinjam tu, bayarlah. Ada faham??

6 comments:

atreyu strange said...

Citer mmbr pinjam duit beratus tu xleh blah dowh! Bikin panas ajew. Tp, yg pinjam seringgit pun kene maki ngan ko gak? Haha. Free2 jek kene maki.

pak long said...

salam buat tuan umah...
3 perkara yang paling best...
1. benda baik nak murah
2. makan free
3. hutang tak payah bayar...

Unknown said...

saye pon xsuke org pinjam tp wat2 lupe byr!so sape yg salah?kite jugak..hihi

Admin said...

seringgit tu oklah...tp ratus tu..mmg nk kena

lel said...

aku pun penah rasa
last2 aku paksa gak byr
suh dia pinjam duit org lain
asalkan byr duit aku
300 beb
jenuh nk tunggu

Admin said...

itulah..geram gak...tgklah mcm mn nanti

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."