Sekarang ni mana2 tempat kita asyik dengar orang buang bayi. Mereka ni, tak berfikir panjang ke sebelum buat perkara tak berperikemanusiaan itu. Bayi tu tak tahu apa2 & tak berdosa. Baru nak melihat dunia, sudah dibuang oleh ibu yang merasakan malu untuk menangung perbuatan terkutuknya itu.
Alahai manalah sikap kasih sayang seorang ibu ni. Hanya kerana takut menangung malu. Sanggup buang bayi. Tak tahukah, perbuatan itu lagi menambahkan dosa. Sanggup pilih dosa dari malu. Dah tahu buat perkara tak elok, mestilah sanggup menanggung akibatnya. Ni tak, menambah-nambahkan lagi dosa adalah.
Nak salahkan si ibu ni seratus peratus tak dapat juga. Si jantan yang turut sama melakukan projek mega tu, pergi jahaman mana pula. Tak bertanggungjawab langsung. Suka nak main2 je. Time seronok je ada. Time derita tau cabut. Jenis jantan apakah itu? Cubalah fikir kalau adik perempuan atau saudara anda diperlakukan begitu. Apakah perasaan anda? Kaum hawa ni bukan tempat nak puas nafsu serakah kaum jantan tau. Cubalah buka minda tu luas2. Jangan nak berseronok di dunia saja. Tak pe di dunia dapat lari tapi di akhirat kelak. Jangan harap. Pengadilan tetap ada. Setiap dosa pahala akan dikira. Mana nak lari.
Si perempuan ni satu, cubalah jauhkan diri dari jantan tak guna, yang suka main2 je. Jangan mudah terpedaya dengan janji2 si jantan tak guna ni. Bukan nak salahkan kaum perempuan sangat. Mungkin ada sebab lain juga yang menyebabkan kes pembuangan bayi bermaharajalela ni. Macam kes rogol. Tapi kalau boleh janganlah bertindak diluar batas tak berperikemanusiaan. Bayi tu tak berdosa. Kalau tak mahu, bagilah kepada yang memerlukannya. Janganlah dibuang dalam tong sampah, longkang ataupun bunuh bayi tersebut. Tu hanya menambahkan dosa anda & ia akan menjadi igauan ngeri sepanjang hidup anda.
Nukilan;
10 comments:
:( :( :(
bayi yang tak berdosa jugak yang jadi mangsa.. sian..
masyarakat yang melihat tak patut menyalahkan orang yg terlibat..sebaliknya memberi dorongan kpd mereka...kdg² ibu² ni bertindak luar kawalan kerana tertekan dengan masyarakat sekeliling yang asyik menekan je...
eee Ya Allah....tergamak kan dorank buang + bunuh baby2 yg tk bersalah tu...da pandai buat knp tak pandai nk tanggung?..ish...
waaa...
mmg sakit hati....
alangkah bgusnya kalu baby ini dikurniakan utk sy.. tgk tu.. betapa comelnya baby ni.. tp ntahla... dimana kewarasan tu hilang... smpai sgup buat sbegini rupa... xkn xada rasa kasih lgsung..
mnusia dah x btamadun...
**sy pun ada post pasal gegala.. sempena projek Blogger We Care tbaru.. jom noin.. terjah blog sy..
masalah juga bila berlaku gejala sosial banyak mata tertumpu pada sang perempuan, yang sah-sah tetap mangsa (walaupun masa buat suka sama suka) sang lelaki? hopefully lepas ni family akan jaga anak lelaki juga, bukan setakat anak perempuan
sakit je ble tgk org wt cmne..
kalo xnk ank xyah la ehem2..(sopan ckit)..
dh dpt buang rezeki..
ape dh
itulah manusia skrg...hrp kita sama2 mbantulah..
kalau perempuan jantina die...aku amik jadi adik aku..sbb aku takde adik pompuan...
kesiannya baby tu..:(
mudah-mudahan ALLAH bagi kesedaran pada sume..
mudahan jugaklah...mmg cian btl..bagus bg kat i..hehehe
Post a Comment