Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, April 19, 2010

My Version of Grooming Tips

My Version of Grooming Tips, tajuk yang agak menarik untuk minggu ke-8 ni. Pasal kekemasan, kecantikan & penjagaan diri. Siapa yang tak mahu sentiasa berketrampilan bergaya & kemas sentiasakan. Semua mahu. Siapa tak mahu tu, entahlah jenis yang macam mana.

Kalau kita tak jaga penampilan diri dengan penjagaan yang teratur, pasti orang sekeliling kurang menyenanginya. Lebih2 kalau anda tak menjaga kebersihan & kekemasan diri. Takkan nak sentiasa dalam keadaan comot je. Orang nak mendekati kita pun rasa tak selesa....betulkan.

Bagi perempuan 'grooming' memang wajib ada dalam diari hidup mereka. Mereka akan sentiasa nak kelihatan cantik sentiasa. Yelah perempuankan selalu diperhatikan oleh lelaki & ingin diri sentiasa dapat pujian. Sebab itulah perempuan kena sentiasa pergi ke salon. Itupun bagi yang mampu. Kalau tak mampu boleh buat sendiri kat rumah pun ok juga. Lagi jimat.



Mendandan rambut, melakukan menicure, pedicure & pemakaian pakaian yang cantik serta kemas memang penting dalam hidup seorang perempuan. Penjagaan diri & kecantikan memang tak pernah lari dalam kehidupan sorang perempuan. Sebab itulah ada setengah mereka sanggup menghabiskan duit semata2 untuk menjaga kecantikan diri. Cantik2 juga, tapi mestilah seiring dengan kecantikan dalam hati.

Bagi lelaki pula, anda haruslah sentiasa memakai baju yang kemas agar kelihatan bergaya sentiasa. Bagi yang tumbuh misai atau jabang tu. Kalau boleh jagalah elok. Jangan sampai nampak macam geli tengok. Biarlah kelihatan kemas & bersih. Kalau boleh cukur. Rambut tu kalau boleh sentiasa pendek & nampak kemas disikat. Kalau pandai, jangan biarkan ia nampak macam hantu ok. 

Tapi jangan lupa satu lagi. Jangan sampai diri anda diselebungi bau2 yang tak myenangkan. Lebih2 lagi bila ketiak anda mgalami masalah kebasahan. Itu memang masalah teruk. Sesiapa pun tak berani nak mendekati anda sebab bau busuk. Jangan harap muka & penampilan bergaya je penting, jaga bau badan yang tak menyenangkan penting juga tau.


Dengan adanya Deodorant Action 3, keluaran Adidas. Masalah ketiak yang berbau dapat diatasi dengan mudah saja. Baunya yang wangi & tahan 24 jam perlindungan membuat anda sentiasa yakin sepanjang masa. Malah ia 100% bebas alkohol. Jadi jangan lupa dapatnya sekarang di pasaran sekarang. Alamai sendiri kehebatan Deodorant Action 3 ini.



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

2 comments:

abigemok said...

bau bdn mmg aku x boleh. huhu. x selesa!

Admin said...

mmg tk selesa..nanti semua org lari..ha3

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."