Apalah punya kekasih.
Dah bf bg lamaran romantik pula tu.
Tolak pula...kalau tk nk buat pe couple.
Seorang peminat lelaki sukan hoki ais untuk pasukan New York Rangers melamar kekasihnya yang juga mempunyai minat sama dengannya di Stadium Madison Square Gardens di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, apa yang mengejutkan ialah lamaran lelaki itu ditolak oleh kekasihnya yang menggelengkan kepala dan terus beredar dari stadium berkenaan.
Lamaran lelaki yang ditolak oleh kekasihnya itu disiarkan secara langsung di skrin gergasi stadium tersebut semasa perlawanan pasukan kesayangan mereka sedang berlawan dengan Tampa Bay Lightning.
Semasa pertengahan separuh masa kedua perlawanan itu berlangsung, peminat lelaki itu yang dikenali sebagai Nick menunjukkan ke arah skrin gergasi dan berkata: "Melissa, sudikah anda menjadi tunang pasukan berbaju biru?"
Kekasihnya itu menutup mulut dengan menggunakan satu tangannya tetapi selepas berfikir mengenai tawaran pertunangan tersebut selama beberapa saat, dia berasa tidak teruja sebaliknya beredar meninggalkan kekasihnya.
Peminat-peminat pasukan berbaju biru yang merujuk kepada New York Rangers kemudian membuat sorakan 'boo' kepada wanita tersebut.
Drama pasangan itu boleh dilihat menerusi YouTube. - Agensi,Kosmo
5 comments:
kecian gler!boleh frust guling2 oo XD
wehhh..malunye die!
kureng asam punye gf!haha
tp maybe gf die malu kot..
sbb tu keluar terus..
netau kat lua die accept? =p
malunyer!!!
aku tak tau la kenapa mamat tu terlalu over konfident sampai sanggup buat live lamaran tu...
modal yang terlalu tinggi maka kerugiaanyer juga amat besar
tapi dia dapat pengajaran, sebelum awek tu perabis segala masa, tenaga dan duitnyer
mamat tu dah dapat tahu kesetiaan awek dia tu tak kemana pun he he carik yang lain jer la..
itulah...cian btl..awek tu nk suka2 je kot
Post a Comment