Just hiasan je-Credit:Google
Dalam dunia bercinta bermacam-macam berlaku yang menagih satu pengorbanan yang tak terkira nilainya. Tapi perlukah berkorban menjual maruah diri semata-mata untuk biayai teman lelaki? Just teman lelaki yang belum pasti menjadi hak milik anda.
Dan pasti belum tentu teman lelaki anda itu menerima anda setelah anda sanggup menjual diri anda. Tak terfikirkah anda, kalau betul teman lelaki anda sayang anda. Masakan teman lelaki anda sanggup menyuruh anda biayai dia dengan cara menjual diri. Tidak adakah cara lain yang lebih baik dari memilik jalan yang membawa penyesalan di penghujung hari.
Kita tak pasti apa akan berlaku di kemudian hari dan kita tidak tahu apakah yang sebenarnya teman lelaki anda mahu. Entah2 teman lelaki anda itu sekadar ingin mengambil kesempatan ke atas anda yang terlalu menyayangi dia.
Ingat sayang, sayang juga, Cinta, cinta juga. Tapi jangan sampai kita diperbodohkan oleh perasan cinta dan sayang yang tidak mengenal erti dosa. Jangan mengikut kata hati yang kadang2 membawa musibah diri.
Menyintai seseorang ada batasnya. Bila teman lelaki anda meminta lebih. Kita kaum perempuan harus ingat sejauhmana kita perlu lakukan untuk teman lelaki kita. Jangan mengikut membabi buta. Kalau tak kesudahan yang malang akan mengiringi hidup kita.
Sebagai renungan.....baca petikan berita ni: Biayai Teman Lelaki
7 comments:
kadang2 pempuan ni bila sayang sangat jadi bangang sikit. betul la tu, kalau sayang macam mana pon maruah diri tetap kena jaga.
kalau dah time bercinto pun ppn nak kene tanggung pikir sendiri ler dah kwen camno nanti kan ..mmg xdek otak ler jual diri utk sara boifren takdek pekdah nauuu
bodohnya pompuan tu. dia ingat laki tu nak lagi kat dia ke lepas dah ramai laki lain pakai? memang bodoh tahap gaban.
hadooiiii!!!parah dah cmtu...tuhan bg akal fikiran utk kite gunakan sebaik mungkin..berfikir dgn waras..emmm...cinta tak buta..tp org yg buta menilai erti cinta..huuuuu
yup..payah bila dah buta segalanya ni...hrp dijauhkanlah dr malapetaka ni
tak payah nak buat macam tu.. Entah2 teman lelaki dia tu just nak pergunakan dia je.. Ye la, nak belajar kat Overseas tu guna duit banyak. Lelaki tu pun malas.. Cubala cari keja.. ank jual teman wanita buat apa? Lelaki dayus tul ar..
itulah...lelaki tu nk hdp sng dgn jual maruah teman wanitanya...ambil kesempatan atas sikap lurus dia
Post a Comment