Pelik btl, knplah boleh sampai tk sedar ditusuk pisau.
Tk rs sakit ke apa??
Kalau sy, dah pengsan dah kot...hahaha.
MOSCOW - Walaupun belakangnya ditikam sebilah pisau, seorang mangsa rompakan, Julia Popova tidak berasa sakit atau menyedari kecederaan yang dialaminya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berusia 22 tahun itu meneruskan perjalanan seperti biasa selepas dia ditikam seorang perompak semasa pulang dari pejabatnya baru-baru ini.
Popova bergelut dengan perompak itu yang meragut beg tangannya semasa mangsa dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di sini, Rusia.
Bagaimanapun, insiden itu menyebabkan dia terkejut sehingga tidak menyedari sebilah pisau tertusuk pada tengkuknya dan hampir mengenai tulang belakang mangsa.
Setibanya di rumah, ibu bapa Popova terkejut melihat anak mereka berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital manakala beberapa pakar bedah berjaya mengeluarkan pisau itu tanpa merosakkan tulang belakangnya. - Agensi,KOSMO
7 comments:
isk3..ade pulak mcm ni yer..hurmmm..kuasa tuhan.
kuasa tuhan
perthhh sakit kot tu.
kena kat tempat yg tak nyebabkan rasa sakit kot. macam akupuntur tuh?Ade ke?
ish3... ada jg mcm tu... cmana lak dia ni tk rasa dengn tusukan pisau tu ya... ada ilmu hitam kot..
adoi.
sakittnye!
entahlah...sy pun tk tahu....
Post a Comment