Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Tuesday, April 6, 2010

Isteri Tiger Woods Digelar Srikandi Sweden, Wanita Yang Tabah Hadapi Scandal Seks Suami

Emm...bukan senang nk jd setabah isteri Tiger Woods ni.
Kalau saya dah tk tentu hala.
Mmg mgamuk mungkin.
Dahlah scandal seks suami heboh satu dunia.
Teruk btl....malu beb.
Tp syukurlah Tiger woods dpt isteri yg baik..kan?
Bekas model, Elin Nodegren dipuji sebagai srikandi oleh rakyat Sweden kerana caranya menangani kecurangan suaminya, bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods.
 
Setelah skandal seks berganda suaminya terbongkar pada tahun lalu oleh media, orang ramai dan penulis blog sebulat suara mahu Elin meninggalkan Woods.

Namun, ramai wanita keliru dan hairan apabila bekas model berusia 30 tahun itu memilih untuk kekal bersama suaminya, tambahan pula, dia berasal dari Sweden, sebuah negara moden yang terkenal kerana wanitanya hidup berdikari dan bebas.

"Hati rakyat Sweden mekar dengan pujian. Elin tidak bertindak melulu (bercerai). Elin ialah heroin kami," kata seorang kolumnis sebuah akhbar tempatan, Britta Svensson pada Disember tahun lalu.

Komen Svensson itu mungkin cuma difahami wanita Sweden.

Ini kerana ramai tidak mengetahui tentang situasi sosial negara rantau Balkan itu yang mencatat kadar perceraian tinggi di Eropah dan pernah mencecah 27,000 perceraian setahun pada tahun 1970-an.

Seperti Elin, ramai warga Sweden membesar dengan ibu bapa yang bercerai, 

Justeru generasi baru amat komited untuk mengekalkan rumah tangga mereka supaya anak-anak tidak merasai kepedihan yang pernah dilalui mereka.

"Ramai pasangan memilih untuk hidup bersama dan menyelesaikan masalah mereka," kata seorang pakar terapi rumah tangga, Lena Gustafsson,

Woods, 34, dan Elin memiliki dua orang anak iaitu seorang anak perempuan berusia dua tahun, Sam Alexis dan anak lelaki berusia setahun, Charlie Axel. - AP,KOSMO

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."