Sering kita dengar kes mengenai wanita yang kena dera, simbah dengan asid, bunuh & sewaktu dengannyalah. Alahai apalah nasib wanita ni ye. Kenapalah lelaki buat kita macam ni? Adakah kita ni dianggap oleh lelaki sebagai 'Lauk' mereka? Sukahati buat ikut kemahuan mereka saja. Mentang2 kita ni kaum yang lemah, tak mampu nak lawan.
Sebagai contoh, kes Nor Shamila A. Majid, ibu kepada 4 orang anak menjadi mangsa tetak suami Februari lalu. Ke mana ptimbangan diri seorang suami ketika itu agaknya. Sampai sanggup berbuat demikian dengan isterinya yang dinikahi & melahirkan 4 bukti kasih & cinta mereka. Pelik juga. Kenapa manusia bersikap begitu? Dulu sayang sekarang benci. Biasalah hati manusia boleh berubah bila2 masa. Sukar untuk dijangka.
Namun janganlah jadikan wanita sebagai mangsa untuk lepas panas baran. Kalau ada perkara yang tak puas hati, bawalah berbincang. Bukan bertindak meluru sampai mendera. Tak pasal2 jadi kes polis pula. Masuk penjara, kan malu je.
Menurut pendedahan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian D11 Bukit Aman, Superintendan Ong Chin Lan dalam satu seminar tidak lama dahulu, purata kes penderaan terhadap wanita mungkin tinggi. Itu tak melibatkan kes yang belum dilaporkan kepada pihak polis.
Nampaknya orang terdekat pun tak boleh percayakan. Itulah nasib wanita yang lemah sering menjadi mangsa lelaki yang dayus. Sepatutnya lelaki membimbing & mendidik wanita ke arah kebaikan, bukannya tempat melepas panas baran atau mainan saja. Wanita seperti lelaki mempunyai perasaan & hati. Tolonglah sayangi kami, jangan buat kami seperti binatang ok.
Ketua Wanita Pusat, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr. Harlina Halizah Siraj pula berpendapat, sejak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 diwujudkan serta dilaksanakan pada 1996 nasib wanita yang didera suami tidak banyak berubah.
"Pada tahun 2005 sahaja terdapat 18,079 kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan. Jika dibahagikan, terdapat 50 kes dilaporkan setiap hari sepanjang tahun itu.
"Saya yakin angka ini meningkat setiap tahun. Saya telah berjuang berhubung keganasan terhadap wanita ini lebih 10 tahun tetapi tidak banyak yang berubah," katanya.
Agak menyedihkan kalau ada akta tapi tiada perubahan berlaku. Entahlah mana pergi agaknya nilai kita sebagai wanita ye? Senang diperlakukan sebagai 'Lauk' hanya kerana kita kaum yang lemah. Namun saya yakin pasti ada jalan penyelesaian yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk membendung gejala keganasan rumahtangga ini. Mudahan kita semua lebih berakal & jangan menjadi seorang yang menurut nafsu iblis sahaja.
4 comments:
ape nk jd zaman skrg ni...
zaman makin maju, manusia makin kejamlah
Kesian kat kaum hawa yg diperlakukan spt ini...sepatutnya suami melindungi isteri mereka...
yup..setuju tp lain pula jadinya kan...
Post a Comment