Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

Perlu Ke Tinggi Suara Bila Marah Orang?


 Credit:Google


Setiap orang memang ada perasaan marah. Ada setengah orang dapat mengawal perasaan marah dari menguasai diri. Ada juga yang memang tak dapat control langsung, yang ni jenis orang yang panas baran punya.


Pantang silap sikit, pasti bom meletup. Parah kalau macam tu. Semua orang takut kalau sikap panas baran tak dikawal. Saya sendiri pun, kalau boleh tak mahulah berkawan dengan orang macam ni. Tapi kalau dah jodoh jadi kawan, terima je. Kalau dia marah, kita cabut jelah. Jangan tunggu lagi. Nanti panas telinga tu…ha2.


Bukan tak boleh marah orang tapi ada batasnya juga. Fikir juga perasaan orang yang kita marah tu. Lainlah kalau orang tu kita ajar & tegur banyak kali perangai masih bermasalah. So…silalah marah dia. Mana tahu dapat dengar cakap..ha2.


Marah marah juga tapi jangan sampai tangan je. Dan satu lagi meninggikan suara. Tahulah suara anda boleh pecahkan cermin kat bilik air tu, kalau nak buat macam tu pergilah jauh2 kat dalam hutan sana tu ya. So, aman sikit hati orang lain..he3.


Saya ni memang pantang kalau kena marah. Tak suka. Nak marah orang pun payah juga. Bukan tak de perasaan marah. Cuma tak suka. Sebab tiap kali kena marah or rasa marah, hati rasa tak senang. Kalau boleh nak elakkan je parasaan marah ni. Buat biasa.



Emmm…anda macam mana pula? Perlukah anda marah orang dengan sound suara yang tinggi? Rasa no needlah. Bukannya orang pekak pun. Apa2 pun jangan biarkan perasaan marah menguasai anda kerana akibatnya memang tak bagus. Fikir2kanlah!!

Sunday, May 9, 2010

Pantang Lelaki Apabila Wanita Sebegini......Jangan Ingat Wanita Je Ada Pantang, Lelaki Pun Ada

Credit:Google

Tak kira perempuan or lelaki memang ada sesuatu setiap orang tak suka pada diri seseorang itu. Biasalah lumrah manusia. Mana ada yang perfect. Kalau perfect sangat nanti tak syoklah hidupkan. Boring pula jadinya.


Apa2 pun jom tengok beberapa pantang lelaki yang patut wanita tahu, jangan ingat wanita je ada pantang. Lelaki pun apa kurangnya.


1. Mengungkit kisah lama.

2. Banyak soal

3. Perlakukan mereka bak anak kecil

4. Cakap berputar belit

5. Tidak tahu simpan rahsia

6. Kata 'tak ada apa2'

7. Memuji lelaki lain di hadapan mereka

8. Emosional tidak bertempat/terlalu kerap

9. Cemburu berlebihan ( Jangan salahkan wanita je, lelaki pun ada yang cemburu blebihan. Sampai membunuh pun ada. Tengok je kes sekarang. Dasyat betul bila lelaki cemburukan?)

Pantang Betul Aku Kalau Lelaki Sebegini....Anda Pun Tak Sukakan?

Pening kepala aku dibuatnya

Memang aku tau lelaki dengan wanita ni berbeza segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Tapi janganlah keterlaluan pula...penat tau. Pening kepala ni dibuatnya. Bukan nak kata diri ni perfect tapi kalau boleh fahamlah sikit ye!


Ni ada beberapa sikap yang pantang bagi wanita & aku juga sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya:

Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.


Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.


Friday, April 23, 2010

Kenali Jenis Gemuk Anda, Agar Anda Tidak Gemuk Lagi....He3!

Credit:Google

Bercakap pasal gemuk ni, perempuanlah paling patang sekali kalau berat badan naik. Yelah semua perempuankan nak nampak cantik & slim selalu agar dapat menarik mata2 lelaki yang menjeling ke arahnya. Betul tak? Tak pun, boleh try baju2 yang lawa2kan. 


Lagipun kalau gemuk sangat pasti membawa bermacam masalah terutamanya dari segi kesihatan. Dan anda pasti tak mahu diselebungi bermacam penyakitkan? Saya pun tak mahu. Tapi bukan saya bermaksud orang gemuk saja dapat penyakit. Orang yg kurus pun boleh dapat penyakit. Cuma potensi & risiko paling besar, orang gemuklah.


Apa2 pun yg penting kita jaga permakanan. Lebih2 lagi bagi yg banyak alami masalah kesihatan. Kalau tak control cara permakanan, payahlah. Dahlah gemuk, banyak penyakit. Tak pantang pula makan. Kan mengundang masalah nanti. Bukan saja kepada diri sendiri tapi juga orang lain. 
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."