Credit:Google
Cinta adalah suatu perasaan yang unik, yang sukar diluahkan melalui kata2. Ia mempunyai pengertian yang luas. Cinta boleh mengubah nasib seseorang. Samada bahagia mahupun derita. Terpulang pada perjalanan takdir cinta anda.
Persoalannya, perlukah sebuah cinta memerlukan pengorbanan? Adakah ia memang wajib dalam sebuah hubungan percintaan? Apakah jenis pengorbanan yang dimaksudkan itu?
Sebenarnya pada pandangan saya, setiap hubungan percintaan memang ada pengorbanannya tertentu. Saya maksudkan disini pengorbanan yang tidak melibatkan maruah diri tergadai. Selalunya yang sering meminta pengorbanan maruah diri ini datangnya dari pasangan yang hanya sekadar ingin mempermainkan maruah dan harga diri pasangannya. Bukannya serius dalam menjalin sesebuah hubungan suci.
Kerap kali kita terdengar kisah si gadis ditinggalkan kekasihnya selepas maruah diri dipertaruhkan kerana mengikut kata2 kekasihnya. Si lelaki akan meminta si gadis membuktikan cintanya kepada si lelaki dengan mempertaruhkan sesuatu yang berharga dalam diri si gadis. Si gadis yang memang ikhlas menyintai si lelaki mengikut saja kehendak si lelaki itu tanpa berfikir panjang. Selepas habis madu dihisap, sepah dibuang. Itulah nasib si gadis selepas itu.
Lebih malang lagi sekiranya si gadis itu mengandung. Mana tempat si gadis itu nak mengadu nasibnya. Nak bagitau keluarga, malu. Takut dimarahi. Kawan pula, yang mana satu boleh diharap. Nak cari si lelaki untuk bertanggungjawab atas apa berlaku. Entah ke mana menghilang. Tinggallah sendiri terkotang kanting memikir nasib diri. Tertekan dan tiada siapa untuk mengadu, menyebabkan kes pembuangan bayi berleluasa. Dalam kes ni, kedua belah pihak bersalah. Bukan saja mereka dua tapi masyarakat juga.
Pengorbanan jenis ni harap dapat dielakkan, kerana ini bukannya pengorbanan yang membuktikan sebuah cinta suci. Tapi satu titik permulaan musnahnya hidup anda. Lebih-lebih lagi dapat pasangan yang tidak bertanggungjawab. Jauhi kekasih sebegini. Itu bukan cinta namanya tapi tawaran dosa yang menambah beban di bahu anda.
Cinta memang memerlukan pengorbanan tapi ke arah yang baik. Bukan kemusnahan diri. Misalnya, bila anda bercinta jarak jauh. Anda perlukan pengorbanan perasaan iaitu melawan rasa rindu dan sifat cemburu. Bila si dia mengalami sakit serius, anda perlu korbankan masa dan tenaga untuk bersamanya disisi. Sebenarnya banyak lagi pengorbanan baik anda boleh lakukan. Pengorbanan yang saya nyatakan lebih pada kasih sayang dan sikap take care dalam diri masing2.
Sayangi diri anda sebelum sayangi orang lain!!
Nukilan;
11 comments:
fuh hot pic...hehe...cinta suci
sacrifices are important.. but not in terms of virginity.. =)
setuju dgn kenwooi~ Pengorbanan melibat kan maruah tak perlu..merosakkan diri sendiri adala..hee
hmm setuju dgn kenwooi..tak tahu apa yang ada dlm minda org yang sanggup hancurkan masa depan sendiri mcm tu..
gmbar 2 hot der..
aku pon macam yg laen..stuju ngn kenwooi...
jiwa dan raga...
xperlu..
aku pun mmg setuju..haha...jgn sampai gadai maruah kan....btl2
wow!!!
i'm speecless..
hehehee
tq singgah...tkkanlah mie speecless..he3
chewahhh ada gambar 18xxx...tutup mata..
haha....pic hot...emm cinta tk perlu pgorbanan melibatkan maruah mcm tu...tk elok
hehe...tutup mata sbelah...jauhi pkara tk elok...cinta2 jgn sampai cinta mkn diri
Post a Comment