Terasa boring pula malam ni. Yelah tak ada benda best nak tengok. Dari tadi asyik update blog & blogwalking je sambil tu baca2 entry yang memikat hati nurani aku ni..he3.
Credit:Google
Kau Penyeri Hidupku
Kau hadir entah dari mana
Tiba-tiba menyapaku
Menghulur salam perkenalan
Ku sambut dengan hati terbuka
Hari demi hari
Hubungan kita makin mekar
Semekar bunga di taman syahdu
Seceria mentari menyinari alam semesta
Kau meluahkan hasrat hatimu
Tapi aku masih keliru untuk menerimanya
Kerana aku masih dalam bayangan seseorang
Namun kau tak pernah mengalah
Kau tetap menemaniku
Kau tetap menyapaku
Kau tetap menyeri hidupku dengan bunga sms
Dengan gelak tawa & usikan manja
Kerana sikapmu aku terpaut
Kerana keikhlasanmu aku terpikat
Kerana dirimu aku tertawan
Kerana kesungguhanmu aku tergoda
Sejauhmana perjalanan hubungan kita
Biar takdir saja menentukan segalanya
Andai sudah tersurat dirimu milikku
Aku menerimamu seadanya
Nukilan dari blog....Bicara Sentuhan Cinta
Nukilan yang penuh makna tu. Ada erti disebalik bait kata. Memang agak payah nak terima teman baru dalam hidup, kalau yang lama masih membayangi hidup kitakan. Pasti ada yang pernah alaminya...betul tak? Jangan tipu2. Aku taulah...he3.
0 comments:
Post a Comment