Apa nak jadi dengan generasi sekarang. Makin teruk betul. Cucu, yang ada hubungan darah daging sendiri sanggup bersubahat dengan perompak untuk rompak neneknya yang dah tua tu. Isss....tak guna punya cucu. Kalau nak duit, cubalah perah tenaga tu cari kerja. Buat pe nak buat kerja berdosa & memalukan ni.
Dahlah tu merompak nenek sendiri. Apalah teruk betul perangai. Kan dah kantoi. Nak tunjuk muka kat mana dah. Jenis cucu macam ni, patut simpan dalam penjara je. Merengkuk sampai tua...ha2. Jahatnya aku...tak elok2.
Petikan:KOSMO
Menurut Ruliah Abu Bakar, 75, ketika kejadian, dia sedang berbual bersama cucunya itu, Siti Napisah Harun, 14, sebelum didatangi tiga individu bermotosikal.
Ketiga-tiga suspek, dua lelaki berusia belasan tahun dan seorang wanita berusia 40-an itu sempat memberi salam sebelum naik terus ke rumah dan menyamun mangsa.
Ruliah berkata, dia langsung tidak menyangka ketiga-tiga suspek itu akan menyamunnya kerana wanita berkenaan adalah kenalan Siti Napisah.
Katanya, seorang suspek lelaki terus menutup mulut dan tangannya diikat dengan kain sebelum menutup kepalanya dengan kain tudung.
0 comments:
Post a Comment