Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label cemburu. Show all posts
Showing posts with label cemburu. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

CoretanMaya: Apabila Anda Terserempak Si Dia Bersama Dengan Jejaka/Perempuan Lain, Apakah Anda Akan Lakukan? Apa Pula Perasaan Anda?

Iss...dia ni, curang kat depan2 aku pula tu.


Tengah anda berjalan2 di shopping complex or di mana2 sanalah bersama member anda. Tiba2 perhatian anda tertumpu kepada dua pasangan yang agak mesra juga kelakuannya. Bila diamati, rupa2nya si dia. Kekasih pujaan hati anda keluar bersama jejaka or perempuan lain.


Apakah anda fikirkan ketika itu? Apa pula perasaan anda bila melihat kemesraan mereka berdua? Apa tindakan yang akan anda lakukan? Adakah anda terus menyerang or memarahi si dia? 


Yelah, melihat kemesraan mereka berdua itu, hati anda tiba2 diserbu perasaan cemburu amat sangat. Sampai tak sempat nak fikir apa2 lagi, terus serang.
 

Nampak mesra semacam je ni.


Sebenarnya tindakan mengikut rasa hati ni payah juga. Kalau boleh, kawal ye. Tanya si dia baik2. Mana tau orang yang bersama si dia saudara dia or sahabat rapatnya. Kita tak taukan. Lainlah si dia memang nak menipu anda. Tapi tak salah menyoal secara baik dan menyiasat dulu sebelum membuat keputusan terburu2, yang mungkin akan membawa akibat buruk dalam hubungan anda kelak.


Memanglah rasa geram juga kalau terserempak si dia bersama jejaka or perempuan lain. Dahlah tu mesra semacam je. Tapi jangan bertindak emosi sangat. Nanti diri sendiri merana. Fikir dulu sebelum bertindak.


Tapi memang tak dapat dinafikanlah perasaan cemburu kadang2 tak dapat dikawal. Lebih2 lagi bila member anda juga turut menyaksikan kemesraan si dia bersama jejaka or perempuan lain. Peranan seorang kawan ni pun serba sedikit mempengaruhi hubungan percintaan anda. So, jangan ikut kata kawan sangat. Ikutlah kata hati yang berlandaskan akal fikiran yang tenang. Betul ke? Anda fikirlah sendiri. 
 
 
Nukilan;



Thursday, June 3, 2010

Apabila Anda Terserempak Si Dia Bersama Dengan Jejaka/Perempuan Lain, Apakah Anda Akan Lakukan? Apa Pula Perasaan Anda?

Credit:Google



Tengah anda berjalan2 di shopping complex or di mana2 sanalah bersama member anda. Tiba2 perhatian anda tertumpu kepada dua pasangan yang agak mesra juga kelakuannya. Bila diamati, rupa2nya si dia. Kekasih pujaan hati anda keluar bersama jejaka or perempuan lain.


Apakah anda fikirkan ketika itu? Apa pula perasaan anda bila melihat kemesraan mereka berdua? Apa tindakan yang akan anda lakukan? Adakah anda terus menyerang or memarahi si dia? 


Yelah, melihat kemesraan mereka berdua itu, hati anda tiba2 diserbu perasaan cemburu amat sangat. Sampai tak sempat nak fikir apa2 lagi, terus serang.


Sebenarnya tindakan mengikut rasa hati ni payah juga. Kalau boleh, kawal ye. Tanya si dia baik2. Mana tau orang yang bersama si dia saudara dia or sahabat rapatnya. Kita tak taukan. Lainlah si dia memang nak menipu anda. Tapi tak salah menyoal secara baik dan menyiasat dulu sebelum membuat keputusan terburu2, yang mungkin akan membawa akibat buruk dalam hubungan anda kelak.


Memanglah rasa geram juga kalau terserempak si dia bersama jejaka or perempuan lain. Dahlah tu mesra semacam je. Tapi jangan bertindak emosi sangat. Nanti diri sendiri merana. Fikir dulu sebelum bertindak.


Tapi memang tak dapat dinafikanlah perasaan cemburu kadang2 tak dapat dikawal. Lebih2 lagi bila member anda juga turut menyaksikan kemesraan si dia bersama jejaka or perempuan lain. Peranan seorang kawan ni pun serba sedikit mempengaruhi hubungan percintaan anda. So, jangan ikut kata kawan sangat. Ikutlah kata hati yang berlandaskan akal fikiran yang tenang. Betul ke? Anda fikirlah sendiri.

Wednesday, May 12, 2010

Cemburu Je, Nak Bunuh Orang...Tak Boleh Ke Bersabar Sikit!!

Ciannye...mangsa cemburu

Sekarang ni meletup2 kes pasal bunuh sebab cemburu punya hal. Minggu2 lepas kes torek kemaluan & sepak teranjang isteri sampai mati. Minggu ni kes bunuh laki pula, cemburu juga penyebabnya.


Bahaya betulkan ada perasaan cemburu sampai nak bunuh orang ni. Menakutkan betul. Minta dijauhkan perasaan yang baik ni. Bukan tak boleh cemburu tapi jangan sampai cemburu memakan diri. Buta hati hingga sanggup nak bunuh orang.


Kasihan dengan mangsa2 cemburu ni. Tak pasal2 kena bunuh free je. Entah apa nak jadi dengan manusia akhir zaman ni. Hilang pedoman & sikap sabar dah....jenuh nak komen banyak...ha2.

Sunday, May 9, 2010

Pantang Lelaki Apabila Wanita Sebegini......Jangan Ingat Wanita Je Ada Pantang, Lelaki Pun Ada

Credit:Google

Tak kira perempuan or lelaki memang ada sesuatu setiap orang tak suka pada diri seseorang itu. Biasalah lumrah manusia. Mana ada yang perfect. Kalau perfect sangat nanti tak syoklah hidupkan. Boring pula jadinya.


Apa2 pun jom tengok beberapa pantang lelaki yang patut wanita tahu, jangan ingat wanita je ada pantang. Lelaki pun apa kurangnya.


1. Mengungkit kisah lama.

2. Banyak soal

3. Perlakukan mereka bak anak kecil

4. Cakap berputar belit

5. Tidak tahu simpan rahsia

6. Kata 'tak ada apa2'

7. Memuji lelaki lain di hadapan mereka

8. Emosional tidak bertempat/terlalu kerap

9. Cemburu berlebihan ( Jangan salahkan wanita je, lelaki pun ada yang cemburu blebihan. Sampai membunuh pun ada. Tengok je kes sekarang. Dasyat betul bila lelaki cemburukan?)

Saturday, May 8, 2010

Wahai Suami, Kenapa Bila Naik Angin Terus Nak Dera & Bunuh Isteri?


 Credit:Google

Masa indah bercinta dulu bukan main romantis. Janji akan jaga sehidup semati. Cinta sampai nak rak. Sayang bukan main lagi. Sehari tak jumpa, rindu sangat. Di awal pkahwinan pun macam tu. Tapi bila dah beranak pinak, lain pula ceritanya.


Bila naik angin isteri jadi mangsa. Kalau cemburu tu jangan melampau sangat sampai nak bunuh isteri. Cubalah berbincang. Kan menyesal akhirnya. Tak berguna juga, dah terlambat.


Bagi suami yang dera or simbah asid kepada isteri tu sebab tak layan nafsu seks. Memang kurang ajar. Yelah ada sebabnya isteri tak layan. Sakit ke apa. Tak boleh nak faham ke. Jangan ingat isteri tu tempat lepas nafsu je. Sukahati & bila2 masa nak buat ikut kemahuan sendiri.


Sebenarnya banyak lagi kes macam ni. Itulah manusia bila terikut2 sangat perasaan amarah & godaan syaitan. Sampai sanggup layan isteri sebegitu teruk. Kalau isteri tu buat salah ke apa. Tegurlah cara baik. Jangan ambil jalan mudah dengan dera or bunuh.


Seram juga bila fikir2kan. Nak kahwin ke tak nak. Jalan hidup kita perempuan ni payah betul. Doakan jelah agar kita semua dilindungi Tuhan & dapat suami yang baik. Amen.

Monday, May 3, 2010

Suami Naik Angin Terus Bunuh Isteri....Seramnye, Takut Nak Kahwin Macam Ni

Hanya hiasan semata2

Bila fikir bab kahwin & dengar macam2 berlaku di alam perkahwinan. Rasa seram sejuk dibuatnya. Kenapa boleh berlaku kes dera & bunuh isteri? Mana pergi rasa sayang & cinta dalam hati. Takkan kerana cemburu sampai nak bunuh. Aduh...takut betul aku nak kahwin ni. Kalau macam ni gayanya.


Terlalu banyak kes macam ni aku dengar. Mula2 awal perkahwinan memang syok tapi kalau dah beranak pinak macam mana pula. Memanglah semua orang tak macam ni. Tapi hati manusia kita tak tahu. Mula2 memang baik tapi ada masanya timbul sikap yang menyeramkan tu. Apalah nasib kita perempuan asyik jadi mangsa je. 


Macam kes yang berlaku kat Kuala Lipis, Pahang ni. Takkan sebab isteri cakap telefon dengan lelaki lain sampai nak pukul, cekik sampai mati. Cubalah bawa berbincang. Jangan ikut amarah syaitan. Nanti malang tak berbau. Merengkok & menyesal dalam penjara je....seram betul aku. Mintalah dijauhkan dapat suami macam ni. Tuhanku tolonglah hambamu ni.

KUANTAN: Hanya kerana berbual di telefon dengan lelaki lain, seorang wanita dipercayai dibelasah hingga mati oleh suaminya di Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis. 

Friday, April 16, 2010

Sebuah Cinta Perlu Pengorbanankah?

Credit:Google


Cinta adalah suatu perasaan yang unik, yang sukar diluahkan melalui kata2. Ia mempunyai pengertian yang luas. Cinta boleh mengubah nasib seseorang. Samada bahagia mahupun derita. Terpulang pada perjalanan takdir cinta anda.


Persoalannya, perlukah sebuah cinta memerlukan pengorbanan? Adakah ia memang wajib dalam sebuah hubungan percintaan? Apakah jenis pengorbanan yang dimaksudkan itu?


Sebenarnya pada pandangan saya, setiap hubungan percintaan memang ada pengorbanannya tertentu. Saya maksudkan disini pengorbanan yang tidak melibatkan maruah diri tergadai. Selalunya yang sering meminta pengorbanan maruah diri ini datangnya dari pasangan yang hanya sekadar ingin mempermainkan maruah dan harga diri pasangannya. Bukannya serius dalam menjalin sesebuah hubungan suci.


 Credit:Google

Friday, March 5, 2010

Dahsyat Betullah Panahan Cemburu Ni...Boleh Bunuh Orang!!

Bahaya btllah kalau ada rakan yg cemburu sampai nk bunuh kita.
Seram sy kalau ada.
Mintalah dijauhkan.


ALOR SETAR – Seorang wanita yang tidak dapat menahan rasa cemburunya bertindak kejam apabila menikam seorang jurujual sebuah kedai alat tulis bertubi-tubi hingga mati sebelum menikam dirinya sendiri di Taman Kristal Mergong di sini malam kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam berhampiran sebuah bendang itu mengakibatkan, Suhana Mohd. Shariff, 26, mati selepas ditikam sebanyak tujuh kali di perut dan dada dengan menggunakan pisau pemotong sayur oleh suspek yang dikenali sebagai Oren, 33.

Sebaik melihat mangsa berlumuran darah, suspek yang merupakan seorang wanita berperwatakan lelaki kemudian cuba membunuh diri dengan menikam dada dan menggelar tangan kiri sendiri tetapi dapat diselamatkan.

Saturday, January 9, 2010

Kerana Cemburu,Bunuh kekasih Gelap Isteri

Manusia boleh buat apa saja, bila perasaan cemburu mguasai diri.
Tk caya, baca berita ni.
Menakutkan kalau ada laki mcm ni.
Cemburu boleh tp jgnlah sampai nk bunuh org.
Buat dosa je. Bukan tambah pahala pun.


SEORANG penduduk, Shah Kuruddin Mas Kur menunjukkan lubang dipercayai tempat mangsa 
ditanam di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara 6, Puchong semalam. 
 

Monday, July 27, 2009

Kerana Cemburu...Mati?

Alahai..kecik2 lg dah buat jahat. Hanya kerana cemburukan adik dia.

Salah mak bapak jugak coz dah dpt baby baru, 1st baby tk caring sgt.

Akibatnye........tengoklah sdiri..hehehe.



Kasian si bapak ye.....!!!!
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."