Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, April 5, 2010

Bila Dah Dapat Duit Pocket Nuffnang, Anda Buat Apa??



Bila dah dapat cheque dari Nuffnang, riang je hatikan? Dapat duit free bah, siapa tak suka. Walaupun duit free kena usaha sikit juga. Yelah, kalau traffik blog kita slow je. Mana ada income sangat datang. Macam selalu kita dengar, takkan rezeki datang bergolek..kan? Perlu usaha juga.

Walaupun tak payah bersusah payah di bawah terik mentari. Kena tingkat usaha untuk menarik pengunjung ke blog anda. Barulah Nuffnang bagi duit pocket lebih lagi. Hehe3. Macam sekarang ni. Pasti ramai yang merasa bunga2 hati sebab bulan ni Nuffnang bagi banyak buffered earning.

Sudah tentunya ramai yang dah dapatkan. Macam dapat durian runtuh dari Nuffnang pula. Rasa2 kenapa Nuffnang bagi banyak buffered earning bulan ni? Pada fikiran saya maybe bulan ni Nuffnang dapat banyak tawaran iklan dari syarikat2 gergasi. Hehe2…so tempias tu terkenalah kepada kita semua. Dan bolehlah kita tersenyum lebar bila tengok earning kat akaun Nuffnang makin bertambah…kan?
Tak lama lagi ramailah yang dapat cheque Nuffnang. Yang dah menunggu lama pasti akan dapat punya. Bagi yang mengikuti setiap minggu topik menarik dari Nuffnang melalu project alpha season 2 juga pasti senang hati. Yelah, dah dapat buffered earning. Dapat pula instant cash melalui project alpha ni. Bertambah lagilah income tu.

Rasa-rasanya bila dah dapat cheque dari Nuffnang, anda nak buat apa ya? Saya baru je dapat cheque pertama dari Nuffnang bulan ni. Baru je bank in minggu lepas. Seminggu sampai, baru nak bank in..hehe. Saya simpan je duit dari Nuffnang tu kat ‘HSBC untuk bayaran  unit trust. Macam mana pula dengan anda?

Saya rasa pasti ada antara anda guna duit tu untuk bayar PTPTN. Ni bagi yang ada hutang dengan PTPTNlah. Mungkin juga ada yang guna untuk shopping. Beli barang yang di idamkan seperti kasut, baju dan bag. Tak kurang pula pergi makan-makan. Belanja kawan-kawan sekali. Baik hatikan…hehe. Apa-apa pun asalkan anda bahagia.

7 comments:

myQza said...

aku laburkan separuh atau lebih untuk contest di blog yang sedang berjalan :)

berkongsi dgn kawan2 yg banyak membantu dr segi meningkatkan trafik ke blog!! :)

@fitridzulkifli said...

aku. masih bermimpi. bermimpi utk dptkn check yg beratus2. haha. mimpi!





http://fitridzulkifli.blogspot.com

Lucy S. said...

nuffnang aku lambat gile naek! grr~

ardinihumaira said...

hah? ptptn? dni la tuuu miahaha

Admin said...

emm menarik...i pun fikir nk buat giveaway...ptptn kena byr beb, nanti kena blacklist...hehe

Ken Wooi said...

it's all about the money =)

aiDieNa said...

Simpan untuk pelaburan masa depan...

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."