Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label mangsa. Show all posts
Showing posts with label mangsa. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

CoretanMaya: Rogol Sana, Rogol Sini…Tak Sudah2 Dengan Nafsu Iblis Tu

Ahli keluarga sdiri pun, tk leh caya!!


Dari dulu hingga sekarang, kes rogol ni asyik kedengaran di mana2 dada akhbar. Apa tindakan kita? Apa yang sudah dilakukan oleh pihak kerajaan? Apa hukuman yang telah dikuatkuasa? Apa kesudahan nasib kita sebagai perempuan yang sering menjadi mangsa nafsu serakah kaum lelaki yang durjana ini?


Takut betullah, bila fikir2 jadi perempuan ni. Di mana2 ada saja mata jahat yang cuba mengambil kesempatan. Tak kira anda berpakaian seksi atau berselubung penuh.Tak kira anda remaja, tua ataupun bayi, Kes macam ni semacam menjadi lumrah dalam hidup kaum jantan yang tak bermoral ini. Mana pergi pertimbangan akal anda? Tak takutkah anda, Tuhan yang sentiasa memerhati setiap kelakuan hina anda itu? Aduh payah betul.


Bukan saja orang luar tak boleh dipercayai. Tapi orang yang paling dekat dengan kita pun tak boleh percaya. Ayah, abang, adik dan saudara. Mereka ini paling membahaya. Bukan semualah. Tapi golongan inilah yang sering menghangatkan dada akhbar sekarang. Yang baru2 ni, saya ada terbaca pasal bayi yang mati kerana diliwat ke apa. Apa kes? Bayi secomel & sekecil itu diperlakukan sebegitu. Aduh, dah hilang akalkah manusia sekarang? Si ibu pula sanggupkah anda berdiam diri melihat kejadian begitu? Jangan kerana sayang, kita menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram. Bertindaklah sewajarnya dari menangung dosa.




Penat bila fikirkan kes semacam ini. Tak ada penghujung ceritanya. Perkara yang sama saja berlaku. Entah apa tindakan keras yang diambil oleh kita atau kerajaan? Sekadar hukuman yang biasa2 tu. Mana orang nak takut dah. Makin menjadi-jadi adalah. Ok..para perempuan, berhati-hatilah sepanjang masa. Mudahan kita dijauhkan dari perkara tak elok ini. Mudahan Tuhan sentiasa bersama kita. Amen.

Nukilan;

Friday, April 30, 2010

Cucu Tak Guna, Nak Rompak Nenek Pula!

Apa nak jadi dengan generasi sekarang. Makin teruk betul. Cucu, yang ada hubungan darah daging sendiri sanggup bersubahat dengan perompak untuk rompak neneknya yang dah tua tu. Isss....tak guna punya cucu. Kalau nak duit, cubalah perah tenaga tu cari kerja. Buat pe nak buat kerja berdosa & memalukan ni.


Dahlah tu merompak nenek sendiri. Apalah teruk betul perangai. Kan dah kantoi. Nak tunjuk muka kat mana dah. Jenis cucu macam ni, patut simpan dalam penjara je. Merengkuk sampai tua...ha2. Jahatnya aku...tak elok2.



Petikan:KOSMO

Malang bagi seorang nenek apabila cucu sendiri bersubahat dengan tiga penyamun dalam satu kejadian samun di rumahnya di Kampung Jawa, Panchor di sini semalam.



Menurut Ruliah Abu Bakar, 75, ketika kejadian, dia sedang berbual bersama cucunya itu, Siti Napisah Harun, 14, sebelum didatangi tiga individu bermotosikal.


Ketiga-tiga suspek, dua lelaki berusia belasan tahun dan seorang wanita berusia 40-an itu sempat memberi salam sebelum naik terus ke rumah dan menyamun mangsa.


Ruliah berkata, dia langsung tidak menyangka ketiga-tiga suspek itu akan menyamunnya kerana wanita berkenaan adalah kenalan Siti Napisah.


Katanya, seorang suspek lelaki terus menutup mulut dan tangannya diikat dengan kain sebelum menutup kepalanya dengan kain tudung.

Dera Anak Guna Rotan, Getah Paip. Gara2 Anak Hiperaktif....Tak Ada Cara Lain Ka? Asyik Nak Dera Je

Entah nak cakap apa dah dengan manusia sekarang. Macam tak msyukuri nikmat diberi oleh Tuhan kepada mereka saja. Nanti Tuhan tak bagi langsung rezeki baru menyesal. Bila dah ada buat macam2 hal...dera sana, buang sini, bunuh sana & apa2 lagilah yang bkaitan.


Kalau ye pun anak tu hiperaktif, janganlah nak dera guna rotan & getah paip sampai luka2 badan budak tu dibuatnya. Pastinya ada cara lain nak didik anak. Tak terfikirkah, dengan cara itu akan buat anak lebih jahat or apa2lah. Mana tau si emak & si bapa pula kena dera. Yelah asyik dera anak je. So anak pun ikut perangai macam mereka....he2. 




MELAKA - Polis menahan pasangan suami isteri selepas disyaki mendera anak lelaki mereka berusia 10 tahun dengan memukulnya menggunakan rotan dan getah paip di sebuah rumah di Umbai, Jasin baru-baru ini.


Pasangan berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 35 tahun Rabu lalu selepas menjumpai kanak-kanak tersebut ketika dia sedang merayau-rayau di sebuah pasar malam di Machap Umboo di sini dua hari sebelum itu.

Tuesday, April 27, 2010

Pertama Kali Dalam Dunia Blog Kena Tag...Kenalah Jawab Ni!!

Credit:Google

Baru perasan ada tag dari Shidi Shah. Nampak gaya kena balas tag beliau ni. Sebenarnya nilah julung2 kalinya aku dapat tag. Dulu aku fikir apa ke bendanya binatang ni..he3. Lama2 barulah aku faham sikit. So...mlm ni aku cuba balas tag beliau ni. Lepas tu cari mangsa utk kena tag lagi...ha3.

1. 5 org yg idop kat dunia neyh yg korg tak boleh lupe??

a)My family...ofcozlah.
b)My 1st bf..he3
c)Saudara2
d)Kawan2 yang baik hati
e)Teman hidupku


2. 5 benda yg korunk sayang nak buang??

a)Laptop kesayanganku
b)handphone 

c)cermin mata
d)gambar kenangan
e)sijil...apa2 sijillah

3. 3 benda yg korunk impi n akan jadi kenyataan satu hari nanti ?

a)punyai suami baik hati
b)kahwin
c)mau anak

4. based on question 3,,why??

a)sbb aku mau hdp bahagia
b)sbb nk hdup bhgia dgn buah hati
c)sbb nak ada generasi baru...he3


5. tyme bukak lappy website pe yg selalu korunk buka dulu??

Nuffnang, blogger

6. 5 org yg korunk nak tagged

 
sapa agaknya yg mjadi mangsa seterusnya.....



1)Kyuubi
2)Wanie
3)Syahira
4)Secret
5)Mathsensei


The end..................tu je.

Thursday, February 4, 2010

Ahhh Aku Tidak Sedar Ditusuk Pisau...Kenapa Boleh Jadi Macam Ni??

Pelik btl, knplah boleh sampai tk sedar ditusuk pisau.
Tk rs sakit ke apa??
Kalau sy, dah pengsan dah kot...hahaha.

MOSCOW - Walaupun belakangnya ditikam sebilah pisau, seorang mangsa rompakan, Julia Popova tidak berasa sakit atau menyedari kecederaan yang dialaminya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berusia 22 tahun itu meneruskan perjalanan seperti biasa selepas dia ditikam seorang perompak semasa pulang dari pejabatnya baru-baru ini.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."